Tuesday, 26 November 2013

Surat Surat Rasulullah Untuk Raja2 Dan Penguasa Dunia.

Surat Rasulullah SAW Untuk Raja2


Stempel Nabi saw
Semua surat surat Nabi saw yang dikirim kepada raja dan penguasa dunia disambut dengan baik dan sangat dihargai sekali oleh mereka kecuali surat beliau yang dikirim kepada Kisra atau Khosrau II (Penguasa Persia). setibanya surat beliau dan sehabis dibaca surat beliau dirobek robek oleh Khosrau. Rasulallah berdoa: “Ya Allah robek robeklah kerajaannya”.
Kalau kita membaca isi surat surat Nabi saw yang dikirim untuk penguasa penguasa dunia kita bisa lihat dengan jelas bahwa Rasulallah saw adalah seseorang yang ahli berdeplomasi dan sangat pintar bersiasat. Kita bisa lihat bahwa beliau sangat menghargai dan memuliakan kedudukan mereka sebagai penguasa dunia.
Di bawah ini terlampir 4 surat Nabi saw:
1- Surat Nabi saw untuk Raja Negus (Penguasa Ethiopia)
Isi surat:
Dari Muhammad utusan Islam untuk An-Najasyi, penguasa Abyssinia (Ethiopia). Salam bagimu, sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, dan aku bersaksi bahwa Isa putra Maryam adalah ruh dari Allah yang diciptakan dengan kalimat Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam yang terpilih, baik dan terpelihara. Maka ia hamil kemudian diciptakan Isa dengan tiupan ruh dari-Nya sebagaimana diciptakan Adam dari tanah dengan tangan Nya. Sesungguhnya aku mengajakmu ke jalan Allah. Dan aku telah sampaikan dan menasihatimu maka terimalah nasihatku. Dan salam bagi yang mengikuti petunjuk.
2- Surat Nabi saw untuk Raja Heraclius (Kaisar Romawi)
Isi surat:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Heraclius Kaisar Romawi yang agung. Salam bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Salain dari pada itu, sesungguhnya aku mengajak kamu untuk memeluk Islam. Masuklah kamu ke agama Islam maka kamu akan selamat dan peluklah agama Islam maka Allah memberikan pahalah bagimu dua kali dan jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa orang orang Romawi.  “Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. Al-Imron 64
3- Surat Nabi saw untuk Raja Khosrau II (Penguasa Persia)
Isi surat:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Khosrau, penguasa Persia yang agung. Salam bagi orang yang mengikuti petunjuk, beriman kepada Allah dan RasulNya, dan bagi orang yang bersaksi bahwa tidak ada Tuhan kecuali Allah, Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bagi yang bersaksi bawha Muhammad itu hamba Nya dan utusan Nya. Aku mengajakmu kepada panggilan Allah sesungguhnya aku adalah utusan Allah bagi seluruh manusia supaya aku memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat. Jika kamu menolak maka kamu akan menanggung dosa orang orang Majusi.
4- Surat Nabi saw untuk Al-Muqawqis (Penguasa Mesir)
Isi surat:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad bin Abdullah utusan Allah, untuk al-Muqawqis penguasa Mesir yang agung. Salam bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Selain dari pada itu, aku mengajakmu kepada panggilan Allah. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat dan Allah akan memberikan bagimu pahala dua kali. Jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa penduduk Mesir.“.
Setelah al-Muqawqis membaca surat Nabi saw, ia membalas surat beliau dan memberikam kepada beliau dua hadiah. Hadiah pertama berupa dua budak belian bernama Maria binti Syamu’n al-Qibthiyyah yang dimerdekakan Nabi saw dan menjadi istri beliau, darinya Rasulallah saw mendapatkan seorang anak yang diberi nama Ibrahim (wafat semasih kecil), nama ini diambil dari nama kakek beliau Nabi Ibrahim as. Dan budak kedua adiknya sendiri Sirin binti Syamu’n Al-Qibthiyyah yang dikawini Hassan bin stabit ra, sastrawan unggul pada zaman Nabi saw. Hadiah kedua berupa kuda untuk tunggangan beliau.
Walau’alam.
#riz

Keistemewaan Masjidil Haram, Masjid An Nabawi, Masjidil Aqsa.

Apakah keistimewaan Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil Aqsa



Masjid  yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari

Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;

Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.

Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan pula secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut iaitu :-

Ertinya :

Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."

Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.

Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,

"Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."

Demikianlah kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin, dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi ( di Madinah ) pula lebih afdal daripada 1 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi ) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa ( di Palestin ) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dam Masjidil Nabawi ).

Di samping itu, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam  telah mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya dan kerap kali baginda menziarahinya serta sembahyang di dalamnya.

Abdullah bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan  kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.

Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya "satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."
 
~ Bila La Agaknya Admin Merasa Solat Di Ketiga2 Masjid Ini. Ya Allah Kau Permurahkanlah Rezeki Ku. Aminnn...
#riz

Gambar Filipina Sebelum Dan Selepas Dilanda Taufan Hayan.

Gambar Perbandingan Sebelum dan Selepas Filipina Dilanda Taufan Haiyan

haiyan-typhoon
Taufan Haiyan bukan sekadar taufan biasa. Dengan kelajuan setinggi 235mph, ia dikategorikan sebagai taufan tahap ke-5 yang melayakkannya digelar sebagai typhoon. Taufan ini baru-baru ini telah melanda wilayah Tacloban di Filipina, mengorbankan lebih 10 ribu nyawa, dengan kira-kira 4.3 juta lagi terjejas. Anda boleh melihat ‘kehebatan’ taufan ini melalui gambar perbandingan sebelum dan selepas kejadian taufan berlaku.
Berikut gambaran lebih dekat kesan kemusnahan yang berlaku.
~ Dikhabarkan beberapa bulan sebelum berlakunya taufan ini banyak masjid2 orang islam telah dirobohkan oleh pehak pemerintah Filifina. wallahualam!!!
#riz

SERIUS :Inilah Gambar Gadis Yang Beratnya 450KG. Mayra Rosale.

Inilah Gadis Yang Beratnya 450KG -Mayra Rosale.

PAda tahun 2008, Mayra Rosale telah menjadi terkenal di seluruh dunia dan mendapat satu gelaran iaitu 'Half-Ton Killer' atau pembunuh separuh tan apabila dia telah terjatuh ke atas anak buah yang berumur 2 tahun di mana telah membunuhnya. Namun begitu, dia didapati bersalah tetapi kakaknya telah dijatuhkan hukuman kerana mendera anaknya itu. Pada masa itu, berat Mayra adalah dalam lingkungan 450kg. Kini dia dalam proses mengurangkan berat dan telah berjaya mencapai berat 180KG. Dia nampak lebih sesuai dalam keadaan sebegini.



#riz

Angola Negara Pertama Melarang Islam Di Negaranya??


Ummat Muslim tidak diterima di Angola, beberapa Masjid dihancurkan

LUANDA – Menurut beberapa surat kabar Angola, Angola telah menjadi negara pertama di dunia yang melarang Islam dan Muslim di negaranya, dan langkah pertama yang dilakukan  adalah dengan menghancurkan masjid-masjid di negara itu.
“Proses legalisasi Islam belum disetujui oleh Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia, masjid mereka akan ditutup sampai ada pemberitahuan lebih lanjut,” Rosa Cruz e Silva, Menteri Kebudayaan Angola, sebagaimana dirilis oleh OnIslam, Ahad (24/11/2013).
Dia menegaskan bahwa keputusan yang terbaru adalah melakukan serangkaian upaya untuk melarang sekte keagamaan ‘ilegal’ di Angola.
Menurut menteri, tindakan itu diperlukan sebagai bentuk perlawan tanpa henti  terhadap munculnya jemaat yang beribadah yang bertentangan dengan kebiasaan budaya Angola.
Sama seperti Islam, agama lain yang tidak disahkan akan menghadapi penutupan rumah ibadah mereka.
“Semua sekte yang masuk pada daftar yang diterbitkan oleh Departemen Kehakiman dan Hak Asasi Manusia di koran Angola ‘Jornal de Angola’  dilarang untuk melakukan ibadah,” sebagaimana dikutip oleh Cameroon Voice‏.
Komentar anti- Islam bukan yang pertama kalinya yang dilakukan oleh pejabat Angola.
“Ini adalah akhir dari tersebarnya pengaruh Islam di negara kita,” Presiden José Eduardo dos Santos dikutip oleh Osun Defender newspaper, Ahad (24/11/2013).
Oktober lalu, Muslim dari kota perkotaan Viana, Luanda, menyaksikan proses penghancuran menara masjid mereka di Zengo.
Gubernur provinsi Luanda, Bento Bento, juga mengatakan dalam siaran radio lokal bahwa “Muslim radikal tidak diterima di Angola dan pemerintah Angola belum siap untuk melegalisasi masjid.”
Dia menambahkan bahwa umat Islam tidak diterima di Angola dan bahwa pemerintah tidak akan melegalkan keberadaan masjid di negara itu. 
~ MARI KITA DOAKAN MOGA NEGARA INI DIKUTUK ALLAH SWT DAN MENERIMA PEMBALASAN SEWAJARNYA DIATAS PERBUATAN MEREKA SENDIRI!!!

Monday, 25 November 2013

Kelebihan Doa

Kelebihan Doa Putus Cinta Dan Pendekat Jodoh

kelebihan membaca doa alquran

PENGERTIAN DOA


Perkataan DOA putus cinta dan pendekat jodoh diambil dari Bahasa Arab yang merupakan ‘nama terbitan’ (masdar) dari kata kerja (perbuatan) ‘Da’aa, dari sudut bahasa bererti ‘seruan’, panggilan, ajakan atau permintaan.

Jika dilihat dari segi pengertian syara’, doa adalah ‘memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran.

Antara firman Allah:

Maksudnya “ Berdoalah kepadaku, nescara akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”

(Ghafir: ayat 60)



KELEBIHAN DAN KEUTAMAAN DOA

1- Doa merupakan tali penyambung yang kukuh antara hamba dan RabNya.

2- Doa merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah.

3- Doa merupakan satu bentuk zikir kepada Allah.

4- Doa merupakan senjata yang ampuh bagi setiap mukmin dalam menghadapi realiti kehidupan.



ADAB-ADAB BERDOA

1- Mengikhlaskan hati kepada Allah.

2- Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah.

3- Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh dimohon dengan apa-apa bahasa sekalipun. Seelok-elok doa ialah ‘Doa Maksurat’ iaitu doa yang diambil dari al-Quran dan as-Sunnah, atau doa yang dibaca oleh sahabat, para tabiin atau imam-imam yang terkenal kesolehannya dan ketaqwaan mereka kepada Allah.

4- Mengadap kiblat, kecuali imam kerana imam makruh mengadap kiblat, akan tetapi disunatkan baginya mengadap makmum atau menjadikan rusuk kanannya mengadap makmum dan rusuk kirinya mengadap kiblat.

5- Memilih waktu-waktu yang mulia seperti berdoa di Hari Arafah, hari-hari di bulan Ramadhan, pada hari jumaat, waktu sahur atau tengah malam, ketika hujan turun, di antara azan dan iqamah, dalam solat fardhu, ketika sujud, selepas solat, ketika imam duduk antara dua khutbah Jumaat, sebelum magrib hari Jumaat, ketika sedang berpuasa dan lain-lain lagi.

6- Berada dalam keadaan suci zahir (tubuh badan) dan batin (hati) dari perkara-perkara kotor dan maksiat.

7- Merendah diri dan khusyu’ dan dengan penuh pengharapan agar doa tersebut diterima oleh Allah dan perasaan takut tidak diperkenankannya.

8- Berdoa dengan penuh kesungguhan dengan penuh keyakinan bahawa doa tersebut akan diperkenankan Allah.

9- Membaca doa dengan penuh ketenangan dan tidak tergopoh -gapah.

10- Merendahkan suara.

11- Pengakuan terhadap segala dosa yang telah dilakukan dan memohon keampunan dariNya.

12- Pengakuan terhadap segala nikmat dan dan bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaan tersebut.

13- Berdoa dengan mengulang-ulangkannya sebanyak 3 kali bagi setiap permintaan dan tidak terburu-buru supaya ia diperkenankannya.

14- Tidak menyusahkan diri dengan doa-doa yang berunsur sastera (bahasa yang susah).

15- Memulangkan hak dan meminta maaf daripada orang yang dizalimi serta bertaubat dengan perbuatan tersebut.

16- Berwudhu’ sekiranya tidak menjadi keberatan dan tidak menyusahkan.

17- Tidak keterlaluan ketika berdoa seperti memohon perkara yang pelek-pelek dan tidak munasabah sebagai seorang hamba Allah dengan nada paksaan agar Allah memperkenankannya.

18- Berdoa dengan menggunakan nama-nama Allah yang Maha baik (Asma’ulla al-Husna) dn sifat-sifatNya yang Maha Tinggi dan dengan amalan soleh yang dilakukan atau dengan meminta seseorang yang soleh yang masih hidup, mendoakannya.

19- Memastikan makanan dan minuman serta pakaian yang dipakai dari sumber yang halal.

20- Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar, agar doa kita lebih cepat diperkenankan, lantaran usaha kita membantu agama Allah.

21- Menjauhkan diri dari segala bentuk maksiat samada zahir mahupun batin.

22- Mengakhiri doa dengan berselawat ke atas Nabi SAW dan bertahmid kepada Allah.

23- Hendaklah berdoa untuk kesejahteraan iman, amal dan akhlak diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.



DIANTARA SYARAT-SYARAT DO’A DIMAKBULKAN

1- Berdoa dengan penuh keikhlasan dengan terus mengharapkan agar doa tersebut dimakbulkan oleh Allah.

2- Berdoa dengan penuh kesungguhan dan tidak jemu mengulang-ulanginya.

3- Berusaha mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang dibenci oleh Allah.

4- Memastikan makanan,minuman dan pakaian yang dipakai dan rezeki yang diperolehi hasil dari usaha yang halal.

5- Memohon kemaafan dari manusia yang pernah kita zalimi atau aniyai, kerana doa seseorang tidak akan dimakbulkan sekiranya mereka menzalimi dan menganiyai orang lain dan tidak mendapat kemaafan dari mereka.

6- Mematuhi adab-adab sebagai seorang hamba yang berdo’a di hadapan Khaliqnya yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.


DIANTARA WAKTU KEADAAN DAN TEMPAT YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA

1- Malam Lailatul Qadar.

2- Pada sepertiga malam yang terakhir (antara jam 3.00 hingga 6 pagi).

3- Selepas setiap solat fardhu yang lima.

4- Masa di antara azan dan iqamah.

5- Beberapa saat di setiap malam.

6- Ketika azan untuk solat fardhu

7- Ketika hujan sedang turun

8- Ketika mempersiapkan barisan menuju medan jihad fi sabilillah

9- Beberapa saat pada hari Jumaat. Menurut pendapat yang kuat, waktu yang dimaksud adalah akhir waktu solat Asar di hari Jumaat, saat khatib berkhutbah, atau saat berlangsungnya solat Jumaat.

10- Ketika minum air zam-zam beserta niat yang baik

11- Ketika sujud dalam solat

12- Ketika terbangun di tengah malam maka berdoa menggunakan doa yang ma’tsur (berasal dari Nabi S.A.W)

13- Ketika tidur dalam keadaan suci kemudian bangun di malam hari untuk berdoa.

14- Doa di Hari Arafah

15- Doa ketika seseorang dalam keadaan nazak (hampir meningal dunia)

16- Doa sesudah pujian terhadap Allah dan selawat ke atas nabi ketika tahiyyat akhir.

17- Ketika berdoa dengan menggunakan nama Allah Yang Maha Agong

18- Doa sepanjang bulan Ramadhan

19- Ketika perhimpunan umat Islam dalam majlis ‘zikrullah’

20- Doa ketika ditimpa musibah

21- Doa dengan penuh pertautan hati dengan Allah dan penuh keikhlasan

22- Doa orang terzalim terhadap orang yang menzaliminya

23- Doa ibu dan ayah untuk anaknya

24- Doa anak yang soleh untuk kedua ibubapanya

25- Doa orang yang sedang bermusafir

26- Doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka

27- Doa orang yang berpuasa ketika sedang berbuka

28- Doa orang yang terdesak atau terpaksa (dalam kesempitan)

29- Doa pemimpin yang adil (yang melaksanakan syariah Allah dalam pemerintahannya)

30- Doa ketika berwudhu’dengan doa yang ma’tsur( berasal dari Nabi S.A.W )

31- Doa selepas melontar Jumrah as-Sughra

32- Doa ketika melontar Jumrah al-Wusta

33- Doa ketika berada di dalam ka’abah, perlu diketahui bahwa kawasan hijir Isma‘il termasuk Ka‘bah.

34- Doa ketika berada di Safa

35- Doa ketika berada di Marwah

36- Doa ketika berada di Masy’aril Haram



DIANTARA SEBAB-SEBAB DO’A TIDAK DIPERKENANKAN

Suatu ketika seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim bin Adham seorang tokoh sufi yang terkenal, apakah yang menyebabkan doa seseorang tidak diterima oleh Allah, Ibrahim bin Adham menjelaskan;

“Antara sebab doamu tidak diterima Allah ialah;

1- Kamu menyatakan bahawa kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya

2- Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Rasulullah SAW. Tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya (dalam kehidupan kamu).

3- Kamu meyakini bahawa al-Quran itu adalah benar, namun kami tidak mengamalkannya (dalam kehidupan kamu)

4- Kamu telah banyak menikmati nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya

5- Kamu meyakini bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu menuruti segala tunjuk ajar mereka

6- Kamu menyatakan bahawa kamu meyakini tentang wujudnya syurga, tetapi kamu tidak berusaha melaksanakan amal yang boleh membawa kamu ke sana

7- Kamu menyatakan bahawa neraka itu benar, tetapi kamu kamu tidak berusaha menjauhkan diri darinya, bahkan melakukan perbuatan yang bakal mencampakkan dirimu ke sana

8- Kamu menyatakan bahawa kematian itu adalah satu kebenaran, tetapi kamu tidak bersedia dengan amalan untuk menghadapinya

9- Kamu bangun setiap pagi dan sering memperkatakan keaiban orang lain, tertapi kamu lupakan keaiban dirimu sendiri

10- Kamu selalu menghantar jenazah ke kuburan, tetapi kamu langsung tidak mengambil iktibar daripadanya, bahawa kamu juga akan dibawa ke sana.”

Wallahu’alam….