Wednesday, 26 March 2014

ANTARA TEORI KEHILANGAN MH370


 
Tiga hari yang lalu dalam satu sidang media Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media telah mendedahkan PesawatMalaysia Airlines MH370 tidak membawa kargo berbahaya atau bernilai tinggi tetapi beberapa tan manggis.

Ianya bagi menjawab beberapa spekulasi yang mengatakan pesawat itu mungkin dirampas kerana membawa kargo yang bernilai tinggi..

Ianya juga bagi menjawab spekulasi yang mengatakan pesawat tersebut telah meletup diudara dan menjunam ke dalam laut selari dengan beberapa laporan Polis yang telah dibuat di beberapa negeri di pantai timur Semenanjug.

Penilaiannya itu sebenarnya kurang tepat jika dikatakan manggis itu adalah kargo yang bernilai tinggi..

Sebenarnya beliau sepatutnya mengambil kira siapakah penumpang yang di bawa pesawat tersebut kerana bagi kebanyakkan industri, pekerja yang mahir dan proffesional itu adalah aset yang amat berharga..

Dalam hal ini 20 pekerja Freescale itu adalah aset..

Baca laporan ini dulu..
KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 pekerja Freescale Semiconductor merupakan antara penumpang pesawat MH370 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang dilapor hilang di Laut China Selatan.

Dalam satu kenyataan di sini, syarikat yang berpangkalan di Austin, Texas, Amerika Syarikat itu berkata pekerjanya terdiri daripada 12 warga Malaysia dan lapan dari China.

Menurut syarikat, seluruh komuniti Freescale Semiconductor sedih dengan kejadian berkenaan dan akan terus memantau situasi serta memaklumkan sebarang perkembangan apabila memperolehnya.

"Pada masa ini, kami memberi tumpuan kepada pekerja kami dan anggota keluarga mereka," kata Presiden dan Ketua Pegawai Esekutif Freescale Gregg Lowe dalam kenyataan itu.

"Doa kami untuk semua yang terlibat dalam kejadian tragik ini."

Menurut kenyataan itu, syarikat telah meminta kaunselor dan profesional lain melalui Program Bantuan Pekerja Freescale, memberikan sokongan sepanjang masa kepada mereka yang terbabit dalam tragedi ini ~
 Bernama

Kehilangan mereka adalah satu kehilangan yang amat besar buat firma Freescale itu.. dan ianya hampir menyerupai tragedi terhempasnya pesawat JAL 123 dan ianya mewujudkan satu lagi spekulasi..

Di mana dalam tragedi JAL 123 ianya telah membunuh 17 Jurutera dari satu firma yang membangunkan satu perisian hasil dari kajian seorang Proffesor dari Tokyo University.

Apa yang dibangunkan oleh mereka ialah perisian TRON dimana pada ketika itu TRON didakwa jauh lebih maju dari Google Chrome yang ada pada masa ini.

Ianya adalah percuma dan akan digunakan oleh seluruh sektor awam dinegara Jepun.

Pembangunan perisian tersebut terbantut bilamana seluruh Jurutera yang terlibat terbunuh dalam tragedi itu dan oleh itu Microsoft menguasai pasaran..

Apa yang berbeza antara Jurutera TRON itu dengan pekerja Freescale ini ialah, para Jurutera itu telah terbunuh manakala nasi para pekerja dari Freescale pula tidak diketahui lagi hingga ke hari ini..

Ramai yang tidak tahu bahawa dari 20 orang pekerja Freescale itu 4 orang adalah antara 5 pemegang hakcipta ataupun 'Patent' yang baru didaftarkan mereka.

Apa yang hendak di 'patent' kan oleh mereka ialah memaksimakan 'dies' dalam sekeping 'wafer'.

Apake bendanya 'dies' dan apa pulaknya 'wafer'?..

'Dies' adalah litar atau 'circuit' yang dibina di atas 'Wafer', 'Dies' adalah apa terkandung didalam mikrochip.

Bergantung kepada tujuan ianya dibina saiz 'Dies' adalah berbeza antara satu sama lain dan ianya dibina di atas wafer yang diperbuat dari silikon dan seramik.

Oleh itu jumlahnya juga adalah berbeza bergantung kepada saiz 'wafer' yang biasanya bergarispusat 4",6" atau 8.

Dalam setiap 'wafer' biasanya terkandung lebih atau kurang dari 5,000 'dies'. 

Kalau tak faham juga tanyalah kawan-kawan korang yang bekerja dalam bidang semikonduktor..

Untuk makluman kebanyakkan peralatan elokronik kini dikuasai atau digerakkan oleh 'dies' yang terdapat dalam mikrochip.

Silicon adalah bahan yang sesuai digunakan untuk membangunkan 'chips' yang advanced dan bahan ini adalah mahal.

Memaksimakan 'dies' di dalam sekeping 'wafer' bermakna memaksimakan keuntungan.

Dalam hal pekerja Freescale Semiconductor of Austin ini pula hakcipta ataupun 'Patent' yang baru didaftarkan itu berada dibawah pegangan 5 individu dengan setiap individu menguasai 20% dari royalti.

Dimana 20% dikuasai oleh Peidong Wang, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China, 20% dikuasai oleh Zhijun Chen, juga dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China.

20% dikuasai oleh Zhihong Cheng, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China, 20% Li Ying, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China dan Freescale Semiconductor sendiri 20%..

Jika salah seorang dari di atas terbunuh atau hilang maka ianya tetap akan dibahagikan sama rata.. dan jika empat dari lima itu ternunuh atau hilang maka keseluruhan royalti akan dibayar kepada yang tinggal.. 

Siapa pemilik Freescale Semiconductor?.. seorang Yahudi yang terkenal,,, siapa dia?.. Jacob Rothschild melalui Blackstone

Apapun ini hanyalah salah satu kebarangkalian yang ada..betul atau tidak kita tunggulah apa hasil siasatan rasmi pihak yang berkuasa..

Satu lagi spekulasi yang tak dilaporkan oleh media korang bacalah di ( SINI )

Sementara pihak berkuasa dari lebih dari 20 buah negara mencari bersamalah kita mendoakannya..


Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: 
 
Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. (http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html.)
 
Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu. 
 
Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. 
 
China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. 
 
Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya. 
 
Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. 
 
Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. 
 
Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. 
 
Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional. 
 
Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.
 
Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.
 
Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya. 
 
Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).(sumber facebook Abdul Majid Hasan)

No comments:

Post a Comment