Thursday, 9 January 2014

FAKTA BENAR? Bahaya Roti!!!





                                       









Jika anda baca laporan dari CAP Pulau Pinang, rasa takut nak makan roti keluaran syarikat-syarikat yang diberitahu selepas ujikaji keatas bahan pengawet yang tidak mengikut sukatan yang dibenarkan. Tetapi kebanyakan kita sudah bertahun-tahun makan keluaran ni! Belum ada apa-apa kesan setakat ini. Terima kasihlah kita ucapkan pada CAP kerana bagitahu bahayanya roti. Kita tak ada pilihan lain kerana inilah roti yang hanya terdapat dipasaran berdekatan rumah kita. Anak-anak suka, terpaksalah beli juga. Nak buat macamana! Nak suruh isteri buat roti sendiri, alamat kebuluranlah sebab-sebab bila isteri buat roti.... jadi lempeng pulak. Jangan marah ayang! Yang penting kenyang dan baca doa makan. InsyaAllah dipeliharaNya.
                                          
Oleh,S.M.MOHAMED IDRIS                                                
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)                        
     
Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.                                         
     
Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera) didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh  undang-undang.                                                        
     
Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).         
     
Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).                                              
     
Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan  Gardenia.                                                             

Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. 

Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula                         White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).                     
     
Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi  dan Gardenia Roti Krim Jagung  juga 2.4 kali lebih tinggi.            
     
High 5                                                               
Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005  iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). 

High5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005. Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.                              
     
Roman Meal                                                           
Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi  Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0kali lebih tinggi.                                                     
     
Roti Pasar Raya                                                      
Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang , dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan.     
     
Giant Roti Sandwich ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.                                      
     
Tesco Wheat Bran Bread. Mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.                                                         
     
The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.
                          
Rangkaian Makanan Segera                                             
Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan Mc Donalds.                                                                  
     
Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. 

Mc Donalds  Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.  
     
Kedai Roti Tempatan 

Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. *Ismalia Bakery Coconut Bun* mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari *Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. 

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan. 

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. 

Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering. 

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. 

Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak*. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian. 

Tiada Penguatkuasaan 

Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya. 

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita. Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak. 

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN? 
  •  Tepung Beracun                                                       
  •  Pelembut Doh                                                         
  •  Sisa Racun Makhluk Perosak                                           
  •  Logam Berat                                                          
  •  Pemutih                                                              
  •  Pengemulsi                                                           
  •  Rambut Manusia (L-cysteine)                                          
  •  Agen Pengurang                                                       
  •  Pengawet                                                             
  •  Terlalu Banyak Garam                                                 
  •  Lemak Trans                                                          
  •  Terlalu Banyak Yis                                                   
  •  Enzim Ubah Suai Genetik                                              
  •  Yis Ubah Suai Genetik
Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari.

Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai "bantuan membakar").

Roti hari ini juga menjadi semakin lembut mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi. Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.

"Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti."

Pengalaman pencuri kain kafan - 7 jenis mayat pelik.


Pengalaman Pencuri Kafan – 7 Jenis Mayat Pelik | Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

Gambar hiasan
” YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mayat mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
” Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
” Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
” Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
” Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..

Padah melukis inai ditangan dengan produk yang ''no status''



















Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar ra katanya:

“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :

“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :

“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.

wallahu’alam.

Astaghfirullah - VODKA (arak) tertulis kalimah 'ALLAH'


















Salah sebuah pengeluar vodka terbesar di Kazakhstan,Goem, baru-baru ini mencetus kemarahan umat Islam di negara itu apabila meletakkan label tertulis kalimah ‘Allah’ pada salah satu produk minuman kerasnya.

Pembalut plastik pada penutup botol vodka Baiterek itu tertera kalimah ‘Allah’ dengan menggunakan slogan ‘Kekuatan Allah Cukup Untuk Semua Orang’.

Beberapa pemimpin Islam, ulama dan masyarakat muslim di negara itu telah mengadakan demontrasi selama lebih seminggu sambil mengutuk tindakan syarikat yang tidak bertanggungjawab mencemar nama ‘Allah’ itu......subhanallah.

Wednesday, 8 January 2014

4 Soalan yang akan ditanya di padang MAHSYAR.


4 Soalan Yang Ditanya Di Padang Mahsyar

Empat soalan ditanya pada hari Kiamat

Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?''
Huraian Hadith: 
1. Setiap orang akan disoal oleh Allah sebelum dimasuk ke syurga atau neraka
2. Ini menunjukkan kehidupan di dunia amat penting dan jangan disia-siakan usia yang ada
3. beramallah dengan mengerjakan segala yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang Allah.
Rasulullah dalam hadis itu mengingatkan umat Islam bahawa, di hadapan mahkamah pengadilan Allah, setiap daripada kita akan ditanya empat perkara, iaitu umur, ilmu, harta dan tubuh badannya. Dan kita tidak akan dapat berganjak, selagi tidak menjelaskan setiap persoalan itu.

Pertama, mengenai 1 umur. Nikmat umur yang dikurniakan Allah selama puluhan tahun, di manakah kita menghabiskannya? Katakan umur ketika hidup di dunia 70 tahun, berapa tahunkah yang diperuntukkan untuk melaksanakan amal salih bagi mengaut ganjaran pahala? Bagaimanakah, nasib kita sekiranya umur itu lebih banyak dibazirkan untuk berbuat maksiat dan dosa, sedangkan umur yang digunakan untuk beramal ibadat hanya sekitar 10 tahun? Itu pun selepas berada pada penghujung usia yang senja.

Ke manakah perginya baki 60 tahun umur kita itu? Adakah kita yakin akan dapat mengecapi nikmat syurga dengan nilai pahala selama 10 tahun, sedangkan longgokan dosa yang kita kumpul selama 60 tahun pula begitu tinggi?

Kedua, mengenai 2 ilmu. Bagaimana jawaban kita jika ditanya mengenai ilmu? Apakah tanggungjawab terhadap ilmu yang kita miliki sudah kita tunaikan? Banyak ilmu yang kita tahu, tetapi adakah ia diamalkan?

Kita tahu membezakan perbuatan baik dan buruk, tetapi mengapa kita masih berminat dengan sifat mazmumah (keji)? Kita ada ilmu tetapi mengapa tidak mendidik, membimbing, menegur atau menasihati orang lain apabila melihat mereka berbuat kemungkaran? Mengapa kita tidak menyebarkan kepada orang lain sesuatu ilmu yang kita ketahui?

Ketiga, kita juga akan disoal mengenai 3 harta benda yang kita miliki. Dari sumber manakah kita peroleh harta itu? Adakah daripada punca yang halal atau haram? Ke jalan manakah pula kita belanjakan harta itu? Ke jalan kebajikan atau kemungkaran?

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.

Akhirnya, kita akan ditanya mengenai 4 jasad atau tubuh badan kita. Apakah yang kita lakukan dengan tubuh yang sihat dan kuat ini? Adakah kita mensyukuri mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan anggota badan yang lain dan menggunakannya ke jalan yang diredai Allah? Atau kita ingkar nikmat pancaindera itu dan reda dimurkai-Nya?

Itulah empat soalan yang bakal dihadapkan kepada kita untuk dijawab, berdasarkan amalan kita. Semoga kita berjaya menjawabnya dengan bantuan amal salih, keikhlasan ibadat, dan sedekah jariah di dunia.

Justeru, marilah kita lakukan muhasabah diri supaya kita tergolong ke dalam kumpulan yang berjaya melalui ujian itu.
WALLAHUALAM..
#RIZ

19 Tanda lelaki dicinta jin BETINA.


Iaitu apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin
betina...maka ia ada beberapa tanda...

1.Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti
sangat kuat emosi...seperti pemarah...kuat merajuk...sangat
pemalu..mudah panik atau gelabah...putus asa...dan sebagai-
nya...

2.Anda sangat suka menyendiri...sangat tak selesa berada di-
khlayak ramai...apalagi kalau menjadi tumpuan ramai...dan
anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan
menggeletar...atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan
menggeletar...

3.Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perk
ara romantik contohnya berasamara atau 'berkasih-kasihan'
dengan wanita (siapa saja wanitanya samada sesorang yang
anda kenal...pernah lihat...atau anda cipta sendiri orang-
nya...)

3.Anda suka bersendirian berjalan malam...

4.Anda suka duduk melamun dan melayan perasan di-bawah
cahaya bulan purnama...

5.Anda sering merasa gembira...sedih sayu...atau rindu
pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa...

Nota

Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat
menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa
atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda...
terutamanya pada bahagian dan kepala...

Begitu juga..ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin
betina itu sendiri...di mana kalau ianya sering datang men-
ziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi...maka
kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa...
tak kira siang atau malam...

6.Anda mudah jatuh hati...atau jatuh cinta pada mana-mana
wanita...samada yang dah lama atau baru anda kenal...malah
mungkin yang anda nampak di tengah jalan...sekali nampak
saja...anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan
perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta...

7.Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal
atau tidak...perempuan yang sama atau berganti-ganti pada
masa mula terlelap..atau ditengah malam...dalam keadaan
antara tidur dan jaga...

Kemudian apa saja boleh jadi..mungkin sekadar datang...atau
berasmara dengan anda...atau lebih...

8.Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara
dengan perempuan...

Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya
maka ia sangat bahaya...kerana mimpi pada anda...tapi alam
nyata baginya...ia mungkin ketagih atau menjadi sangat saya-
ng...dan akan terus menjaga anda dengan ketat...

Malah ia akan menjadi lebih berat...bila anda ada anak de-
ngannya di alam jin itu...
anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda...Walohu a'lam.

( Risikonya...kalau cuba dipisahkan...anda mungkin akan meng-
hampiri...atau jadi gila...atau mungkin melakukan sesuatu yang
di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk
oleh perasaan jin itu sendiri...)

9.Pada gangguan yang lebih teruk...jin itu menjelma di hadapan
anda seperti manusia...maka anda rasa berhubungan dengannya itu
adalah di alam nyata...

Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini...sesorang itu
sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat
bersama dengan 'kekasihnya' itu...dan selalu bercakap sendirian
sedangkan pada pandangannya...ada temannya...

Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu
sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia...seperti dalam
hutan atau rumah-rumah terpencil...dan sebagainya...

10.Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menem-
ani anda tidur semalamnya...dan anda mungin merasanya..orang itu
seorang pepempuan...

11.Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan
badan semalamnya..walaupun anda mungkin tidur seorang diri...

12.Mungkin pada wajah anda...ada cahaya lembut...iaitu suatu aura
dari makhluk halus itu...dan mungkin menjadi pelembut hati orang
yang memandang anda...seperti mereka itu sedang memandang seorang
wanita cantik yang penuh kelembutan...

Kecuali kalau jin itu marah...atau tak puas hati dengan anda ter-
utama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya...
maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah
'mendung' atau gelap seperti orang yang sedang marah...

13.Kalau gangguan lebih berat...anda munkin akan mengalami rasukan
oleh 'girlfriend' anda tersebut...

14.Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke-
mana-mana...

15.Orang lain mungkin nampak bayangan hitam...atau wanita yang se-
lalu menemani anda...

Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh...tapi bila dah dekat...
tak ada pula 'orangnya'...

16.kalau anda terkena jin yang kuat cemburu...nescaya ia akan meng-
halang anda dari berkahwin...kerana tak mau berkongsi kekasihnya...

17.Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya...
mungkin rumahtangga anda selalu jadi 'perang saudara laki bini'...
anda berlaku curang...tak peduli atau tak suka mendekati isteri...
cemburu atau marah tak tentu pasal...dan sebagainya.

Soalnya...selagi jin itu belum berpuas hati...ia akan terus meng-
hasut...dan berusaha memporak purandakan rumahtangga anda...kalau
boleh biar bercerai...agar anda akan menjadi miliknya seekor...

18.Nafsu anda naik tak tentu masa...dan tak ada sebarang sebab
munasabah...dan tak mustahil kalau isteri 'berhalangan'..anda
guna atau cari jalan lain...termasuk cara yang tak senonoh...
kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman...

...malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melaku-
kan keganasan seks...termasuk merogol...terutamanya kalau jin betina
itu gila seks...kerana ia akan dapat ikut serta...

19.Kalau dapat anak...maka tak pula mustahil antara anak-anak itu
yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga
terutama bagi anak-anak lelaki...

...dan sebagainya...

Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta...cinta sama paksa...
atau cinta sama tak tau...iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin
betina...

Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala
gangguan pada bahagian dada dan kepala...(anda boleh rujuk pada
tajuk yang berkaitan)...

Wallohu a'lam.
#RIZ

Kutub menyongsang pada 2015, Tanda awal KIAMAT?


kiamat2
KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.
Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.
Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′.
Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?
saljidimalaysia
Kiamat menurut Islam
Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:
Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:
1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.
2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.
3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.
4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.’
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.
ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)
Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

Inilah desa yang dianggap oleh sesetengah orang syurga dunia.



DI Laos terdapat sebuah desa kecil yang ramai dikunjungi pelancong, iaitu desa Vang Vieng. Desa ini dikenali sebagai syurga para backpacker (pengembara).

Desa Vang Vieng di Laos awalnya merupakan sebuah desa pelancongan yang mempunyai pemandangan indah dan suasana tenang. Desa ini terletak di Wilayah Vientiane, sekira empat jam perjalanan dari Ibu Kota Laos, Vientiane. Sejak dulu, desa ini memang telah menjadi pusat para backpacker dari Eropah dan Australia.

Dulu, setiap minggu pasti ada saja pembangunan guest house baru di Vang Vieng. Sehingga desa ini dipenuhi bar, kafe, serta penginapan yang setiap harinya memasang muzik-muzik keras. Daya tarik Vang Vieng kini adalah bir dan narkotik, yang boleh didapati dengan harga sangat murah di hampir semua bar dan kafe yang ada di desa ini.

Tarikan utama di desa ini adalah berenang di Sungai Nam Song menggunakan pelampung besar (tubing), dan menurut tempat penyewaan ban tersebut, setiap harinya ada lebih dari 500 pelampung yang disewa. setiap harinya jalanan di desa ini dipenuhi para pelancong yang mabuk-mabuk dan berpakaian tidak penuh serta berpesta semalaman suntuk.

Backpacker ini menghabiskan sekurang-kurangnya dua minggu hingga sebulan di Desa Vang Vieng. Mereka bahkan bekerja di bar dan kafe untuk mendapatkan penginapan serta minuman percuma sepuasnya. Malangnya, sejak aktiviti tubing dilarang kerajaan kerana berbahaya, Vang Vieng menjadi semakin sepi dari backpacker asing.sumber