Tuesday, 17 December 2013

Sekitar solat jenazah As-Syahid pemimpin islam yang dihukum gantung oleh mahkamah Bangladesh.

 


Suasana Solat Jenazah as-Syahid Syeikh Abdul Quader Molla,Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh..

Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.


Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.

Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa.


Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.

Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!

حسبنا الله ونعم الوكيل

اللهم اقبله فى الشهداء واجعل دمه لعنه على قاتليه

 Solat ghaib untuk assyahid Syeikh Abdul Kadir Mullah.


Sebentar tadi bersama jemaah Masjid Telekom ,Taiping solat ghaib untuk assyahid Syeikh Abdul Kadir Mullah diimamkan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,Naib Presiden PAS.

Syeikh Abdul Kadir Mullah, pimpinan utama Jamaat Islami Bangladesh menemui Tuhannya apabila di hukum gantung oleh Kerajaan Bangladesh.
 Yang menghukum, yg menjatuhkan hukuman dan yg menolak rayuan hukuman semuanya adalah org2 Islam sebangsa dgn beliau...
 Beliau sempat bertemu isteri dan ahli keluarganya memberikan kata terakhir dan digantung dlm penuh ketenangan pada 12.01 mlm tadi.
 Semoga Allah menggolongkannya di kalangan orang-orang yang mati syahid

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun

Al Fatihah 

Syeikh Abdul Quader Mullah di hukum gantung.

Ratusan ribu warga muslim Banladesh hari ini dan semalam keluar beramai-ramai membanjiri kota Dhaka berhimpun menuntut penggubalan undang-undang dan mengkritik sistem perundangan Bangladesh.
Perhimpunan yang di anjurkan oleh Jamaat E Islami yang merupakan satu jemaah islam terbesar di Bangladesh,juga adalah berikutan hari ini adalah tarikh pemimpin Jamaat E Islami,Syeikh Abdul Quader Mullah di hukum gantung.

Ratusan ribu warga yang berhimpun berdemontrasi sambil melaungkan kalimah-kalimah Allah,membacakan ayat-ayat suci Al Quran,juga doa buat Syeikh Abdul Quoder.Turut sama mereka melaungkan slogan ANTI KERAJAAN SEKULER BANGLADESH dan ANTI HASINA MURTAD.
 Pada tahun lalu dunia di kejutkan dengan kebangkitan umat islam Bangladesh yang berjumlah ratusan ribu telah bangkit memperjuangkan penegakan Shariah di Bangladesh dengan menuntut pemerintah yang sedia ada turun dari tampuk pimpinan.
Pada tahun lalu juga dunia muslim di kejutkan dengan pelbagai kejutan dari umat muslim Bangladesh termasuk kekuatan mereka yang berjumlah ratusan ribu,keberanian mereka dalam mempertahankan Islam,dan keupayaan mereka melumpuhkan kesatuan tentera-tentera Bangladesh (dengan tangan kosong tanpa bersenjata kerana jumlah mereka yang terlalu ramai)setiap kali berlaku pertempuran yang melibatkan Masjid dan Al Quran

No comments:

Post a Comment