Wednesday, 18 December 2013

APA SUDAH JADI DENGAN MALAYSIA??



APA SUDAH JADI DGN MALAYSIA?

Sejak akhir2 ini. Kerajaan terpaksa mengumumkan dasar-dasar yg tidak populis. 

Keputusan kerajaan itu mendapat reaksi negatif sebahagian besar rakyat Malaysia. Ada juga yg menggunakan jaringan media sosial untuk melepaskan geram, maki hamun dan kritikan ekoran tindakan kerajaan itu.

Wahai rakyat Malaysia yg budiman. Tindakan kerajaan bukanlah semata-mata untuk membebankan rakyat. Kerajaan tahu kesusahan rakyat. Percayalah, keadaan ini hanyalah bersifat sementara sahaja.

Ini kerana, kerajaan sedang berusaha keras demi memastikan negara tercinta diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.Tiada negara di dunia yang kos sara hidup semakin rendah, TIADA. Tetapi kerajaan terutama PERDANA MENTERI YANG MENDENGAR DENYUT NADI RAKYAT perlu memikirkan cara bagaimana untuk mengatasi kos sara hidup itu supaya rakyat tidak terasa sangat.

Namun, demi merealisasikan agenda negara itu, kerajaan berdepan dgn ancaman dari dalam dan luar negara. Selain pembangunan fasiliti dan perkhidmatan awam, kerajaan juga bersepan dgn mentaliti rakyat dan pelampau politik yg mengambil kesempatan terhadap dasar2 kerajaan yg tidak populis. Sedikit sebanyak ia merencatkan usaha kerajaan.

Namun, kerajaan Malaysia tidak gentar dan bersungguh-sungguh berusaha demi memastikan rakyat menikmati pendapatan tinggi dan kemudahan awam kelas pertama menjelang 2020.

Wahai rakyat Malaysia, percayalah ketika ini kita perlu berkorban sedikit demi melancarkan proses transformasi negara menjadi sebuah negara maju.

Untuk menjaga negara, beban tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Namun pengorbanan rakyat juga sgt membantu untuk kerajaan melaksanakan misi2 demi merealisasikan impian Malaysia menjadi negara maju.

Penarikan subsidi secara berperingkat adalah perlu untuk memastikan negara mampu menyediakan prasa ekonomi yg teguh.

Walaupun negara mendapat kritikan oleh pakar kewangan dunia terhadap pemberian subsidi kpd rakyat, kerajaan dijangka tidak menghapuskan terus subsidi menjelang 2020.

Kerajaan sedang berusaha mencari mekanisme untuk mengawal harga barang keperluan asas tanpa pemberian subsidi.

Kerajaan juga merancang menetapkan gaji minima RM1500 utk rakyat menjelang 2020. Kakitangan awam gred 17 dijangkan memperoleh gaji minima RM1800 pada 2019. Kenaikan juga berlaku utk gred2 lain.

SPAD telah diberi KPI supaya segala prasarana dan kemudahan pengangkutan awam berada pada kelas pertama menjelang 2019.

Wahai rakyat Malaysia. Percayalah, dasar2 yg tidak populis yg diumum kerajaan adalah strategi jangka panjang utk memastikan negara terus kental berdepan cabaran dunia yg tidak menentu.

Dan percayalah, setiap pengorbanan itu akan dibalas dengan setimpal. Setiap pengorbanan tidak ada yg sia-sia. Dan pengorbanan boleh menjamin kejayaan.

Terima kasih rakyat Malaysia kerana rela berkorban untuk negara.

Semoga usaha dan iltizam pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, demi memastikan negara Malaysia diiktiraf sebagai negara maju 2020 menjadi realiti dan kebanggaan kita semua suatu hari nanti.

P/S :Terimalah dengan hati terbuka dan tiada perasaan marah akan nampak ianya positif.
#riz

No comments:

Post a Comment