Thursday, 19 December 2013

Tahukan anda saiz nabi Adam A.S?

Siapa manusia pertama di dunia? Semua pasti menjawab Adam. Ya! Dari anak kecil hingga dewasa tak akan membantah jika Adam adalah manusia di zaman awal penciptaan.

Sabda Rasulullah SAW :
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini”
(HR. Bukhairi), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.
Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45,72cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27,432 meter. Hampir mencapai 30 meter. Wallhu’alam.
Berdasarkan hadith tersebut menjelaskan bahwa tinggi Nabi Adam a.s adalah 60 hasta ((1 kaki = 30 cm, 1 hasta = 1,5 kaki, jadi 60 hasta = 90 kaki =  30 meter), adalah rujukan bagi Hamdan untuk menghadirkan ukuran tubuh Bapak Manusia itu dengan membuat jahitan baju yang disesuaikan dengan sirah dari Rasulullah S.A.W. Dengan dibantu oleh empat orang penjahit, ia membuat replika baju Nabi Adam a.s dengan ukuran tinggi 29 meter dan lebar 12 meter.
Replika baju Nabi Adam a.s ini dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya.Tujuan utama baju replika ini dijahit adalah untuk memberi gambaran kepada umat manusia zaman kini secara jelasnya saiz Nabi Adam a.s serta umat manusia yang lahir pada zaman tersebut. Walaubagaimanapun, Hamdan mengaku bahawa pakaian replika yang dijahitnya ini belum tentu persis dengan ukuran Nabi Adam yang sebenarnya.
Dengan menyaksikan baju hasil rancangan Hamdan, manusia dapat mengambil kesimpulan bagaimana bentuk tubuh manusia pertama di dunia itu.Ja
Jadi tidak mustahillah jika saya katakan Dinasour yang kita rasa besar itu boleh jadi sebesar seekor lembu sahaja untuk umat manusia di zaman dahulu. Menarik kan? :)
Memang benar manusia melalui proses evolusi dari bersaiz sebesar-besarnya kepada sekecil-kecilnya seperti sekarang. (KITA) Inilah evolusi berdasarkan hadith sahih dari Rasulullah S.A.W. Bukannya proses evolusi dari sudut sains yang mengatakan manusia datangnya daripada monyet. Ini bukan FAKTA…tapi… AUTAAAA….
Walau apa pun sains ajar kita, kita tidak boleh mempercayainya bulat-bulat. Rajin-rajinlah selak Al-Quran dan Hadith Sahih Rasulullah S.A.W kerana itulah petunjuk sepanjang zaman!
Gambaran nisbah ketinggian saiz umat manusia zaman sekarang dan umat manusia pada zaman Nabi Adam a.s adalah seperti berikut:
 
Semoga entri ini memberi gambaran jelas mengenai saiz Nabi Adam a.s dan menolak segala spekulasi sains yang mengatakan manusia datangnya daripada monyet!


Makam Nabi Adam
#riz

No comments:

Post a Comment