Tuesday, 3 December 2013

Tips memilih warna pakaian sesuai dengan kulit.






















Kami akan kongsi dengan anda beberapa tips mengenai pemilihan warna pakaian mengikut warna kulit anda dan kesan jika anda tersalah dalam pemilihan warna pakaian:

Kulit putih

Bagi anda yang memiliki kulit yang putih gebu sangat sesuai mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, atau merah jambu. Namun, mereka juga tiada masalah dengan warna-warna yang lain.

Kulit kuning langsat

Bagi anda yang mempunyai warna kulit seperti ini disarankan untuk mengenakan warna-warna yang tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru. Ini akan menyerlahkan lagi penampilan si pemilik kulit kuning langsat.

Kulit sawo matang

Sesuai dengan warna-warna lembut, namun kamu usah ragu untuk mengenakan warna garang seperti unggu dan maroon.

Kulit gelap eksotik

Serlahkan gaya kamu dengan warna-warna seperti busana berwarna tanah yang lembut. Malah kamu juga boleh mencuba warna-warna seperti merah jambu lembut, kuning lembut dan sebagainya.

Kesan akibat tersalah memilih warna

Akan menyebabkan kulit kamu kelihatan kusam. Menampakkan kamu kelihatan lebih tua daripada usia yang sebenar. Menyebabkan kamu kelihatan berisi dan besar berbanding biasa. Menyerlahkan warna gigi yang mungkin kekuningan. Kecantikan semulajadi kamu terselindung dan di kaburi dengan kesalahan memilih warna yang kamu sudah lakukan.

Diharap dengan tips yang diberikan ini dapat membantu anda dalam memilih warna jika anda mahu memilih pakaian kelak. Selamat mencuba! 
#riz

No comments:

Post a Comment