Monday, 10 March 2014

Otak Bertambah Aktif Semasa Berzikir


Firman Allah yang bermaksud:
"( Iaitu ) orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah hanya dengan mengingati Allah itu, hati menjadi tenteram." (Ar-Rad, ayat 28)

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang ditugaskan untuk melakukan tugas-tugas tertentu untuk membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh kerana itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini mewujudkan satu aliran bio-elektrik di kawasan saraf otak tersebut . Bila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik .

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis berbanding sebelum berzikir. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, edisi Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka diharuskan membaca setiap kata tersebut satu persatu dan menyambung kata-kata dengan kata kerja yang berkaitan.

Ketika sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Ketika senarai kata baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Subhanallah, "maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?"

Dari sumber jurnalhajiumroh.com

PANGKALAN TENTERA UDARA MALAYSIA TERAPUNG DI PULAU LAYANG-LAYANG



Mungkin agak pelik apabila dikatakan kita mempunyai pengkalan Tentera Udara Malaysia terapung di lautan kita tidak lah mempunyai teknologi yang maju seperti Negara-negara besar yang mempunyai kapal pengangkut tentera uadara seperti United States Ship (USS).



Tetapi buat pengatahuan korang kita mempunyai satu Pengkalan Udara yang unik dimana ia terapung di Lautan di Pulau Layang-Layang. Dikatakan pengkalan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Terumbu Layang-Layang berjaya mengurangkan jumlah pencerobohan nelayan asing dan tentera asing di perairan itu.

Pegawai Pemerintah Terumbu Layang-Layang Leftenan Mohd Khairulislah Ahmad (TLDM) berkata kes pencerobohan nelayan asing di kawasan terumbu itu telah berkurangan dibandingkan tahun lepas sejak kapal dan bot TLDM aktif melakukan rondaan perairan.



"Kami sentiasa berwaspada 24 jam sehari mengawasi perairan terumbu negara yang kaya dengan hasil sumber asli laut yang menjadi rebutan nelayan dan kuasa asing.

"Kita akan mengawasi apakah tujuan mereka (kapal tentera asing), sama ada hanya lalu di perairan ini atau datang merisik," kata beliau.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bilangan kali pencerobohan tentera asing, kapal tentera dan kapal selam di terumbu itu.


F-18D Hornet terbang berdekatan Pulau Layang-Layang yang terletak di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Dulu pulau ni sekadar terumbu. Kemudian Tun Mahathir arahkan terumbu ni ditambak untuk dijadikan pulau serta pengkalan paling hadapan negara. Luas pulau ini kalau lebih kurang 2.5 km persegi. Panjang landasan sekitar 1300 meter.

DIINTIP KAPAL SELAM ASING

Seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) memberitahu Bernama pengkalan itu pernah diintip oleh tiga kapal selam asing pada waktu malam. Bagaimanapun, kapal-kapal selam itu menghilangkan diri setelah kehadiran mereka berjaya dikesan dan siren amaran dibunyikan.

Lt Khairulislah berkata pemeriksaan kapal-kapal nelayan asing sentiasa dibuat dan mereka perlu mendapatkan surat keizinan pihak atasan TLDM untuk melakukan aktiviti tangkapan ikan di perairan itu.

Beliau berkata setiap bot nelayan asing yang melakukan pencerobohan akan ditahan dan dimaklumkan kepada pihak atasan yang akan memberikan arahan samada menahan, mengusir atau menyita bot nelayan asing itu.

Katanya perbezaan yang dirasakan oleh anggota TLDM di sini ialah bertugas di barisan hadapan yang sentiasa terdedah dengan ancaman luar dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan menghadapi ancaman yang bakal berlaku, seperti yang dilihat pada cogankata mereka di sini 'kami akan pertahankan Pulau Layang-Layang hingga ke titisan darah terakhir'.

Lt.Khairulislah berkata nilai tangkapan ikan Tuna yang terdapat di perairan Pulau Layang-Layang adalah melebihi RM70 juta setahun.

Adakah ini ada kaitan dengan tuntutan kepulauan Sptratly?

KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN SPRATLY

Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.

Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.

Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.

Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.

China walaupun tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief.


Ia juga dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar.

Negara itu mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.

Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.


STRATEGI MALAYSIA

Malaysia membawa pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau.

Kawasan tuntutan Malaysia juga mempunyai kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya berbanding kesemua kawasan lain di Spratly.

Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.

Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal Selam.

Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan.

Sebagai contoh, Britain dalam Krisis Falkland berjaya memenangi peperangan menuntut pulau Falkland dari Argentina kerana Britain mempunyai armada laut yang kuat termasuk dilengkapi dengan kapal induk pesawat seperti HMS Hermes.

Walaupun terletak beribu batu dari kawasan konflik, Britain akhirnya menang dan peranan kapal selam Britain berjaya mencegah campur tangan tentera laut Argentina menyebabkan negara Latin Amerika itu hanya sanggup menyediakan tentera udaranya sahaja untuk menghadapi Britain.

Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam, Filiphina sehinggalah ke Sabah.

Teori Penguasaan Hujan oleh Dajjal.

Hadith Berkaitan....Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang keperkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagaiTuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakanmereka tidak menjadi. "Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi..."
Keupayaan Dajjal
Keupayaan Dajjal dapat diringkaskan seperti berikut:
  • Dapat mengarah langit menurunkan hujan secara spontan
  • Dapat mengarahkan bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan
  • Dapat menyebabkan tanam-tanaman dan binatang ternakan tidak menjadi.
Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan keupayaan Dajjal yang amat dasyat ini adalah  tergolong dalam bentuk “fitnah” paling besar di akhir zaman kelak. Keupayaan Dajjal mengalihkan perjalanan hukum bumi dari Barat ke Timur diakui oleh Nabi dalam banyak hadith-hadith sahih yang diriwayatkan oleh banyak imam-imam yang muktabar.
Sebagai umat Islam adalah wajib kita mengimani apa yang dinyatakan Rasulullah SAW, disamping itu wajarlah kita meluaskan ruang pemikiran kita tentang keupayaan Dajjal yang paling hebat ini.
“Menerbitkan Matahari Dari Barat”
Teori 1 : Pembinaan Mega Studio Tanpa Dinding dan Wayar
Pelan kasar penyelidikan untuk mengalihkan peredaran bumi sudah dilakar sejak beratus tahun. Cuma hasil dan kemajuannya baru nampak kini. Konsep utama teknologi gelombang satelait enam penjuru dapat dilihat  pada logo fahaman Cabbala atau ritual ibadat gerakan Illuminati.
Pengalihan Hukum Peredaran Bumi
Bumi berputar setempat dengan kelajuan 1000 km/j dari arah Timur (terbit matahari) ke arah Barat (terbenam matahari) dan melakukan pusingan mengelilingi matahari dengan kelajuan 65,000 km/j. Dengan kelajuan yang luar biasa itu amat menakjubkan objek-objek dibumi tidak pula terpelanting keluar. Objek di bumi pula ditarik rapat ke bumi dengan bola graviti yang berada di tengah-tengah perut bumi.
Untuk membuatkan bumi berputar ke arah berlawanan maka 3 perkara perlu dilaksanakan iaitu Menghentikan Putaran, Memutarkannya Semula dan Mengekalkan Putaran.
Penulis percaya bahawa hukum ini tidak boleh dipecahkan kerana ia sudah masuk peringkat kiamat akhir. Dajjal menyedari hal ini (Dajjal juga mengkaji “al-Quran” untuk tujuan memesongkan umat Islam), dan si laknat itu masih mahu meneruskan hawa nafsunya yang sering mendesaknya menandingi kuasa tuhan. Dia mahukan kuasa seperti tuhan, dia mahu kuasa menurunkan hujan, kemarau, ribut, banjir, gempa bumi berada di tangannya.
Jalan yang paling mudah ialah membina studio besar tanpa dinding yang boleh menggerakkan sesuatu unit sebagai agen tiruan. Unit-unit tiruan itu ialah awan tiruan, langit tiruan, matahari tiruan, kilat tiruan, puring beliung tiruan dan bermacam-macam lagi lagi perkara tiruan. Ingatkah kita kepada pesan Rasulullah SAW dan nabi-nabi sebelumnya iaitu “berwaspadalah dengan fitnah-fitnah yang dibawa oleh Dajjal”. Pernahkah kita mengkaji perkataan fitnah itu. Apakah takrifan bagi fitnah? Kenapa nabi tidak mengguna perkataan menyerangatau memaksa atau membunuh?
Kita tinggalkan dahulu perkataan FITNAH itu (akan dibincangkan di bab yang lain).
Semua unit-unit tiruan ini perlu disediakan di seluruh bumi (mustahil juga, mampukah Dajal berbuat demikian?). Selepas disediakan, unit-unit ini mestilah telah siap dipasang di sesuatu tempat agar mudah Dajjal mengarahkan cuaca berubah melalui arahan suara. (rujuk artikel rumah pintar, arahan melalui suara).
Dengan tersedianya semua unit tiruan ini, maka Dajjal akan mudah ke mana-mana tempat untuk dia berdakwah, yakni dalam erti kata lain, dimana-mana sahaja dia berada maka Si Laknat itu mampu memberikan arahan kepada “medium elektronik yang siap dipasang”, dan berlakulah keadaan cuaca seperti yang dikehendaki. (Rujuk artikel berkenaan “Rumah Salji” di Malaysia)
Pelan Persediaan Unit-Unit Tiruan oleh Dajjal
Pelan tindakan menyediakan semua perkakasan-perkakasan amat kompleks dan memerlukan suatu perancangan yang rapi. Ini termasuklah memastikan setiap penjuru bumi dilengkapi kelengkapan yang canggih, yang mana kelengkapan itu berupa suatu bentuk yang tidak disedari manusia bahawa ia adalah kelengkapan pembinaan studio gergasi.
Pembinaan studio gergasi ini harus dilakukan tanpa disedari manusia akan cara ia berfungsi agar Dajjal dapat menipu (memfitnah) semua manusia bila ia keluar nanti. Sebelum melaksanakan tugas besar ini, yang obejktifnya adalah “Dajjal mampu mewujudkan cuaca, mengalihkan matahari, kesuburan tanah dan ternakan“, suatu bentuk eksperimen perlu dijalankan secara kecil-kecilan (pilot project).
Lokasi terbaik melakukan eksperimen ini ialah studio Hollywood yang serba canggih itu yang menjadi syurga semua manusia tanpa iman dalam dunia. Kita sudah sedia maklum akan siapa Lembaga Pengarah Hollywood iaitu seorang Yahudi yang ekstremis.
Hollywood amat sesuai untuk suatu projek percubaan sebelum suatu projek sebenar berjalan. Menyelami projek percubaan (trial project) amat penting bagi kita kerana kunci projek mega Dajjal untuk menjadi tuhan akan terbongkar sedikit demi sedikit.
Ya! Benar ada yang mengatakan “Buat apa susah-susah nak fikir, biarlah semua tu terjadi, Dajjal memang akan muncul, Allah dah tetapkan, kita tak boleh buat apa. Kalau kita tahu rahsia Dajjal sekali pun Dajjal tetap akan menjadi orang jahat dan menentang Nabi Isa dan Imam Mahdi.” Ya benar, ianya semua takdir Allah. Jika itulah hujah yang kita guna untuk tidak mahu berfikir dalam hal ehwal Dajjal maka hujah di bawah ini adalah lawannya.
Menaiki motosikal dalam keadaan tidak bertopi keledar adalah amat bahaya dan semua orang mengetahuinya. Jika jadikan ‘takdir’ sebagai alasan untuk tidak mahu berfikir mengapa kita memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, polis bukannya ada selalu di jalanraya, bukankah jika Allah berkehendak untuk ia mati, di mana pun ia boleh mati. Oleh sebab itu, jika orang bertanya kepada kita “Ali mengapa tidak memakai topi keledar, bahaya nanti boleh mati? Kita sepatutnya menjawab “Takpelah Mat, mati adalah takdir tuhan”. Tetapi realitinya kita tidak menjawab begitu malah kita sendiri memakai topi kerana takut mati atau cedera. Tindakan memakai topi adalah tindakan berjaga-jaga agar kita “tidak ditakdirkan dalam golongan yang tercedera”.
Samalah juga dalam hal ehwal Dajjal, berfikirlah untuk tidak tergolong dalam kelompok yang termakan fitnah Dajjal.
Berbalik hal studio mega tadi, kita perlu melihat statistik studio Yahudi ini dalam menghasilkan filem-filem berkaitan keadaan cuaca, perubahan alam, gempa bumi, ledakan nuklear, banjir dan sebagainya. Perkara yang perlu dikaji ialah;
Diceritakan 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal, Allah akan perintahkan:
1) tahun pertama: utk langit mengurangkan hujan 1/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok2 sebanyak 1/3 juga.
2) tahun kedua: utk langit mengurangkan hujan 2/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok2 sebanyak 2/3 juga.
3) tahun ketiga: utk langit tidak turunkan hujan langsung dan bumi tidak lagi menumbuhkan sebarang tumbuhan.
Lalu dunia akan mengalami kemarau luar biasa, tiada binatang yg hidup kecuali beberapa ekor yg Allah kehendaki. Ketika itu Dajjal akan muncul. Di saat inilah kita semua akan mengalami fitnah terbesar iaitu fitnah Dajjal.
Dajjal mempunyai kuasa utk menurunkan hujan, dan berkuasa menumbuhkan pokok2. Dajjal dikatakan membawa sungai2 (bagaimana caranya wallahualam) yg berupa sungai api dan sungai air yg sejuk, dan mempunyai gunung roti. Dajjal mempunyai syurga dan nerakanya sendiri utk memperdaya manusia.
Ketika itu, Dajjal akan menawarkan bantuan kpd manusia tatkala bumi sedang nazak dgn kemarau, tanpa air dan makanan. Lalu yg tidak beriman dgn mudahnya akan mengaku Dajjal adalah Tuhan kerana Dajjal berupaya menurunkan hujan dan menghidupkan tumbuhan. Selain sungai dan bekalan gunung roti.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, ketika Dajjal menawarkan air sungai, pilihlah sungai api, celupkan kepala ke dlm sungai api itu lalu minumlah kerana itulah air yg sebenar.
Yg tidak beriman akan terpedaya memilih sungai air, iaitu sebenarnya adalah api.
Persoalannya, mampukah kita percaya bahawa api itu air dan air itu sbnrnya api? Di saat kita semua dlm keadaan terdesak? Tepuk dada tanya iman...
buatlah persiapan dr sekarang kerana tanda2 kiamat semua sudah ada. Kita di selangor sedang alami catuan air, salah satu krisis air..bumi sudah memberi petanda lah tu...tingkatkan keimanan atau terus leka? Pilihan di tangan sendiri..

wallahuallam...

Friday, 7 March 2014

OPENING SALE!!! kain corak pairsley.


Salam semua pelanggan ZUL & ZIE Textile 
Kain Ela Cotton Chiffon yang menarik ( Ukuran 4m x bidang 45 " )
jenis kain lembut , sejuk , tak jarang , tak mengecut dan yg penting tak perlu Lining sbb x jarang, Tak renyuk , kain sgt selesa dipakai,lagi2 mu
sim panas ni  
Hubungi kami di https://www.facebook.com/pages/ZUL-ZIE-Textile/481504835258748
dan di Mudah.my http://www.mudah.my/zul--zie-textiles
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
Corak pairsley yang baru dengan harga berpatutan, kami juga ada menawarkan kain jenis cotton english dalam corak ini. stock tidak banyak cepat PM kami selagi stock masih ada. 
#untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan pelbagai lagi corak dan koleksi, boleh lah Whatsapp kami di 0126066326 TQ.

WOMEN DAY MAC 8 2014.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. kami di ZUL & ZIE TEXTILE ingin mengucapkan SELAMAT HARI WANITA Kepada seluruh kaum wanita terutamanya PENGUNJUNG SETIA kami samaada yang dekat mahu pun yang jauh. 8 Mac setiap tahun adalah tarikh penting bagi kaum wanita sedunia.

Tahniah wanita, kerana kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi kehidupan sesungguhnya wanita kunci kejayaan manusia dimuka bumi allah ini. tiada wanita tiadalah makhluk allah bernama manusia , tanpa mu matilah seorang lelaki, kunci kejayaan setiap lelaki terletak juga dibahu wanita kamulah makhluk allah yang suci dimuka bumi ini semoga allah merahmati kehidupanmu selamanya. Terima kasih wahai wanita. aminnn...

Sedikit coretan....
Apa yang istimewanya tarikh 8 Mac setiap tahun? 

Untuk pengetahun semua, tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day). 

Mari kita ambil tahu sikit, kenapa hari wanita ni diraikan? 

Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. 

Ketahuilah, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya. 

Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia. Semoga para wanita akan lebih berwawasan dan berjaya seperti kaum lelaki.

Kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" .

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).

Hargailah jasa dan pengorbanan WANITA khususnya ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya. Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru. 

Zul & Zie Textile ( ADMIN)

Thursday, 6 March 2014

OPENING SALE!! Pelbagai Blouse Dan Skirt

OPENING SALE !!!!!!!!!! Pelbagai jenis Blouse dan Skirts , cantik yang tidak keterlaluan Sesuai Dipakai Untuk Ke Pejabat dan kemana saja.
Pelbagai corak yang cantik-cantik , pelbagai warna dan corak dan pelbagai saiz....mari pilih selagi stock masih ada jangan tungu disaat akhir untuk mendapatkan koleksi2 ini kerana kami menawarkan harga pembukaan ketika ini sila layari di https://www.facebook.com/pages/ZUL-ZIE-Textile/481504835258748
dan di Mudah.my http://www.mudah.my/zul--zie-textiles
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
#PM kami laju laju untuk mendapatkan harga bOOm!!!

#untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan pelbagai lagi koleksi, boleh lah Whatsapp kami di 0126066326 

UNTUK MEREKA YANG INGIN BERKAHWIN, BACA INI DULU...


Gambar: UNTUK MEREKA YANG INGIN BERKAHWIN, BACA INI DULU

Jika landasan pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan kerap bertengkar jika layanan di bilik tidur tidak memuaskan.

Jika landasan pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika jatuh muflis.

Jika landasan pernikahan adalah kerana TUBUH, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka berkedut atau badan sudah menjadi gendut.

Jika landasan pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

Jika landasan pernikahan adalah kerana KEPRIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika landasan pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI.

Jika landasan pernikahan adalah kerana IBADAH kepada Allah, sesungguhnya Allah itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluknya.

Allah mencintai hambanya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhaka kepada Allah.

Jangan lupa LIKE & SHARE !

Yang menyebarkan kebaikan akan selalu mendapatkan pahala yang sama dengan yang melakukan kebaikan kerana itu ... ^ _ ^
Jika landasan pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan kerap bertengkar jika layanan di bilik tidur tidak memuaskan.

Jika landasan pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika jatuh muflis.

Jika landasan pernikahan adalah kerana TUBUH, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka berkedut atau badan sudah menjadi gendut.

Jika landasan pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

Jika landasan pernikahan adalah kerana KEPRIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika landasan pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI.

Jika landasan pernikahan adalah kerana IBADAH kepada Allah, sesungguhnya Allah itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluknya.

Allah mencintai hambanya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhaka kepada Allah.
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa 10 janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?