Dari Abu Hurairah Ra, Katanya Rasulullah Shallallahu ' Alaihi wa Sallam bersabda : " Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah ( ujian , kesesatan, kekufuran, kegilaan, penderitaan, mushibah ) serta sering berlaku al - Harj ' , ".
Sahabat bertanya , " Apakah al - Harj itu hai Rasulullah ? " Nabi Shallallahu ' Alaihi wa Sallam menjawab : " Peperangan, peperangan, peperangan . Beliau mengucapkannya tiga kali , " ( HR. Ibnu Majah ).
Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaran sabda junjungan kita Nabi Shallallahu ' Alaihi wa Sallam. Harta-benda melimpah-ruah. Banyak alatan modem yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak peralatan dan keperluan hidup.
Maka oleh kerana itu ramai orang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dan memperdagangkan alatan tersebut. Masing-masing tamak dan rakus, maka terjadilah perebutan yang mengakibatkan berlakunya peperangan demi peperangan.
Dari hari ke hari peperangan berlaku tanpa henti. Padam di suatu tempat, menyala pula di tempat lain. Satu sama lain saling cakar mencakar. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bertentangan dengan Islam, tetapi teknologi itu mestilah patuh di bawah etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri.
Sedangkan teknologi yang dikemukakan oleh dunia barat pada hari ini berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri. Kelihatannya begitulah keadaan yang akan berlaku dalam dunia hari ini dan sehingga sampai ke titik akhir iaitu kiamat.
#riz
No comments:
Post a Comment