GADIS BRAZIL TAK BERMORAL MAHU LELONG DARA | BRAZIL – Pelajar Brazil yang menjadi tumpuan ramai kerana menjual `dara’ pada harga RM2 juta, sekali lagi membuat tawaran yang sama kepada pembida.
Catarina Migliorini, 21, mendakwa masih dara kerana pembeli sebelum ini tidak melakukan hubungan seks dengannya.
Kali ini, pelajar yang tidak bermoral ini menawarkan harga bidaan sebanyak RM264,000 dan berharap mendapat bidaan sekurang-kurangnya RM4 juta.
Aksi Migliorini dalam lelong dara sebelum ini dirakamkan oleh sebuah produksi dari Australia untuk satu dokumentari namun gadis ini mendakwa dia tidak mendapat sesen pun wang hasil bidaan berkenaan.
Dia mendakwa tidak mendapat wang yang dibayar oleh seorang pembeli dari Jepun, Natsu pada bulan Oktober lalu.
Natsu yang juga seorang jutawan berjaya menewaskan pembida dari Amerika Syarikat iaitu Jack Miller dan Jack Right serta jutawan India, Rudra Chatterjee.
Migliorini memberitahu, selepas bertemu dengan Natsu, di sebuah restoran di Sydney, dia mendakwa Natsu tidak memenuhi syarat dan mereka tidak melakukan hubungan seks.
Dia juga berkata, segala perjalanannya tidak ditanggung oleh syarikat produksi berkenaan dan percaya Natsu sebenarnya tidak wujud, sebaliknya produksi tersebut hanya mereka-rekanya untuk tujuan penggambaran.
Hasil lelongan berkenaan, menjadikan Migliorini sebagai selebriti di Brazil dan dia turut bergambar untuk majalah Playboy versi Brazil dan Argentina.
Migliorini mahu menggunakan wang itu untuk membina rumah bagi golongan miskin.
#riz
No comments:
Post a Comment