Showing posts with label Proton perdana V6 jenerasi kedua.. Show all posts
Showing posts with label Proton perdana V6 jenerasi kedua.. Show all posts

Friday, 13 December 2013

Mengapa ramai yang kritik proton perdana mirip Honda Accord??





APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.

Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.

Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.


Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden Pembina

Norzafry adalah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012.
#riz

Monday, 2 December 2013

Gambar spyshot model gantian proton perdana


Mengancam! Gambar Spyshots Model Gantian Proton Perdana (9 Foto) | Seperti yang kita maklum, Proton Perdana V6 Eksekutif ini merupakan kenderaan rasmi wakil rakyat suatu ketika dahulu. Malah proton Perdana juga merupakan antara yang termahal berbanding kereta-kereta proton-proton yang lain. Kini Perdana sudah tidak dikeluarkan lagi, dan Inspira menjadi kereta termahal dalam jenama proton. Baru-baru ini, sebuah blog portal kenderaan mendedahkan tentang gambar spyshots model gantian proton Perdana yang seakan-akan seperti Honda. Jom layan gambar di bawah ini.
proton1
Laporan tentang pihak kerajaan akan menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif yang diguna sebagai kenderaan rasmi telah pun berlegar-legar sebelum ini. Bermacam-macam versi cerita boleh didapati.
Sehingga ke hari ini, Proton Perdana  digunakan oleh Anggota Pentadbiran, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara/Dewan Rakyat, Hakim dan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/Khas A. Manakala Pegawai Perkhidmatan Awam Khas/Gred B dan C yang dipilih, menggunakan Proton Inspira sebagai kenderaan rasmi.
proton2
proton3
Strategi Proton yang lebih menumpukan perhatian kepada model-model di dalam segmen “mampu milik”, dengan tidak memberikan fokus kepada penghasilan model untuk segmen D, disebabkan permintaan yang kurang. Mungkin ramai antara kita bersetuju dengan langkah tersebut. Sebelum ini, beberapa calon telah pun ditawarkan untuk di “rebadge” bagi menggantikan Proton Perdana, antaranya Mitsubishi 380, Nissan Fuga (Infiniti M) dan yang paling terbaru Honda Accord.
Dalam bulan Oktober, Datuk Hamim Samuri yang merupakan Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mendedahkan di dalam Parlimen bahawa Proton sedang membangunkan model pengganti kepada Perdanaberasaskan casis model dari Honda, dan pegawai-pegawai kerajaan telah melakukan pemeriksaan ke atas kereta tersebut dan telah membuat keputusan untuk menggunakannya, dan bukannya Honda Accord.
proton4
Dari gambar-gambar yang di bawah, gril hadapan ditutup, rim aloi yang digunakan kelihatan lebih kurang sama dengan rim yang digunakan pada Proton Exora Prime. Bahagian dalaman, terdapat sedikit pertukaran, antaranya, lambang Honda pada stereng diganti dengan lambang Proton.
Juga dapat dilihat adanya paddle shifters pada stereng dan butang VSA, dan ini membawa kepada satu kesimpulan, varian Honda Accord 2.4 VTi-L yang di”rebadge“. Rumor yang mengatakan Proton akan menggunakan enjin Petronas E01e masih belum dapat dipastikan. Adakah teknologi kebanggaan Proton, “Lotus Ride Handling” juga akan dilengkapi untuk Proton Perdana ini? Sama-samalah kita nantikan.
proton5
proton6
proton9
proton8
proton7
#RIZ