Thursday, 6 March 2014

Subhanallah 30 Keajaiban Ciptaan Allah pada Badan Kita


1. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sehinggalah berusia sekitar 6 hingga 8 minggu.

2. Kecepatan batuk adalah 96.5 kilometer sejam…

3. Sel yang paling kecil dalam badan manusia adalah sperma manakala sel yang paling besar adalah ovum.

4. 3 perkara yang sering keluar dalam mimpi seorang wanita yang sedang mengandung 3 bulan pertama : katak, cacing dan tumbuhan dalam pasu
5. Secara purata, jangka hayat rambut adalah sekitar 3 ke 7 tahun. Setiap hari, kita kehilangan 60 hingga 100 helai rambut… Tapi jangan risau, tak menyebabkan nampak kulit kepala pun…huhu

6. Gigi manusia tumbuh 6 bulan sebelum lahir. Walaupun begitu, tak semestinya kita boleh lihat bayi lahir-lahir dah ada gigi.

7. Pundi kencing ketika penuh, berukuran hampir sama dengan saiz softball..

8. Gigi manusia mempunyai panjang 55 milimeter..

9. Apabila menjangkau usia 60 tahun, 60% lelaki dan 40% wanita akan berdengkur semasa tidur… huhu

10. Terdapat 2.5 trillion sel darah merah didalam badan anda sekarang !!

11. Apabila kita menyentuh sesuatu, kita menghantar message ke otak kita pada kelajuan 124 batu per jam…

12. Organisma hidup yang terdapat pada tubuh seorang manusia adalah lebih banyak daripada jumlah manusia yang ada atas muka bumi sekarang… Wowww…

13. Kapilari darah adalah tersangat kecil sehinggakan 10 kapilari barulah bersamaan dengan sehelai rambut… Bayangkan…

14. Bayi sudah mula bermimpi ketika masih di dalam perut ibu lagi…

15. Bakteria di dalam mulut anda lebih banyak daripada populasi manusia di US dan Kanada jika digabungkan…

16. Gigi manusia hampir keras seperti batu…

17. Jika manusia menjerit selama 8 tahun 7 bulan 6 hari, tenaga bunyi yang dihasilkan cukup untuk memanaskan secawan kopi…

18. Jika mengelipkan mata, kita sedang menggerakkan 200 otot..

19. Panjang tapak kaki adalah sama dengan panjang dari pergelangan tangan ke pelipat siku…

20. Terdapat 137 juta sel peka cahaya pada retina mata…

21. Tulang paha adalah tulang terpanjang dalam badan kita dan ia adalah 1/4 daripada tinggi kita…huhu

22. Otak kanan mengawal bahagian kiri badan, manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan…

23. Jantung kita berdenyut kira-kira 100 000 kali setiap hari…

24. Setiap 2 minggu, perut manusia akan menghasilkan lapisan mukus yang baru, kalau tak, perut kita sendiri akan dihakis oleh asid yang terdapat didalamnya…

25.  Telinga manusia boleh mengesan ratusan ribu jenis bunyi yang berbeza…Wow…

26. 80% daripada diri kita adalah air…

27. Setiap jam, mata kita mampu memproses 36 000 bit informasi…

28. Berat kulit manusia dewasa secara purata adalah kira-kira 4-5 KG.

29. Luas permukaan paru-paru manusia adalah sama dengan luas permukaan gelanggang tenis…
Besar tuuu…huhu

30. Ketika mata kita berkedip, kita sebenarnya memejamkan mata selama 0.3 saat… 

Betapa hebatnya penciptaan manusia… Subhanallah…

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?
(Surah Az-Zariyat : ayat 20-21)

Letupan Di Hiroshima Hanyalah Sebesar Spora Cendawan.

Bulatan kecil dlm gambar adalah saiz letupan di Hiroshima dan Nagasaki. Lihat saiznya dan bandingkan dgn Tsar Bomba.

Bermula dgn Trinity test oleh Amerika pada Julai 1945, maka muncul lah pelbagai ujian yg dilakukan oleh beberapa negara seperti Soviet, United Kingdom, China, Perancis, India, Pakistan dan Korea Utara.

Tsar Bomba merupakan nama bagi bom nuclear yg menghasilkan letupan terkuat sehingga ke hari ini. Dgn kekuatan sebanyak 50 mega tan, ianya bersamaan dengan 1400 kali ganda kekuatan 2 bom atom yg digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. (total 36kt).

Kekuatan asal bagi bom ini adalah 100mt, tetapi telah dikurangkan bagi mengurangkan nuclear fallout dan utk mengelakkan pesawat yg menggugurkan bom ini turut terkena kesan secara langsung. Bom seberat 27 tan dan sepanjang 8 meter ini digugurkan melalui parachute dari ketinggian 10.5km dan meletup pada ketinggian 4km.

Bola api (fireball) yg terhasil teramatlah besar, iaitu berdiameter 8 kilometer, dan boleh dilihat sejauh hampir 1000km… mushroom cloud yg terbentuk selepas itu mencecah ketinggian 64km… letupan yg dilakukan dikawasan terpencil di Novaya Zemlya.

3rd degree burns akan terhasil walaupun kita berada pada jarak 100km dari kawasan ujian. Sila search google image utk tahu mcm mana keadaan 3rd degree burn. Tingkap kaca pecah turut dilaporkan sejauh finland dan Norway.





Di Akhir Zaman, 1 Orang Lelaki Diikuti 40 Wanita


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al 'Alaa' telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid dari Abu Burdah dari Abu Musa radliallahu' anhu dari Nabi Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Pasti akan datang pada manusia suatu zaman yang ketika seseorang berkeliling membawa shadaqah emas, lalu dia tidak mendapati seseorang yang mahu menerimanya lagi. Lalu akan kelihatan seorang orang lelaki akan diikuti oleh empat puluh orang wanita yang mereka mencari kepuasan dengannya kerana kurangnya jumlah lelaki dan ramainya wanita."

Dalam hadis lain, dari Anas Ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Di antara tanda-tanda kiamat adalah berkurangnya ilmu, munculnya kebodohan, tersebarnya zina, ramai wanita dan kurangnya lelaki sehingga lima puluh wanita mempunyai satu lelaki" ( HR Bukhari )

Hadis ini nampak jelas sekali serupa dengan hadis Nabi yang menjelaskan bahawa hampirnya kiamat, akan ada banyak perzinaan. Perzinaan itu tidak akan berlaku kecuali jumlah wanita lebih ramai berbanding lelaki. Akhirnya, setiap lelaki mempunyai empat puluh hingga lima puluh wanita sebagaimana disebutkan dalam hadis tersebut.

Dikatakan bahawa pada masa itu, seorang lelaki berbanding empat puluh hingga lima puluh wanita. Setiap kali para wanita itu menjumpai lelaki, mereka akan mengatakan, "Nikahilah aku, nikahilah aku!"

Perkara yang membahayakan sewaktu tidur


 KEBIASAAN TIDUR SAMBIL MENDENGARKAN MUSIK, ATAU MENONTON TELEVISION SAMPAI TERTIDUR, ATAU MEMBIARKAN LAMPU DI RUANGAN MENYALA TERANG, MEMANG SUKAR UNTUK DI HALANG DAN MENURUT SEBAHAGIAN ORANG KEADAAN SEPERTI ITU MEMBUAT MEREKA MENJADI LEBIH CEPAT TERTIDUR.


gadis sexy dengar lagu sewaktu tidurKalau korang nak tau kenyataannya setelah terbangun korang akan merasa lebih tegang (stress). Bahkan ada yang merasa seperti tidak tidur semalaman. Senang kata tidur tak puas la.

Ketahui lagi apa yang terfakta sewaktu kita tidur

Terfakta: Sewaktu kita tidur sebenarnye kalau korang nak tau otak tidak pernah tidur. Otak selalu menjalankan aktivitinyer walaupun tidak sesibuk seperti waktu kira berjaga, iaitu menjalankan sistem metabolisme tubuh.

Pada malam hari, seiring menurunnya aktivitas tubuh, rentak gelombang otak pun mengalami penurunan.

Namun apabila kita tidur sambil mendengarkan musik, television dalam keadaan hidup atau lampu sedang menyala terang, maka gelombang suara atau cahaya yang dipancarkan oleh peralatan tersebut tetap diterima oleh pancaindera pendengaran dan penglihatan kita.

Gelombang suara diterima oleh alat pendengaran di dalam telinga dan gelombang cahaya tetap dapat menembus kelopak mata dan diterima oleh retina dan lensa mata .

Gelombang-gelombang tersebut akan diteruskan ke otak kita. Otak yang harusnya berehatakan kembali terangsang untuk bekerja dan mengubah informasi yang masuk.

Apabila hal ini berlangsung sepanjang malam, bermakana kita hanya tidur menurut tubuh luar, tetapi tidak menurut otak.

Otak akan terus bekerja mengolah informasi yang masuk tersebut. Jadi jangan biarkan otak Anda keletihan kerana harus tetap bekerja pada malam hari, sedangkan di siang hari otak jugak akan digunakan sepenuhnya melakukan kerja seharian.

Tuesday, 4 March 2014

Sistem MEPS ATM digodam? Pelanggan berang, duit lesap 'ditelan' bank



Kuala Lumpur 1 Mac 2014 - Pelanggan di sebuah bank berang apabila gagal mendapatkan wang mereka setelah membuat transaksi pengeluaran di mesin pengeluaran tunai (ATM).

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.45 malam semalam di Jalan Genting Klang mendapati tiga orang pelanggan yang menjadi mangsa sedang menghalang orang ramai daripada menggunakan mesin tersebut.

Salah seorang mangsa Mohd Azli Alizan, 24, ketika dihubungi Rakyat News memberitahu, kejadian yang berlaku telah mengakibatkan beliau 'berlapar' untuk beberapa hari berikutan cuti umum pada Sabtu dan Ahad.

"Saya semak baki akaun saya ada RM107 dan mengeluarkan RM100. Kad bank keluar daripada slot tetapi duit tak keluar, begitu juga dengan resit. Ingatkan ada orang 'panjang tangan'. Saya semak semula akaun dan mendapati baki tinggal RM7. Saya terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan untuk membuat aduan. Operator kemudiannya memberikan saya nombor laporan dan meminta saya untuk datang semula ke kaunter bank pada Isnin ini," katanya yang menggunakan kad bank itu sendiri dan bukannya melalui sistem pembayaran elektronik (MEPS).

Tambah Azli, seorang wanita warga emas berbangsa Cina turut menjadi mangsa apabila 'ditelan' sejumlah RM500 dilokasi sama. Katanya lagi, rakan beliau yang bekerja di sebuah bank mengatakan bahawa kejadian sama turut berlaku kepada pelanggan di bank-bank yang lain. 

"Sudahlah simpanan saya itu untuk kegunaan perbelanjaan mingguan sementara tunggu gaji. Hendak makan, isi minyak petrol untuk motor. Sakit hati, ikutkan hendak saja pecahkan mesin ATM bank tersebut," katanya dengan nada kesal.

Sementara itu seorang lagi mangsa Vella, 36, berkata, operator di Khidmat Pelanggan tidak membenarkan beliau dan Azli daripada membuat laporan kepada pihak polis.

"Saya tanya orang itu (operator) kami perlu buat laporan polis atau tidak, dia kata tak perlu. Ini hal buat orang susah. Lagi hari minggu, kita mahu pakai wang," ujar beliau.

Vella ketika itu ingin mengeluarkan wang gaji milik abangnya berjumlah RM430 gagal apabila hanya kad sahaja yang keluar daripada slot mesin ATM itu. Selain itu Vella juga beranggapan bahawa kejadian yang menimpa mereka ada kaitan dengan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang buat pertama kali diagihkan menerusi akaun bank penerima sekaligus mengakibatkan 'kerosakan' pada mesin ATM.

"Ramai kawan saya cakap banyak bank jadi seperti ini. Orang kata ini disebabkan oleh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.

Sebelum ini pengguna aplikasi Whatsapp dan WeChat heboh apabila menerima satu penyebaran pesanan ringkas yang mengingatkan supaya orang ramai tidak membuat transaksi pengeluaran di mesin ATM. Namun ia hanya melibatkan sistem MEPS sahaja. rakyatnews.my

Waspada Strok Haba Ketika Cuaca Panas & Kering


Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini terutamanya bagi bayi, kanak kanak dan warga emas. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius. 

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. 

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya. 

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian. 

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini. 

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba. 

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin. 

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah. 

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya. 

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.

8 Panduan Agar Rezeki Berkat Dan Halal


Rezeki yang berkat

8 Panduan Agar Rezeki Berkat Dan Halal  | PERKARA penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita peroleh tetapi sebaliknya, ada atau tidak keberkatan di dalam rezeki itu.

Rezeki melimpah-ruah tidak sama konsepnya dengan rezeki yang halal dan berkat. Ada orang mempunyai rezeki yang banyak tetapi sayangnya di dalamnya tidak terdapat unsur keberkatan.

Di dalam Islam, keberkatan rezeki yang diinginkan adalah bermaksud rezeki yang bertambah dan mengandungi kebaikan di dalamnya. Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa cara agar rezeki menjadi lancar, berkat dan halal. Antaranya;

1 Menjauhi pekerjaan haram dan subahat
Setiap orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa kerana dosa akan menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (riwayat at-Tirmizi).

Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah tambahan seperti solat Dhuha dan solat Tahajud.

2 Bekerja sungguh-sungguh
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT senang melihat hamba-Nya bersusah payah (kelelahan) dalam mencari rezeki yang halal." (riwayat Adailami)

3 Mengadu masalah rezeki hanya kepada-Nya
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa tertimpa kemiskinan, kemudian ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutup kemiskinannya itu. Namun, siapa sahaja yang mengadukannya kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki, baik segera ataupun lambat." (riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

4 Memperbanyakkan beristighfar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa memperbanyak istighfar, Maka Allah SWT akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan dan setiap kesempitan jalan keluar dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah disangka-sangkanya." (riwayat Imam Ahmad)

5 Sabar dan banyak membaca la hawla wa laa quwwata illa billah.
Diriwayatkan bahawa Salim, anak laki-laki ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy telah ditawan oleh orang musyrik. Kemudian, ‘Auf datang mengadu kesedihannya kepada Rasulullah.
Baginda SAW berkata: “Bertakwalah kepada Allah, bersabarlah dan aku anjurkan agar kamu dan isterimu memperbanyak bacaan, La hawlah wa laa quwwata illa billah. ‘Auf kembali ke rumahnya dan menyatakan suruhan Rasulullah SAW itu. Keduanya, segera melaksanakan perintah Rasulullah SAW. Akhirnya, anaknya berhasil meloloskan diri daripada musuh dan membawa ternakan kambingnya sebanyak 4,000 ekor di hadapan ayahnya. (Tafsir Qurthubi, surah al-Thalaq: 3)

6 Tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang. (riwayat Bukhari)

7 Bersedekah dan nafkahkan harta kepada yang berhak.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ada tiga hal yang aku bersumpah kepadanya dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka perhatikan benar-benar: Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah dan tiadalah seseorang membuka pintu meminta-minta melainkan Allah akan membukakan kepadanya pintu kemiskinan." (riwayat al-Tirmizi)

8 Tolong agama Allah dengan menegakkan syariat Islam
Firman Allah SWT bermaksud: Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad: 7)

Syariat Islam akan tegak dengan adanya daulah Islam. Islam sebagai jalan kehidupan tidak tegak dalam masyarakat saat ini dengan tidak sebagai wadah. Sistem perekonomian di mana umat mencari rezeki pada saat ini merupakan sistem perekonomian yang tidak mendukung mereka untuk mendapatkan rezeki yang banyak, lancar dan berkat.

Sebenarnya Allah tidak memerlukan pertolongan kerana Allah Maha Kaya. Tetapi itulah cara bagi kita untuk menolong diri kita sendiri. Marilah kita menolong agama Allah, agar rezeki kita banyak, lancar, halal dan berkat.

PASANGAN BUDAK DARJAH 6 DITANGKAP BERSENGGAMA DALAM BILIK



Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan #berbogel di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis.

Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya.

“Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya.

Anuar berkata, kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar daIam itu miliknya.

“Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan #berbogel.

“Kedua-dua mereka mengaku melakukan hubungan terlarang. Mereka kemudian di bawa ke balai polis.

PEMBONGKARAN! - KEBENARAN AL-QURAN FIR'AUN YANG DITENGGELAMKAN


 APA YANG TERTULIS DI DALAM AL-QURAN ADALAH BENAR SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH, FIR'AUN DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA DITENGGELAMKAN  KERANA  MENDUSTAKAN AYAT-AYAT TUHANNYA . KINI KEBENARAN AYAT AL-QURAN TERSEBUT DI BUKTIKAN APABILA SEBUAH BANDAR DI DALAM AIR DI TEMUI SELEPAS 1500 TAHUN.



Berdasarkan Firman Allah... 
“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.” (QS. Al Anfaal, 8: 54).

Ianya ditemui apabila sekumpulan arkeologi yang diketuai oleh seorang ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio terjumpa beberapa peninggalan, ia membawa mereka kepada salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21, iaitu bandar dalam air ini.
Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang Napoleon dari 1798 Battle of the Nile, apabila dia telah dikalahkan oleh Nelson pada ketika itu, dan ianya telah membawa kepada penemuan ini. Pasukan Goddio telah disertai oleh Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir telah menghasilkan pelbagai penemuan ini.

Diantara penemuannya adalah seperti patung dewa Hapi, patung granit merah ratu Ptolemy,dulang emas, Patung gangsa daripada dinasti ke-26 Firaun, Satu Lampu Purba dan berbagai penemuan lagi.

Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.

Tetapi di sebalik semua keseronokan ke atas penggalian itu, satu misteri tentang Thonis-Heracleion kekal sebahagian besarnya tidak dapat diselesaikan: Mengapa sebenarnya ia tenggelam dan bagaimana kejadian ini berlaku? Inilah kebenaran yang telah tertulis di dalam Al-quran, hanya allah yang maha mengatahui segala-galanya

Sunday, 2 March 2014

OPENING SALE!!!! Zul & Zie Textile.


Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelangan yang menyokong kami ZUL & ZIE Textile selama ini secara langsung atau tidak langsung. alhamdulillah respon pelanggan yang datang terus ke kedai baru kami amat berpuas hati dengan produk baru kami terutamanya HARGA GILA GILA yang kami tawarkan. kepada yang teragak2 mahu kekedai kami jangan tunggu lama2 kedatangan anda kami nantikan dan kami hargai anda semua



Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
E-mail :- zulzietextile@gmail.com 

Untuk mendapatkan koleksi - koleksi kami dengan cepat anda hanya perlu click dibawah ini.

zwani.com myspace graphic comments
 





Pelbagai Jenis Jubah

Baju Kurung Bermanik Vietnam (Batch 003)




#untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan lebih banyak iklan, boleh lah Whatsapp kami di 0126066326. TQ.