Wednesday, 7 May 2014

BAHAYA LETAK 'WALLET' DI POKET BELAKANG SELUAR



Nasihat kesihatan ini lebih kepada golongan lelaki sebab biasanya lelaki sahaja yang suka letak wallet di poket belakang seluar mereka. Perempuan ada tak? Ada juga…tapi jarang-jarang. Kenapa kata jangan duduk atas wallet?

Sebab :

  • Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki.
  • Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.
  • Sebab Kenapa Bahaya Duduk Atas Dompet Mesti Baca!! Sebab Kenapa Bahaya Duduk Atas Dompet
  • Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.
  • Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.
  • Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.
  • Pilihan yang terbaik lagi sihat adalah untuk meletakkan dompet/wallet ke saku depan seluar anda.

Jika anda perlu untuk meletakkan dompet/wallet anda di poket belakang, anda perlu mengeluarkannya sebelum anda duduk.

Tuesday, 6 May 2014

Baju kurung cotton pelbagai corak (batch 010)

Salam semua....
Baju kurung kain cotton.
Pelbagai size,pelbagai warna...pelbagai corak berbatu dan tidak berbatu sama dalam gambar.

Kesemua koleksi ini cantik sesuai dipakai ke mana saja. kami tawarkan harga hebat untuk kesemua koleksi ini usah terlewat untuk mendapatkannya .

Untuk keterangan lanjut sila PM di
https://www.facebook.com/pages/ZUL-ZIE-Textile/481504835258748
dan di Mudah.my http://www.mudah.my/zul--zie-textiles
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
#whatsAPP nombor diatas untuk join group anda akan menerima lebih banyak iklan atau kunjungi album Zul & Zie Textile.


Friday, 2 May 2014

Baju Kurung Moden Pelbagai Model (Batch 004)

Salam semua....
Baju Kurung Moden Pelbagai Material.
pelbagai saiz,warna, pelbagai corak yang cantik2
kesemua koleksi sama dlm gmbar barbatu bermanik dan tidak.

Kesemua corak dan warna memang menyerlah berkelipan cantik apabila digayakan. boleh dipakai ke mana saja terutamanya kepejabat dan majlis2 rasmi. kami sedang menawarkan koleksi2 ini pada harga DIBAWAH PASARAN SEBENAR. jangan terlewat untuk mendapatkan koleksi2 ini.

Untuk keterangan lanjut sila PM di
https://www.facebook.com/pages/ZUL-ZIE-Textile/481504835258748
dan di Mudah.my http://www.mudah.my/zul--zie-textiles
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
#whatsAPP nombor diatas untuk join group anda akan menerima lebih banyak iklan atau kunjungi album Zul & Zie Textile.

BANYAK KELEBIHAN HARI JUMAAT HARI ISTIMEWA PENGHULU SEGALA HARI


Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.


Mungkin ada yang tahu dan mungkin ramai yang tak tahu banyak keistimewaan di hari jumaat dan juga perkara-perkara yang telah terjadi pada hari jumaat suatu ketika dahulu.

KEUTAMAAN HARI JUMAAT

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya."


1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat." (Hadis Riwayat Ahmad)

2. Waktu yang mustajab untuk berdo'a

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari jumaat lalu beliau Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta'ala, nescaya permintaannya akan dikabulkan." Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun mengenai penentuan waktu, para ulama berselisih pendapat. Di antara pendapat-pendapat tersebut ada 2 pendapat yang paling kuat:

i. Waktu itu dimulai dari duduknya imam sampai pelaksanaan solat jumaat

Dari Abu Burdah bin Abi Musa Al-Asy'ari r.a. bahawa 'Abdullah bin 'Umar r.a. berkata padanya, "Apakah engkau telah mendengar ayahmu meriwayatkan hadis dari Rasulullah sehubungan dengan waktu ijaabah pada hari jumaat?" Lalu Abu Burdah mengatakan, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 'iaitu waktu antara duduknya imam sampai solat dilaksanakan.'" (Hadis Riwayat Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Sedangkan Imam As-Suyuthi rahimahullah menentukan waktu yang dimaksud adalah ketika solat didirikan.

ii. Batas akhir dari waktu tersebut hingga setelah Asar

Dari Jabir bin 'Abdillah rr.a., dari Nabi s.a.w. bersabda, "Hari Jumaat itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah. Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahawa) akhir dari waktu tersebut jatuh setelah 'asar." (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Dan yang menguatkan pendapat kedua ini adalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau mengatakan bahawa, "ini adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan generasi salaf dan banyak sekali hadis-hadis mengenainya."

3. Dosa-dosanya diampuni antara jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya

Dari Salman Al-Farisi r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya." (Hadis Riwayat Bukhari)



AMALAN-AMALAN HARI JUMAAT

1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh

Dari Abu Hurairah r.a., katanya :

"Nabi s.a.w. ketika solat Subuh membaca: "ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan 'HAL ATAA 'ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI (Surah Al-Insaan)." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Memperbanyakkan selawat

Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari Jumaat kerana selawat umatku akan dipersembahkan untukku pada hari Jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku." (Hadis Riwayat Baihaqi dengan sanad shahih)

3. Membaca surat Al Kahfi

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat." (Hadis Riwayat Al-Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

4. Memperbanyak do'a

5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)

  • Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian.
  • Bergerak awal ke masjid.
  • Diam mendengarkan khatib berkhutbah.
  • Memakai pakaian yang terbaik.
  • Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.
  • Manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut dalam hadis-hadis di atas.

Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.

Allah s.w.t berfirman :

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Imran:31)

SUMBER : iluvislam.com

HEBAT! - KEPAKARAN PARA NABI DAN RASUL DALAM BIDANG SAINS YANG BELUM KITA TAHU.


Ilmu dan teknologi sains kalau kita lihat sekarang dimonopoli oleh orang bukan islam bahkan sewaktu kita belajar sains tidak banyak yang kita ketahui dimana Para Nabi dan Rasul adalah hebat dan melopori sains suatu ketika dahulu.


Tau tak korang bagaimana ilmu sains boleh wujud di dunia ini? Siapakah pelopor kewujudan ilmu ini? Ini adalah sedikit fakta mengenai Nabi-nabi yang memiliki ilmu sains hasil petunjuk yang di turunkan oleh Allah S.W.T. 

Sains Nabi Adam
  • Bapa pelopor dan perintis ilmu sains.
  • Menurut Ibnu Kathir, Allah S.W.T mengajar Nabi Adam melalui malaikat Jibril kaedah menanam pokok dan membuat besi.
  • Nabi Adam mempunyai ilmu yang lengkap merangkumi pengiraan, kemahiran, keimanan, dan keduniaan.
  • Nabi Adam mahir dalam pelbagai bahasa yang kemudiannya tersebar ke seluruh dunia.

Sains Nabi Syith
  • Baginda merupakan anak kepada Nabi Adam. Oleh itu ilmu sains Nabi Adam telah diwarisi oleh nabi Syith.
  • Baginda pakar dalam bidang perubatan.
  • Baginda juga pelopor kepada ilmu astrinomi yang kemudiannya diwarisi oleh ilmuan Mesir, Yunani, dan Babylon.

Sains Nabi Idris
  • Baginda pakar dalam bidang astronomi, perubatan, matematik, dan teknologi bangunan.
  • Beliau juga merupakan manusia pertama yang menulis menggunakan pen untuk menulis.
  • Nabi Idris terkenal sebagai Nabi yang pandai membaca dan menulis, menggunting dan menjahit pakaian dari kulit binatang.
  • Menurut Ibnu Kathir, Nabi Idris adalah orang pertama memakai baju yang berjahit dan menggunakan kulit binatang sebagai pakaian.

Sains Nabi Nuh
  • Nabi Nuh memiliki ilmu fizik dan matematik yang tinggi.
  • Nabi Nuh memiliki ilmu pelayaran dan merupakan nakhoda yang cekap.
  • Beliau juga memiliki kemahiran dan teknologi membuat kapal.
  • Baginda memiliki ilmu sains bahan iaitu sains kayu dan logam besi.
  • Nabi Nuh memiliki ilmu tumbuh-tumbuhan dan pertanian.
  • Nabi Nuh memiliki ilmu teknologi pemprosesan kayu dan logam.
  • Segala ilmu yang dimiliki oleh baginda adalah daripda wahyu Allah S.W.T

Sains Nabi Hud dan Salleh
  • Nabi Hud dan Salleh pakar dalam teknologi bangunan.

Sains Nabi Ibrahim
  • Nabi Ibrahim pakar dalam bidang astronomi.

Sains Nabi Sulaiman
  • Baginda mahir dalam bahasa haiwan dan binatang.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan ilmu mengenai tembaga.

Sains Nabi Isa
  • Nabi Isa pakar dalam ilmu perubatan.

Sains Nabi Muhammad S.A.W
  • Baginda memiliki semua ilmu sains. Hal ini kerana Nabi Muhammad S.A.W dianugerahkan sebuah kitab Al-Quran yang terkandung sumber segala ilmu pengetahuan.
  • Terdapat 6666 petunjuk di dalam Al-Quran dan daripada jumlah tersebut lebih daripada 1000 petunjuk berkaitan dengan ilmu sains.
  • Nabi Muhammad S.A.W juga pakar dalam bidang geologi dan perubatan.
SUMBER : muhdhazrie.wordpress.com

KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH BANGUNAN KAIN HITAM ITU?


Disini kita nak kongsikan kepada korang semua tentang satu dialog yang menceritakan "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
Mesti ramai bagi bukan orang yang bukan beragama islam pelik dan menjadi tanda tanya kenapa kita 'islam' menyembah bangunan berkain hitam itu... ikuti dialog di bawah ini

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"


"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"


"Baitullah tu apa?" ...


"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


"Allah ada dalam tu?"


"Tak....."


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"


"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."


"Kamu sembah apa?"


"Saya sembah Allah swt"


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"


"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."


"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."


"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"


"Pernah...... selalu.."


"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"


"Tengok perlawanan bola la.."


"Di mana?"


"Dalam tv la.."


"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."


"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."


"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."


"So..?"


"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"


"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."


"Peliknya.."


"Sebab apa pulak pelik?"


"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."


"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."


"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"


"Ya.. tak pelik.."


"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

HARTA KARUN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PULAU NANGKA JADI PERHATIAN UMUM....


MELAKA : 
Harta karun yang dipercayai tertanam di Pulau Nangka adalah lambang kepada kemakmuran dan kekayaan Kesultanan Melaka suatu ketika dulu, kata Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin. Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) berkata, ketika itu, pelabuhan Melaka sentiasa sibuk dengan kehadiran ribuan kapal dagang yang akan menghadiahkan pelbagai barangan, termasuk emas kepada sultan sebagai cukai.

“Semua barangan yang diterima disimpan dalam istana dan mungkin juga mereka memindahkannya ke Pulau Nangka atau Pulau Besar ketika serangan Portugis pada 1511.
“Malahan, ada juga yang menyatakan harta karun zaman Kesultanan Melaka ditanam di Bukit St John,” katanya, di sini, baru-baru ini.
Laporan eksklusif di muka depan The Star, Isnin mendedahkan mengenai dua syarikat yang mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk menjalankan kerja-kerja evakuasi dan dipantau rapi oleh Perzim.
Mohd Jamil berkata, dakwaan wujudnya harta karun di Pulau Nangka sebenarnya sudah tersebar sejak 1997 dan pulau berkenaan diwartakan menjadi milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).
Beliau juga mengakui adanya cubaan pihak tertentu untuk mencari harta karun berkenaan, bagaimanapun ia gagal.
Sementara itu, Pengurus Besar Perzim, Datuk Khamis Abas mengesahkan kaji selidik pakar arkeologi mendedahkan tiada sebarang tanda menunjukkan adanya harta karun di Bukit St John.
“Kini hanya Pulau Nangka menjadi lokasi terakhir kemungkinan harta karun itu disembunyikan,” katanya.
Beliau juga memaklumkan pihaknya menerima panggilan telefon dari pelbagai pihak di dalam dan luar negara termasuk media asing berikutan pendedahan The Star mengenai harta karun itu.
MENJEJAK HARTA KARUN DI PULAU NANGKA......
MELAKA - Menggunakan perkhidmatan bot laju, jeti Pengkalan umbai Pernu kami tinggalkan. Sekitar 20 minit, kaki sudah dapat menjejak Pulau Nangka. Pulau yang kini kembali menjadi sebutan.

 Di Pulau ini, sesiapa saja tidak kira orang awam, wartawan atau jurugambar, tidak dibenarkan mengambil gambar atas arahan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim). 

Kami hanya dibenarkan merakam pemandangan pulau di bahagian luar sahaja. Pulau Nangka digazetkan sebagi hak milik Perbadanan Muzium Melaka sejak 1997. Di persisiran pantai, bertemu beberapa petugas dipercayai kakitangan syarikat kontraktor dilantik Perzim untuk menjalankan kerja-kerja pencarian bukti mengenai wujudnya harta karun di pulau ini. Kami dihalang memasuki kawasan lebih jauh dengan alasan tidak dibenarkan serta memberi amaran kawasan berkenaan amat merbahaya. 

Selain bentuk muka bumi yang curam di bahagian belakang, pulau berkenaan dikatakan juga banyak dihuni makhluk halus dan keras. Hampa kerana hasrat untuk meneroka Pulau Nangka tidak kesampaian, kami kemudian pulang semula ke tanah besar.

 Di tanah besar, kami terus mendapatkan syarikat yang terlibat melakukan kerja-kerja penyelidikan di Pulau Nangka. Dakwaan adanya harta karun bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, disahkan dengan bukti bergambar yang diperoleh syarikat itu. 

Gambar-gambar tersebut merupakan artifak lama dipercayai digunakan pada zaman Kesultanan Islam Melayu Melaka. Menurut Pengarah Urusan Smart Partnership International (M) Sdn Bhd, Mohammad Foad Khushairy Mohd. Said, pihaknya mengadakan penyelidikan di pulau berkenaan kali pertama pada Julai 2012 dan menemui tiga tanda besar termasuk ukiran batu berbentuk bulan sabit. 

Katanya, batu berkenaan diperbuat daripada batu kuarza yang dilekapkan pada batu laut dipercayai berusia lebih setengah abad di zaman Kesultanan Islam Melayu Melaka. “Selain itu, terdapat ukiran batu peta Pulau Nangka sendiri yang menunjukkan simbol bermaksud adanya pinggan mangkuk lama tersimpan di situ. “Semua itu boleh jelas kelihatan semasa air laut benar-benar surut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam. 

Jelas Mohammad Foad, syarikatnya dipertanggungjawabkan untuk mencari bukti bergambar serta menjalankan kajian di Pulau Nangka selama tiga bulan dan akan berakhir sehingga penghujung April ini.

 “Mengikut kajian geoteknikal yang dijalankan, memang wujud bahan artifak lama dan selama hampir tiga bulan ini, kami bukan menemui gua seperti didakwa tetapi merupakan bilik-bilik yang dibina oleh orang terdahulu di zaman Kesultanan Islam Melayu Melaka. 

“Saya tidak dapat pastikan berapa banyak barangan yang terdapat di dalamnya namun menerusi kajian geoteknikal serta imbasan imej bumi, mendapati memang wujud artifak berkenaan. “Cuma sekarang ini halangannya struktur batuan yang amat keras dan perlu dipecahkan terlebih dahulu,” katanya.

 Menurut beliau, binaan bilik-bilik berkenaan sama seperti struktur binaan Kota Melaka dan kemudiannya dikenali dengan nama Kota A Farmosa yang dibina oleh orang Melayu Melaka sendiri sebenarnya. 

“Bilik-bilik berkenaan dibina mempunyai banyak fungsi, antaranya bilik mesyuarat dan pelbagai bilik lain. Lebih kurang 20 tahun lepas ketika struktur pintu utama masih elok, kita boleh masuk tapi sekarang pintu tersebut sudah runtuh jadi kita kena buat pintu baru, itu sebabnya tidak boleh masuk.  - UtaraNews

MELAKA: Persoalan mengenai kewujudan harta karun peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka bakal diketahui Rabu ini. 

EXCO Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka, Datuk Abdul Ghafaar Atan, berkata kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan dipercayai pintu tempat simpanan harta karun itu kini sudah 90 peratus dan dijangka selesai Rabu ini. 

"Kita percaya pintu ini akan berjaya dibuka dalam tempoh dua hari lagi dan seterusnya dapat memberi jawapan sama ada harta karun tersebut benar-benar wujud atau tidak," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pencarian harta karun di Pulau Nangka di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pencarian harta karun itu dijalankan syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd melalui kontrak selama empat bulan bermula Januari lalu hingga 30 April ini. 

Katanya, jika syarikat terbabit gagal menyelesaikan kerja-kerja mengorek itu dalam tempoh kontrak, kerajaan negeri akan menyerahkannya kepada syarikat lain. 

"Jika Smart Partnership International berjaya membuka pintu ini dan tidak menemui sebarang artifak, kita akan memberi mereka lanjutan masa untuk proses pencarian harta karun," katanya. 

Sementara itu, Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata pihaknya menjalankan kerja-kerja menebuk dinding batu secara intensif selama 24 jam sehari membabitkan 36 pekerja. 
"Sehingga kini, kami masih belum menemui apa-apa tanda dan jika sebarang artifak atau harta tersebut ditemui kami akan maklumkan segera dalam satu sidang akhbar khas," katanya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan Shahadat, berkata pihaknya melalui Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am akan bertugas menjaga kawasan itu jika terdapat penemuan artifak atau harta berkenaan. 

Pulau Nangka adalah sebuah pulau tidak berpenghuni berkeluasan kira-kira 20 hektar dan terletak 4 kilometer dari Pulau Besar, Jasin.