Berhati - hati ada Ajaran Sesat Medik.
Ajaran Sesat Medik?
Semakin hari semakin sesat lagi menyesatkan pula budaya satu "cult" yang berselindung di sebalik agama dan dakwah
Contoh:
1. Anak kecil tak perlukan vaksin. Vaksin adalah bahaya. Vaksin ciptaan Yahudi. Siapa guna vaksin bermakna sokong Yahudi rosakkan umat Islam.
2. Bersalin sendiri di rumah tanpa perlu ada doktor/bidan adalah fitrah. Kucing beranak tak pakai doktor pun.. orang dulu-dulu beranak kat rumah OK saja.. orang berzina bersalin sendiri, buang nak.. hidup je anak tu (TOLONG.. jangan samakan anak manusia dengan anak kucing..! dan TOLONG jangan samakan zuriat yang halal dan yang haram!)
Kesesatan "cult" tersebut bukan sahaja terkawal di kelompok kecil mereka. Mereka ini sedang menyebarkan amalan sesat ke seluruh negara.
Sememangnya "pregnancy is a physiological process". Tetapi pernahkah "cult-doktor-tanpa-tauliah" tersebut dengar istilah "komplikasi semasa hamil" : contohnya eclampsia, venous thromboembolic phenomenon, abruptio placenta, amniotic fluid embolism, post-partum hemorrhage dan lain-lain yang boleh meragut nyawa?
Persoalannya:
1. Bersediakah puak-puak yang menggelarkan diri mereka "doula" tersebut melakukan CPR (itu pun kalau mereka tahu apa itu CPR) dalam situasi kecemasan?
2. Bertanggungjawab 100% di atas kematian maternal (ibu mengandung) di bawah seliaan mereka (doula)
Memang diakui, pengamalan dalam proses melahirkan anak bukanlah pengalaman yang menyeronokkan..
Tetapi pengalaman untuk mendengar tangisan pertama anak itu adalah antara nikmat pertama selepas kelahiran.
Jika anak lahir di rumah, mengalami komplikasi seperti "perinatal asphyxia" (tidak cukup oksigen), lalu meninggal dunia, ataupun berakhir dengan HIE (kecacatan otak yang kekal) dan tidak menangis.. adakah anda masih bangga lahirkan anak di rumah? Atau.. ibu bapa pula yang menangis menyesal seumur hidup kerana memperjudikan nyawa anak.
Jangan biarkan diri anda, saudara-mara atau rakan-taulan anda terpengaruh oleh "cult" sesat yang berpotensi meragut dua nyawa (ibu dan anak) dengan kaedah cuba-cuba melahirkan anak di tangan yang manusia yang tiada ilmu.
Di hospital, setidak-tidaknya jika berlaku sesuatu kecemasan, pasukan-respons-kecemasan mampu berusaha menyelamatkan nyawa, selebihnya kita boleh bertawakal kerana kita sudah berusaha.
Di rumah (tanpa ada usaha ke pusat bersalin/hospital), kepada siapa anda hendak bertawakal jika tiada langsung usaha untuk memastikan diri anda dan kandungan selamat?
Dengan kedangkalan minda dan ketaksuban sekelompok manusia dengan "cult" sesat tertentu yang dengan mendabik dada berkata: "jangan risau bersalin di rumah.. saya sudah bersalin 3 kali di rumah, semuanya OK.. jangan takut... Tuhan bersama kita"...
Mungkin satu hari nanti kita akan dengar pula kejadian:
Pesakit stroke, serangan jantung, serangan acute asthma/COAD, pendarahan dari saluran usus (UGIB/LGIB) tidak lagi perlu datang ke hospital kerana yakin "Tuhan bersama mereka". Sedangkan perbuatan itu sama seperti membunuh diri.
Pihak kerajaan, dan majlis fatwa kebangsaan perlu memandang serius gelaja penularan "cult" sesat tersebut kerana ia boleh dianggap lebih berbahaya (kalau bukan setaraf) dengan Tuhan Harun, Ayah Pin, dan Black Metal.
Akhir kata: "in the land of the blind, a one-eyed man is king" (tafsiran saya: di alam orang jahil, orang ada sedikit saja ilmu dianggap hebat dan menjadi ikutan)
No comments:
Post a Comment