Monday, 30 December 2013

Mari meraih ganjaran dalam satu minit.

MERAIH GANJARAN BESAR DALAM SATU MINIT 

1] DALAM MASA SATU MINIT ANDA BOLEH MEMBACA SURAH AL-FATIHAH yang merupakan induk al-Quran (Ummul Quran), SEBANYAK 4 KALI, yang mana bilangan huruf-hurufnya terdiri dari 140 HURUF... Setiap satu huruf anda akan memperolehi 10 kebajikan (ganjaran), maka dalam 1 minit anda dengan mudah sahaja meraih 5,600 kebajikan. (Hadis riwayat Tirmizi)...

2] DALAM MASA 1 MINIT ANDA BOLEH MEMBACA "SURAH AL-IKHLAS" SEBANYAK 10 kali, lantas akan tersedia buat anda sebuah ISTANA di syurga.... dan anda memperolehi ganjaran seperti TIGA KALI KHATAM AL-QURAN, bahkan lebih... (Hadis riwayat Ahmad dan ad-Darimi)....

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada sahabat2nya: “ SIAPAKAH ANTARA KAMU YANG DAPAT MENGKHATAMKAN AL-QUR AN DALAM JANGKA MASA SINGKAT (DUA-TIGA MINIT)?”.... Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab... Malah Sayyidina 'Umar bin Khattab r.a. (Radliyallahu 'anhu) telah mengatakan bahwa mustahil untuk mengkhatamkan Al-Qur an begitu cepat... Kemudian SAYYIDINA 'ALI BIN ABI THALIB K.W. MENGANGKAT TANGANNYA, menyatakan kesanggupan.... Sayyidina 'Umar berkata kepada Sayyidina 'Ali bahwa Sayyidina 'Ali (yang masih muda pada waktu itu) mungkin tidak tahu apa yang dikatakannya itu....

KEMUDIAN SAYYIDINA 'ALI BIN ABI THALIB MEMBACA “SURAH AL-IKHLAS” TIGA KALI.... Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahwa Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib benar.... Kemudian menerangkan bahwa membaca Surah Al-Ikhlas sekali, ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran atau sepertiga Al-Qur an.... JIKA MEMBACA "SURAH AL-IKHLAS" SEBANYAK TIGA KALI KHATAMLAH AL-QURAN, kerana dengan membaca sebanyak tiga kali, sama seperti dengan membaca seluruh 30 juz Al-Quran (Ramli Joned )

No comments:

Post a Comment