Tuesday, 3 December 2013

Subhanallah . Keajiban burung gagak.


Kenapa Allah memilih burung gagak sebagai GURU pertama umat manusia dan tidak memilih makhluk - Nya yang lain ?

Sebagai mana kita ketahui, peristiwa pembunuhan manusia pertama kali berlaku adalah di antara dua anak Adam as , Qabil dan Habil. Qabil membunuh Habil kerana tipu muslihat Iblis la'natullah yang menyusupkan rasa iri hati dan dengki kepada Adam dan seluruh keturunannya.

Kemudian Allah swt menghantar burung gagak untuk mengajar anak cucu Adam bagaimana menimbus mayat sesama mereka.

Mengapa demikian?

Kerana burung gagak adalah burung paling pintar dan cerdik dibandingkan dengan burung-burung lain. Allah swt telah memberikan naluri tentang keahliannya ini.

Melalui penelitian, ternyata burung gagak mempunyai saiz otak yang lebih besar berbanding otak burung-burung yang lain. Burung gagak sentiasa hidup bersama kelompoknya sebagaimana manusia yang sentiasa bersosial dengan masyarakat.

Mereka mempunyai pemimpin atau hakim yang akan menghukum yang melakukan kesalahan di antara mereka . Inilah fitrah yang sentiasa diberikan Allah kepada burung gagak.

Setiap kesalahan di antara burung gagak mempunyai hukuman masing-masing contohnya :

1.  Ketika salah seekor di antara mereka mengambil makanan anak burung gagak, maka hukumannya adalah sekumpulan gagak lain akan mematuknya sehingga bulu gagak tadi habis sehingga gagak tersebut gundul dan tidak boleh berbuat apa-apa seperti anak gagak sebelum dewasa.

2. Ketika seekor gagak menyakiti gagak betina yang lain, sekumpulan gagak akan menyerangnya dengan paruh hingga mati.

Adapun pelaksanaan hukuman dilakukan di tanah padang atau di kawasan yang luas sehingga proses mahkamah disaksikan oleh kumpulan mereka dan gagak tertuduh akan dibawa dengan penjagaan ketat oleh sekumpulan gagak lain yang mengelilinginya. Kemudian gagak tersebut ditundukan kepalanya, diturunkan sayapnya dan ditahan untuk berkoak sebagai bentuk pengakuan atas kesalahannya.

Ketika gagak tertuduh dijatuhi hukuman mati, gagak lain akan menyerangnya dengan paruh mereka hingga mati.

Setelah Gagak itu mati, salah seekor di antara mereka akan membawanya dan menggali lubang untuk menguburkan dengan tanah sebagai penghormatan atas bangkai gagak itu.

Hingga kini, para saintis yang melakukan kajian tentang dunia haiwan mengatakan bahawa hanya gagaklah yang menanam mayat kawannya ketika mati.

Demikianlah bagaimana burung Gagak menegakkan keadilah dari fitrah Ilahiyah adalah lebih baik dari pada keadilan yang dimiliki oleh umat manusia.

Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau dustakan?
#riz

Kolam air panas bertingkat semulajadi yang cantik dan unik


 Huanglong terletak di bahagian barat laut Wilayah Sichuan, China, 50 kilometer di utara-barat laut Chengdu modal. Ini kawasan indah ini disemat dengan kolam renang yang berwarna-warni daripada pembentukan batu kapur, gunung salji berpakaian, ekosistem hutan yang pelbagai, serta air terjun dan mata air panas. Kawasan ini juga mempunyai haiwan2 yang terancam, termasuk panda gergasi dan Sichuan emas Monyet snub-nosed.

Pemandangan utama di Huanglong tertumpu di Lembah Huanglong 3.6 kilometer panjang yang meliputi puncak salji dan glasier timur di China. Oleh kerana kalsium corak deposit berlapis berkarbonat itu, lembah yang menyerupai naga emas penggulungan jalan melalui hutan dara dan gunung batu. Bersama-sama lembah yang menabur pelbagai kolam yang berwarna-warni pelbagai saiz dan bentuk, yang berselerak dengan emas deposit batu kapur berwarna yang berkilau dalam cahaya matahari. Malah, nama "Huanglong Valley" yang bermaksud "Yellow Dragon Valley" dalam bahasa ibunda, berasal dari ilusi ini.



sumber








#riz

Ayu 20 sen kini sudah bergelar nenek.


SEHINGGA kini, watak Ayu yang mulutnya perlu ‘ditutup’ dengan wang 20 sen agar tidak membuka rahsia percintaan di antara Sudin dan Zaiton di dalam filem Bujang Lapok terus diingati.

Tidak ramai yang mengambil peduli siapa empunya diri, apatah lagi untuk mengetahui nama sebenarnya, tetapi karakter Ayu tetap popular sehingga gambar aksinya meminta 20 sen daripada Zaiton dan Sudin dimuat naik secara meluas di laman sosial sebagai sebahagian daripada jenaka sewaktu kenaikan harga minyak dalam jumlah yang sama baru-baru ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Ayu yang dahulunya nakal dan sering berseluar pendek tanpa berbaju, kini sudah pun berusia 61 tahun dan sedang menanti kelahiran cucunya yang kelima.

Seperkara lagi yang tidak ramai pihak tahu, pemilik nama Sri Rahayu Sudarmaji itu adalah anak kepada pengarah filem yang mempunyai hubungan cukup rapat dengan P. Ramlee, S. Sudarmaji.

Menceritakan detik bagaimana dia ditawarkan berlakon, Ayu berkata ketika berusia empat tahun setengah, bapanya sebaik sahaja pulang dari studio memberitahu yang P. Ramlee mahu mengambilnya berlakon.

“Disebabkan saya menganggap semua yang bekerja di Jalan Ampas termasuk jurusolek terdiri daripada pak cik dan mak cik kawan bapa, saya tidak takut dan terus memberi persetujuan.

“Adegan pertama ketika P. Ramlee membelanja Rokiah dan 10 lagi adik-beradiknya makan. Saya menjadi adik Rokiah dan melompat-lompat di atas meja makan restoran tersebut.

“Hanya selepas itu, rambut saya dipotong pendek seperti lelaki dan kemudian, barulah adegan-adegan lain dilakonkan. Tiada masalah buat saya dengan watak sebegitu kerana sewaktu kecil, saya memang tidak suka berbaju seperti dalam filem itu," katanya.

Ayu menambah, sewaktu adegan Sudin dan Zaiton berbincang di bawah sampan mengenai perkahwinan mereka, beliau menghadapi kesukaran untuk menuturkan dialog akibat mengantuk.

“Rakaman dijalankan pada pukul 12 malam menyebabkan saya tidak dapat fokus. Setelah berkali-kali gagal, P. Ramlee menghentikan rakaman untuk berehat dan kami minum kopi ‘o’ (Minuman kegemaran P. Ramlee). Apabila habis saja minum kopi, saya terus dapat melakukannya tanpa ada masalah," katanya.

Bagaimanapun tugas Ayu sebenarnya tidak terhenti di situ. Beliau selepas itu perlu menjalani proses ‘dubbing’ untuk memasukkan suara.

“Saya duduk berdua dengan ayah di bilik rakaman itu. Apabila sampai adegan yang memerlukan saya bersuara, ayah akan menepuk di bahagian belakang badan sebagai isyarat supaya saya bercakap, sama seperti yang dituturkan ketika berlakon," katanya.

Sementara itu, beliau mengakui tidak ramai daripada kenalannya tahu dirinya adalah Ayu yang cukup menarik perhatian di dalam filem tersebut.

“Bekas rakan sekerja tidak tahu, malah jiran pun sama. Jiran di sebelah rumah ini pun hanya mengetahui tentang perkara itu setelah saya terserempak dengan pelakon drama, Osman Zailani yang selalu datang ke rumahnya pada setiap kali Ramadan," katanya yang kini menetap di Kuala Lumpur. 
#riz

Tips memilih warna pakaian sesuai dengan kulit.






















Kami akan kongsi dengan anda beberapa tips mengenai pemilihan warna pakaian mengikut warna kulit anda dan kesan jika anda tersalah dalam pemilihan warna pakaian:

Kulit putih

Bagi anda yang memiliki kulit yang putih gebu sangat sesuai mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, atau merah jambu. Namun, mereka juga tiada masalah dengan warna-warna yang lain.

Kulit kuning langsat

Bagi anda yang mempunyai warna kulit seperti ini disarankan untuk mengenakan warna-warna yang tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru. Ini akan menyerlahkan lagi penampilan si pemilik kulit kuning langsat.

Kulit sawo matang

Sesuai dengan warna-warna lembut, namun kamu usah ragu untuk mengenakan warna garang seperti unggu dan maroon.

Kulit gelap eksotik

Serlahkan gaya kamu dengan warna-warna seperti busana berwarna tanah yang lembut. Malah kamu juga boleh mencuba warna-warna seperti merah jambu lembut, kuning lembut dan sebagainya.

Kesan akibat tersalah memilih warna

Akan menyebabkan kulit kamu kelihatan kusam. Menampakkan kamu kelihatan lebih tua daripada usia yang sebenar. Menyebabkan kamu kelihatan berisi dan besar berbanding biasa. Menyerlahkan warna gigi yang mungkin kekuningan. Kecantikan semulajadi kamu terselindung dan di kaburi dengan kesalahan memilih warna yang kamu sudah lakukan.

Diharap dengan tips yang diberikan ini dapat membantu anda dalam memilih warna jika anda mahu memilih pakaian kelak. Selamat mencuba! 
#riz

Akibat konflik penduduk syria lapah singa untuk dimakan



Keadaan perang yang kian membimbangkan dan menyebabkan bekalan makanan menjadi kurang membuat penduduk terpaksa bertahan hidup dengan memakan haiwan, seperti yang dilaporkan oleh middleeastmonitor.com.

Pasukan rejim Basyar al-Assad sudah empat bulan mengepung wilayah Ghouta. Bekalan makanan dan ubat-ubatan di sekat masuk ke bandar itu.

Penduduk di Ghouta sebelum ini terpaksa makan daging kucing dan anjing untuk bertahan hidup dari kelaparan.

Pada bulan lalu ulama Syria mengeluarkan fatwa setiap penduduk boleh memakan daging anjing.

Selain anjing, kucing, dan keldai juga boleh dimakan. Ini lantaran tidak ada pilihan untuk menahan kelaparan.

Dalam sebuah rakaman tersebar di pelbagai rangkaian sosial, para ulama juga menyeru dunia agar membantu rakyat Syria terutama di bahagian selatan sebab konflik terus berlanjutan. "Bagaimana dunia boleh tidur nyenyak dan kenyang sementara rakyat kami kelaparan?" kata salah seorang ulama seperti disiarkan stesen televisyen Al Arabiya.

Fatwa ini bukan pertama kali dikeluarkan oleh ulama. Ketika perang sengit antara pasukan Assad dengan pemberontak di bandar Homs dan Aleppo, fatwa sama juga dikeluarkan.

Badan bantuan antarabangsa mengatakan sebenarnya sudah menyediakan bekalan bahan makanan dan bantuan lain demi daerah dilanda pertempuran, namun bekalan itu sukar masuk ke kawasan konflik dan menjangkau masyarakat awam.
#riz

Tips untuk menjadi terkenal dilaman sosial?

Tips ini sangat sesuai untuk golongan yang nak jadi tweet famous dengan cepat.





#riz

Tips terbaik cepat hamil


Kehamilan bagi seorang wanita adalah impian setiap pasangan yang telah berkahwin. Ramai pasangan suami isteri yang telah menunggu lama untuk dapat mempunyai anak tetapi masih belum dikurniakan anak.

Namu bagi pasangan yang masih belum dikurniakan anak, ada beberapa tips atau cara untuk Cepat Hamil Setelah Berkahwin, cara yang mudah untuk dipraktikkan:

Tips Cepat Hamil Setelah Berkahwin


1.   Setelah melakukan hubungan intim elakkan supaya tidak banyak sperma yang keluar dari rahim isteri.

2. Posisi terbaik dalam melakukan hubungan seks adalah posisi yang tidak terjadinya ‘penjelajahan’ sperma dalam rahim, seperti posisi berdiri, duduk, atau women on top (wanita berada di atas) agar sperma banyak tertahan di dalam rahim.

3.    Melakukan hubungan intim ketika isteri sedang sensitif terhadap bau-bauan. Hasil kajian menunjukkan bahawa wanita pada waktu tertentu sangat sensitif terhadap bau-bauan kerana bau-bauan boleh menyebabkan wanita sedang ovulasi, dalam istilah lain wanita itu dalam keadaan subur, jadi pastikan anda (suami) mengadakan hubungan ketika isteri sedang dalam keadaan itu.

4.    Foreplay atau pemanasan sebelum malakukan hubungan seksual sangat penting dilakukan, suami yang melakukan foreplay lebih lama sebelum ejakulasi dapat menghasilkan sperma lebih banyak dan itu merupakan peluang besar agar isteri hamil.

5.    Posisi ketika melakukan hubungan seks juga juga penting : Doggy style (isteri membelakangi suami), misionary (Suami diatas) dan pelbagai lagi agar lebih banyak sperma yang masuk

Daripada lima tips di atas, fokus pada usaha supaya sperma tidak terlalu banyak keluar dari vagina merupakan cara paling umum digunakan dan paling banyak disarankan. Dan yang paling penting, ialah DOA. Semoga yang belum mempunyai anak dipermudahkan.
#riz

Apibila ribuan burung menakluk Bandar dimusim sejuk

Ini berlaku setiap tahun pada musim ini dan orang ramai langsung tidak suka kehadiran mereka. Kenapa? Tengok sendiri di bawah ini. 




#riz

Tips menaikkan nafsu seks suami isteri.


Ini merupakan 11 teknik atau tips untuk menaikkan nafsu seks suami dan isteri.  Semoga ada manfaatnya kepada anda sama ada sebagai seorang suami ataupun isteri

1. Pakailah pakaian yang seksi-seksi – Kalau boleh yang singkat dan nampak sedikit bahagian-bahagian yang menghairahkan.



2. Mandi Bersama – Gunakan saat membersihkan diri untuk merangsang pasangan.

3. Ciuman – Bangkitkan ghairah dan merangsangkan lagi pasangan dengan ciuman.

4. Oral seks – Seperti ciuman, uba buat kelainan pada oral seks dengan menambahkan ‘pemanis’, seperti ais krim, madu, coklat atau ais pada bibir anda..pasti menggentarkan….

5. Menonton filem romantis – Pilih filem yang terdapat adegan-adegan yang romantis dan mengghairahkan. Pilih seperti “Last Tango in Paris” ataupun “Original Sin”.

6. Membaca majalah, buku atau artikel berkaitan seks.

7. Body Massage – Urut pasangan anda dengan gerakan yang menggoda, merangsang ataupun mengghairahkan. Boleh juga cuba urutan cakar harimau.

8. Berkongsi fantasi seks – Hidupkan suasana panas dengan berkongsi bersama tentang fantasi-fantasi seks yang anda inginkan seperti tempat, posisi yang diinginkan, godaan yang dimahukan atau apa-apa saja fantasi.

9. Saling membelai dan mengucup – Sentiasa berciuman dan membelai pasangan anda agar dia merasakan kasih sayang dan kehangatan cinta anda.

10. Stiptease – Boleh menaikkan lagi berahi pasangan anda bila melakukan striptease di depan si dia. Dijamin suasan bakalan makin ‘hot’.


11. Jelajahi seluruh zon erotis – Andai foreplay dilangsungkan dalam tempoh yang lama, anda disaran jelajahi seluruh bahagian sensitif tubuh pasangan. Bakal membuatkan pasangan tak keruan dan mahu cepat ‘pertempuran’ dimulakan.
#riz