KISAH MAHATHIR DAN ZAINUDDIN MAIDIN
Hubungan di antara kedua meliputi pelbagai bidang. Ada kalanya akrab kerana pandangan politik yang sejurusan.
Pertemuan pertama mereka berlaku puluhan tahun lampau ketika Zam tinggal
“di perkampungan haram Seberang Kereta Api Sungai Korok, lebih sebatu dari Bandar Alor Setar, di sebuah rumah buruk, sebuah keluarga miskin sedang menghadap lelaki tua yang sedang uzur.“
”Ibunya segera menyuruhnya memanggil doktor dan ia terus berlari ke bandar.
Dicatat seterusnya:
“Doktor, datuk saya sakit teruk,
“Di mana?
“Di Seberang Kereta Api Sungai Korok, masuk ikut lorong Sekolah Najat sehingga ke penghujung jalan dan terpaksa jalan kaki ke rumah saya kerana kereta tidak boleh masuk.
“Baiklah, pulang dahulu, nanti saya datang.”
Tidak lama kemudian doktor pun datang. Dia tidak bercakap banyak, hanya memeriksa dan memberikan ubat kepada pesakit. Apabila ditanya tentang bayarannya, doktor berkata: “Berapa yang ada berilah.” Ibu memberikannya dua ringgit dan doktor mengambilnya lalu pulang.
Peristiwa yang dialami lebih 30 tahun dahulu itu meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa saya hingga ke hari ini. Pada masa itu, doktor tidak mengenali saya dan saya pun tidak pernah menemuinya. Ketika itu saya masih belajar di Maktab Mahmud Alor Setar. Langkah saya ke kliniknya semata-mata didorong oleh cerita dari mulut ke mulut tentang seorang doktor yang baik di Bandar Alor Setar, Dr. Mahathir Mohamad, Demikian catatan pertama Zam.
Di waktu itu Dr. Mahathir memiliki kereta “paling besar di bandar Alor Setar iaitu kereta Pontiac yang menyaingi kereta besar beberapa orang doktor bukan Melayu,”
Diceritakan selanjutnya ialah beberapa peristiwa semasa Dr. Mahathir 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan lebih 60 tahun dalam arena politik negara. Zam sendiri menjadi pemberita Utusan Melayu hingga menyandang jawatan ketua pengarang. Dengan itu interaksi mereka berlanjutan.
Oleh Zam disebut bahawa watak kewartawanan sukar dipisahkan daripada dirinya.
“Maka itu adalah tepat sekali deskripsi yang dibuat oleh Dr. Mahathir dalam majlis pelancaran buku tulisan saya. Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot bahawa “Zam adalah kawan saya tetapi kawan yang adakalanya menyukar.”
Lalu Zam mengulangi kenyataan Dr. Mahathir dalam satu majlis Kelab Akhbar Malaysia pada akhir 1980-an ketika Zam menjadi presiden, iaitu kritik terhadap sikap media selalu mendakwa bersuara bagi pihak rakyat.
“Tuan-tuan tidak dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya, bagaimanakah tuan-tuan boleh mendakwa bercakap bagi pihak rakyat?”
Zam kemudian menjawab dalam ucapannya: “Kami dipilih oleh rakyat setiap hari, orang ramai membeli akhbar setiap hari, selagi akhbar laku, maka selagi itu kami percaya bahawa kami dipilih oleh rakyat, apabila pasaran akhbar meningkat, bererti semakin ramai rakyat yang memilih kami, suara kami semakin kuat dan semakin sah apabila pasaran semakin tinggi.”
Lain hal berlaku, Zam menyambung cerita: “Apabila saya disingkirkan daripada jawatan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan pada akhir 1992, kerana isu bahasa, saya telah menemui Dr. Mahathir bukan untuk meminta disambung kerja tetapi untuk mengetahui sendiri apakah benar beliau sendiri yang mahu menyingkirkan saya.
Dr. Mahathir menyatakan: “Zam, saya tak boleh buat apa-apa lagi, semua Majlis Kerja Tertinggi telah menghentam you, saya berpuas hati.”
Penyingkiran itu “tidak terus memisahkan saya daripada Dr. Mahathir,” Zam menambah.
Juga dicatat ialah “kerajinan” Dr. Mahathir menulis surat kepada Zam ketika beliau masih berada di Alor Setar dan Zam menjadi wartawan di Kuala Lumpur dan semasa menjadi wakil Utusan di London ketika Dr. Mahathir menjadi Menteri Pelajaran dalam tahun 1975-1976.
Bab Surat Daripada Dr. Mahathir menyebut antara hasil interaksi kedua.
“Memahami caranya berfikir dan bertindak selama beberapa tahun terutama ketika beliau berada dalam krisis politik memudahkan saya mengendalikan Utusan Melayu dan Utusan Malaysia ketika saya menjadi Ketua Pengarangnya dari tahun 1982-1992 dan semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Surat daripada Dr. Mahathir berupa tambahan kepada buku berjudul Mahathir Di Sebalik Tabir dan pelbagai peristiwa mengenai persaraan beliau. Pada suatu ketika Zam menulis: “Saya menangis seorang diri di bilik kerja di rumah,” ketika mengenang kembali pelbagai peristiwa.
Dari asal anak miskin beliau menjadi wartawan, mendapat fellowship Universiti Michigan, menjadi Ketua Pengarang akhbar dan kemudian menjadi Senator, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri Penerangan.
Zam mencatat antara lain nasihat Dr. Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu dalam UMNO:
“Dalam politik yang penting sekali ialah acceptability dan intelligence adalah yang kedua.”
Surat dari Dr. Mahathir kepada Zam di London pada 29 November 1975: “Coret-coret dari London masih saya baca tetapi tidak begitu menarik pada masa-masa yang lampau ini. Nampak saudara begitu tertarik dengan adat resam British Yes, what do you want, love? Dan sebagainya.” Dan lain-lain surat.
(sumber dipetik daripada Utusan Malaysia Online,arkib 15/02/2009, t

Tulisan Mazlan Nordin)
No comments:
Post a Comment