Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, 20 January 2014

Surat contoh minta kebenaran berPOLIGAMI.

Mari baca surat permohonan ini yang ditulis oleh Suami Bin Lelaki. Buat si isteri .. awas jika tetiba dapat surat rasmi dari suami.

Cara Pencegahan jenayah rogol

Pencegahan Jenayah : ROGOL 
Gambar: Pencegahan Jenayah : ROGOL 
 
Cara-Cara Mengelak Dari Kejadian Rogol:

• Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.

•  Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.

•  Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.

•  Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas.

• Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.

•  Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.

• Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka.

•  Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat  awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.

•  Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.

•  Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.

•  Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.

•  Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.

• Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.

Wednesday, 15 January 2014

Tips pencegahan jenayah SIBER.

Pencegahan Jenayah Siber

Gambar: Pencegahan Jenayah Siber

Bagaimana Mengelakkan Diri Menjadi Mangsa Penipu Siber? 

Tips Bagi Mengelakkan Daripada Ditipu Di Alam Siber

• Sebelum berurusan jual beli di Internet, pastikan dahulu identiti orang yang anda berurusan adalah betul.

• Pastikan anda tahu maklumat-maklumat penting penjual tersebut seperti alamat, nombor telefon,email dan maklumat- maklumat penting lain.

• Sila buat semakan dengan pihak bank mengenai nombor akaun yang diberikan kepada anda. Pastikan ia adalah nombor akaun milik penjual yang sebenar.

• Berhati-hati dengan laman web yang meminta maklumat peribadi. Ini adalah kes biasa berlaku dan amat banyak berlaku dalam jenayah siber Malaysia. Laman web yang dilayari perlu diyakini 200% sebelum memberikan sebarang maklumat peribadi.

• Terpedaya dengan janji manis. Cepat sangat cair jika diberi hadiah dan umpan wang. Khas untuk wanita, banyak kes berlaku di Malaysia membabitkan warga asing yang menipu golongan wanita. Mereka meminta wang dan ditaburi dengan sejuta janji manis. Penyelesaiannya, jangan syok sendiri.