Monday, 9 December 2013

10 Jenis solat yang tidak diterima Allah.


Rasulullah saw bersabda : " Islam dibina di atas lima perkara ; bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah , menegakkan solat .... " ( HR Bukhari dan Muslim ) .

Sebagai seorang Muslim tentu sudah faham bahawa solat merupakan tiang agama. Oleh kerana itu, ketika muadzin mengumandangkan azan, kaum muslimin akan bergerak mendatangi rumah-rumah Allâh Ta'ala, mengambil air wudhu, kemudian berbaris di belakang imam mereka. Kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allâh Ta'ala dan begitu khusyuk menikmati solat sehingga imam mengucapkan salam. Selepas selesai berjemaah, masing-masing kembali pada aktivitinya.

Imam Hasan al - Bashri rahimahullâh pernah berkata: " Wahai anak manusia. Solat adalah perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika solat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum solat ".

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda: " Barang siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. " ( Tabyinul Mahaarim ).

Kemudian Rasulullah saw juga bersabda bahawa: " 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya :

1 . Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2 . Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3 . Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4 . Orang lelaki yang melarikan diri.

5 . Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya ( taubat ) .

6 . Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
#riz

7 . Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8 . Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9 . Orang-orang yang suka makan riba ' .

10 . Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. "

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : " Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah. " Hassan r . a berkata : " Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk .

Cucu kamariah pilih islam


Cucu Kamariah pilih Islam
Siti Nursuzana mengucap dua kalimah Syahadah yang dilafazkan Timbalan Presiden YKSNS, Norizan (kanan) sambil ditemani Vijaya
KUALA PILAH – Biarpun masih berusia 13 tahun, namun kerana kagum mendorong Siti Nursuzana memeluk Islam sebagai pegangan hidupnya.
Lebih bermakna apabila hasratnya mendapat restu kedua orang tua, P.Vijaya dan K.Murugunadan, serta sokongan adik-beradik, sanak saudara.
Siti Nursuzana yang sebelum ini dikenali sebagai M.Puvana mendapat hidayah ALLAH SWT sejak menziarahi neneknya dan terdetik di hatinya untuk mendalami Islam secara serius dengan mengikut jejak langkah neneknya.
“Saya memeluk agama Islam kerana kerelaan hati, bukan atas paksaan,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS), selepas mengucap dua kalimah Syahadah tepat jam 9 malam, Sabtu lalu.
Bercerita mengenai salasilah keluarga, Siti Nursuzana mempunyai seorang nenek dikenali sebagai Kamariah Sarip, 82, yang berkahwin dengan datuknya berketurunan India iaitu Kandasamy.
Sebelum itu, pada awal 40-an, Kamariah telah berkahwin dengan seorang lelaki India Muslim bernama Kamarudin Abdullah dan dikurniakan empat orang anak yang tinggal di sebuah Estet di Pagoh, Johor.
Namun entah mana silapnya, Kamariah telah meninggalkan anak-anaknya, kemudian mendirikan rumah tangga bersama Kandasamy dengan dikurniakan tujuh orang anak hasil perkahwinan mereka.
Cari adik beradik, sanak saudara
Menurut anak saudara Kamariah, Norizan Mohd Nor, 53, pertemuan dia bersama ibu saudaranya (Kamariah) bermula pada awal tahun ini selepas ibu saudaranya di masukkan ke hospital di Kajang, Selangor.
“Sebelum ini, Kamariah telah menghilang diri lebih dari 30 tahun selepas berkahwin dengan Kandasamy dan difahamkan, perkahwinan mereka tidak berlandaskan agama Islam.
“Hinggalah, dikurniakan anak-anak beragama Hindu. Namun pada akhir 2008, Kamariah telah bermimpi ditemukan oleh ibu bapanya serta adik-beradiknya.
“Menurut Kamariah, dalam mimpinya itu, kedua ibu bapanya marah kerana tindakannya berjauhan dengan keluarga dan meminta dia kembali memeluk Islam semula serta mencari sanak saudara se-Islam,” katanya.
Atas dorongan itu katanya, Kamariah pulang ke kampung halaman di Rantau Panjang, Port Dickson untuk mencari adik-beradik dan sanak-saudaranya.
“Namun kerana faktor masa, rumah pusaka sudah tiada dan adik-beradik juga telah merantau. Kamariah hanya dimaklumkan oleh jiran, bahawa sanak saudara berada di sekitar Jempol.
“Usaha untuk mencari sanak-saudara menemui jalan buntu kerana kekurangan maklumat sehinggalah berlarutan beberapa tahun,” katanya.
Tak sangka ibu saudara masih hidup
Menurut Norizan, selepas itu, dengan bantuan Jabatan Mufti negeri, Kamariah di bawa ke YKSNS pada penghujung 2008 untuk mendalami semula agama Islam dan mengucap kembali dua kalimah Syahadah.
“Selepas setahun berada di YKSNS, anak-anaknya ingin menjaga ibunya dan berjanji akan menjaga makan minum ibunya kerana memahami ibunya telah memeluk Islam semula.
“Dalam tempoh itu juga, Kamariah dimasukkan ke Hospital Kajang dan ditempatkan di wad rawatan rapi (ICU) kerana demam panas.
“Ekoran keadaan dirinya tidak stabil dan sering meracau, Kamariah sering menyebut nama adik-beradiknya. Akhirnya doktor meminta anak-anaknya mencari ahli keluarga asal Kamariah sebelum menghubungi semula YKSNS untuk membantu mencari keluarga asal Kamariah dipercayai masih berada di sini,” katanya.
Susulan itu kata Norizan, pihak YKSNS telah berjaya menjejaki anak buah Kamariah, Idris Kasim, 56.
“Suami (Idris) saya telah dihubungi pihak YKSNS menyatakan terdapat seorang perempuan bernama Kamariah Sarip ingin bertemu saudaranya.
“Selepas menerima panggilan, suami saya tidak menjangka ibu saudaranya masih hidup kerana lebih 30 tahun dia tidak pernah berjumpa dengan ibu saudaranya itu.
“Alhamdulillah, kami bersyukur ditemukan semula dengannya. Malah, kami sangat gembira kerana dia telah memeluk Islam semula,” katanya.
Hubungan masih erat biarpun lain agama
Sejurus pertemuan tersebut, anak perempuan Kamariah sering datang ke rumahnya di Felda Raja Alias 4 untuk bertemu ibunya.
“Selepas keluar dari Hospital Kajang, Kamariah telah duduk bersama kami tetapi hubungannya dengan anak-anak tetap seperti biasa kerana mereka sering datang ke sini. Malah hubungan kami lebih erat meskipun berlainan agama,” katanya.
Katanya. dia bersyukur kerana Siti Nursuzana memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya.
“Buat masa ini, Siti Nursuzana akan tinggal di YKSNS untuk mendalami ilmu agama Islam sebelum dia sendiri membuat keputusan sama ada mahu tinggal bersama kami di Felda Raja Alias 4, atau terus tinggal di YKSNS,” katanya.
Sementara itu, Kamariah yang fasih berbahasa Tamil berkata, hati kecilnya masih menaruh harapan untuk bertemu dengan empat orang anak iaitu Khatijah, Rokiah, Ariffin dan Baharudin iaitu anak-anak hasil perkahwinan pertamanya.
“Wan sangat merindui mereka. Puas sudah wan mencari mereka tetapi tetap tidak bertemu. Wan tidak tahu di mana mereka berada sekarang.
“Wan harap, sekiranya ALLAH dipanjangkan usia wan, wan mahu bertemu dengan anak-anak sebelum mata terpejam untuk selamanya,” katanya gembira dapat bertemu dengan adik-beradiknya serta sanak saudara Melayu.
Bagaimanapun, suami kedua-dua Kamariah telah meninggal dunia.
#riz

tuuu dia, Jakarta pekan kondom nasional??


kondom
Pastinya tidak ramai yang tahu di ibu negara Indonesia, Jakarta ada Pekan Kondom Nasional 2013 di sana.
Jika kita di Malaysia sudah pasti ia akan membawa maksud ‘Bandar Kondom Kebangsaan 2013′ kerana pekan membawa maksud bandar kecil dan juga Nasional membawa maksud kebangsaan.
Sejak bila pula di Jakarta ada Pekan Kondom?
Gambar dirakamkan ini adalah gambar sebuah bas tertera perkataan Pekan Kondom Nasional 2013 dengan berlatarbelakangkan gambar seksi penyanyi dangdut Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe.
Sebenarnya perkataan Pekan Kondom Nasional 2013 dalam bahasa Indonesia membawa maksud Kempen Minggu Kondom Kebangsaan 2013 yang kini sedang diadakan di Jakarta.
Dalam bahasa Inggerisnya ialah National Condom Week.
Ia adalah sebuah kempen yang dimulakan sejak tahun 2007 untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat berkenaan manfaat penggunaan kondom dalam hubungan seks yang berisiko untuk melindungi masyarakat Indonesia dari jangkitan penyakit berbahaya. 
#riz

Jangan berhentikan kenderaan sekiranya ditahan keluarga ini!!!

SEBARKAN!!! 

Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan.
Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.
Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan Citta Mall.
Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal.
Malah orang yang mengambil gambar di atas turut mendakwa lelaki tersebut mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana marah sebaik menyedari gambarnya dirakam.
Orang ramai yang terlihat mereka disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign

Wanita ini menjadi sangat kurus akibat mengamalkan diet berlebihan.


Umumnya perempuan telanjang akan membuat lelaki terusik nafsunya, namun untuk kali ini saya yakin tidak, kecuali orang-orang dengan selera yang unik. Perempuan-perempuan ini adalah mangsa kelainan psikis takut menjadi gendut sehingga melakukan diet yang sangat extrim dan membuat tubuh mereka menjadi kurus kering. Kelainan seperti ini di sebut sebagai anoreksia, Anoreksia adalah phobia terhadap obesiti sehingga menyebabkan seseorang "mengharamkan" berbagai macam makanan dengan perilaku diet mereka yang sangat extrim.

Foto-foto dibawah ini menunjukkan bagaimana perempuan-perempuan tersebut menjadi seperti rangka berjalan kerana tiada selera makan, sebuah peringatan bagi mereka yang takut gendut dan melakukan diet yang berlebihan.









#riz

Tenaga Ajaib tersembunyi dalam diri manusia.



Adakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”


2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
#riz

10 Benda takboleh dibeli dengan wang ringgit.



Percayakah anda di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .


7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.
#riz

Tuesday, 3 December 2013

NAK TAHU DIMANA DAJJAL DIBUNUH??


"Brother Muhamad, hari itu kamu ingin tahu kota kecil Lud kan?. Kejap lagi saya akan tunjuk di mana pekan Lud ini", kata Nasir, pemandu pelancung pada saya ketika kami mula meninggalkan Bethlehem.

Coster yang kami naiki mula bergerak. Hari ini, 27 April 09, kami bergerak ke Yafa melalui Tel Aviv. Perjalanan melalui highway besar. Dari Jerusalem ke Yafa lebih kurang 70 km. 

"Kamu tahu, orang di sini suka tinggal di Yafa. Dia bandar cantik tepi pantai. Yafa digelar sebagai "Arus al-Bahr" (pengantin pantai). Orang yang tinggal di sini semua ibarat pengantin kerana cantiknya tempat ini. Ada satu pepatah orang Palestin. Mari tinggal di Yafa, Enjoy di Tel Aviv dan Taubat di Jerusalem" Nasir memulakan celotehnya.

"Kenapa kamu ingin tahu di mana pekan Lud, dan ramai orang dari luar juga bertanyakan tempat ini," tanya Nasir.

"Tempat ini adalah tempat di mana Nabi Isa akan membunuh Dajjal. Ia terdapat di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi. Anak Maryam (Isa) akan membunuh Dajjal di pintu Lud " Saya menerangkan pada Nasir.

"Saah (ye ke?..)" tanya Nasir dengan kepala sedikit teleng. Nasir memoncongkan sedikit bibir bawahnya sambil menganggukan sedikit kepalanya tanda perkara ini baru didengarnya.

"Hah di sinilah jalan ke kota Lud, cuba kamu lihat di sana, tanah yang subur, itulah perkampungan Lud", Nasir menunjukkan jarinya ke sebelah kanan jalan.

Saya melihat tempat ini. Berbukit dan luas saujana mata memandang. Di dalam hati saya berbisik. "Subhanallah, di sinilah tempat Dajjal di bunuh".

Pada zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik dari kekhalifahan Umayyah, beliau pernah datang ke kampung Lud ini. Beliau ingin membeli kampung yang ada sejak zaman Nabi Isa ini. Beliau ingin menjadikan perkampungan ini perkampungan orang Islam.

Khalifah tahu bahawa tempat inilah, tempat di mana Dajjal laknatullah dibunuh. Ketika ditawarkan, orang kampung ini tidak mahu menjual tanah di sini. Mereka juga tidak mahu menerima Islam. Oleh kerana penduduk di sini membayar jizyah, khalifah tidak boleh memerangi mereka.

Penasihat Khalifah berkata kepada beliau, kenapa kita tidak bina sahaja perkampungan lain. Kita dudukkan di sana semua orang Islam. Khalifah termenung dan memikirkan cadangan ini. Kemudian, baginda bangun, bersetuju untuk mencari tanah disebelah perkampungan Lud.

Ketika di dalam pencariannya, khalifah bertemu dengan seorang ketua Badui yang telah Islam. Khalifah bertanyakan adakah orang di kawasan ini ingin menjual tanahnya. Ini kerana khalifah akan mewaqafkan kembali untuk dijadikan perkampungan orang Islam. Ketua Badui ini bersetuju memujuk kaumnya untuk membangunkan perkampungan orang Islam di sebelah kampung Lud ini.
Di dalam perbicangan, khalifah telah dihidangkan dengan kopi yang sangat enak. Khalifah bertanya kepada ketua Badui ini,

"Siapakah yang membuat kopi ini?"

"Anak perempuan saya", kata ketua Badui.

"Siapa namanya" tanya khalifah lagi.

"Ramlah". Jawab ketua Badui.

"Baiklah. Kita akan namakan perkampungan baru ini dengan nama Ramlah." Kata Khalifah.

Kota Ramlah dibangunkan dengan indah sekali oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Keindahan kota Ramlah hingga ramai orang berkunjung ke kota ini berbanding kota Lud.

Ketika Salahuddin al-Ayubi datang ke Ramlah, beliau telah membangunkan satu menara di Ramlah. Ia sebagai menara peninjau bagi keselamatan kedua pekan kecil ini. Selepas zaman Salahuddin, kedua-dua kota ini telah Islam  sepenuhnya.

Berbicara mengenai kota Lud, kita boleh bayangkan bagaimana, Dajjal dikejar dari Jerusalem, berperang dan kalah. Nabi Isa yang memimpin tentera Islam terus mengasak mereka yang kafir ini hinggalah mereka diibaratkan lenyap seperti larutnya garam di dalam air.

Dengan keadaan yang masih sombong, maka Dajjal dibunuh dipintu masuk perkampungan ini.

Di dalam dunia ini, hanya ada dua orang sahaja yang memakai gelaran al-Masih. Mereka ialah Nabi Isa dan Dajjal. Kenapa keduanya memakai gelaran ini?. Kerana keduanya Allah kurniakan kelebihan yang hebat. Ketika Dajjal keluar, banyak penganiayaan dibuatnya terhadap orang beriman. Orang beriman mula bangun kembali ketika Nabi Isa diturunkan.

Di dalam bahasa Arab ada pepatah,

Iza al-Masih Yaqtulul Masih (apabila al-Masih yang akan membunuh al-Masih) Di dalam konteks bahasa Melayunya, "apabila, buku bertemu ruas." 

Apa gunanya kita mengetahui kisah kampung Lud? Apa kaitan dengan kita sekarang? Paling rendah ialah kehairanan kita, bagaimana Rasullullah boleh tahu di sekitar tempat ini ada satu kampung bernama Lud.

Rasullullah tidak pernah sampai ke sini. Baginda hanya pernah sampai ke al-Aqsa ketika peristiwa Isra dan Mikraj. Ia membuktikan bahawa perkhabaran Rasullulah bukan rekaan baginda. Allah telah menyatakan di dalam al-Quran:-

3: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. 4: Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (Surah an-Najmi ayat 3-4)


Kita mungkin rasa teruja membaca kisah-kisah sejarah seperti ini. Perkhabaran Rasulullah mengenai sesuatu tempat dan apabila dikaji, wujud sungguh tempat ini. Tapi, banyak lagi perkhabaran Rasullulah mengenai perkara lain yang ramai orang tidak yakin.

Mengenai cara hidup yang dilagangkan, mengenai hukum hakam sesuatu. Ada orang yakin, tak nampak pula kebesarannya akhirnya ia membiarkan perkara itu tidak diamalkan.

Sesungguhnya, ramai orang yang membicarakan mengenai kisah-kisah hari kiamat, tanda-tandanya, tetapi tidak ramai orang yang menyediakan dirinya untuk ke sana. Mereka sentiasa lalai dengan dunia. Sedangkan semakin hari, kubur semakin merindui jasad kita untuk dimamahnya.

Semoga, kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki diri dan semoga Allah yang Maha Pengasih terus membimbing kita.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
12 Mei 09, jam 6.40 petang.
Highway ke Tel Aviv
Yafa ialah bandar lama tepi pantai. Ia sebelah Tel Aviv
Pintu masuk ke kota Lud. Tempat Dajjal akan dibunuh. Jauh tempat ini dari Jerusalem lebih kurang 45 km
Kawasan berbukit yang subur di kota Lud, kota yang berumur 2000 tahun
Ramlah, Kota baru yang dibina oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik dari kekhalifahan Umayyah.
Tanah subur di Ramlah.
#riz

TNB Akan Naikkan Tarif Walaupun Untung Besar!!

TNB Akan Naikkan Harga Tarif Sehingga 16% Tahun Depan.
TNB untung sampai berbillion-billion tiap-tiap tahun. Dari keuntungan ni, rasanya dah boleh rasionalkan keuntungan sedikit untuk menampung kos operasi yang DIKATANYA makin meningkat naik.

TNB pun tak selalu menyumbang kepada apa-apa pelaburan baik di Malaysia mahupun negara luar, jadi kos tampungan untuk kerugian dari pelaburan itu tak berapa ada sebenarnya. Jadi, kalau untung berbillion-billion pun, duit tu takkan disalurkan ke mana-mana.

Subsidi untuk tenaga elektrik pun masih dikekalkan, tidak berkurang langsung. Bukannya macam harga minyak mentah di mana kerajaan tak ambil keuntungan pun dari penjualan bahan tersebut.

Tapi, kerajaan masih umumkan kenaikan harga tarif elektrik sehingga 16% untuk penggunaan awam.
Setelah kenaikan surcaj air Pulau Pinang oleh kerajaan DAP sebanyak 100%. Kelantan dibawah kerajaan PAS juga turut menaikkan surcaj air dinegeri tersebut sebanyak 30% manakala kerajaan PKR selangor menaikkan cukai taksiran Kini kerajaan BN juga turut mengikut jejak langkah DAP, PKR dan PAS dalam iaitu menaikkan tariff elektrik pula.

Kadar tarif elektrik nampaknya telah diputuskan akan naik pada Januari 2014 walaupun TNB telah mencatatkan keuntungan yang berganda sebanyak RM4.61 Billion pada tahun 2013. Bukan sikit naiknya, banyak pula tu. Di semenanjung RM4.99/kwh dan di Sabah/Labuan masih boleh diterima akal sebanyak RM0.05/kwh. Walau apa jua alasan yang diberikan, sekarang bukan masa yang sesuai sebenarnya untuk menaikkan. Rakyat sangat terkejut hasil hasutan Penasihat PM iaitu Omar Ong dan Idris Jala ini.

Mesti nampak pelik kenapa untung tapi dengan tiba tiba tariff naik bukan? Sebenarnya ada individu individu yang meracun dengan memberi fakta ekonomi palsu dalam menasihat Perdana Menteri iaitu Omar Ong dan Idris Jala. Aku melihat kedua dua individu ini sebenarnya adalah pro-pembangkang kerana langkah langkah mereka hanya akan lagi menghancurkan kepimpinan Najib Razak.

Naik kadar tarif elektrik ini memang tak wajar memandangkan kita masih tak dapat lihat implikasi GST yang sebenar. Jadi tidak seharusnya kerajaan memutuskan untuk menaikkan kadar tariff elektrik sedangkan TNB mencatat keuntungan sebanyak RM4.61 Billion..Nampaknya memang betul lah Umno ingin terjun bangunan! Penasihat lahanat Omar Ong dan Idris Jala jangan sampai kena ludah di public nanti.

Sumbe Omar Ong,Idris Jala Penasihat PM:

Azab 10 Minit Ditoreh Suami.

AZAB 10 MINIT DITOREH SUAMI.

tetakSeremban: “Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.
Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.
Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.
“Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam.
Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, di sini.
#riz

Blouse Cantik Only RM45!!!!!!

====================
#RM45 FREE POS 1 MALAYSIA
====================
Komen SAYA NAK dan nombor kod digambar
SEBELUM KEHABISAN STOK!!!!!!
HARGA DI JAMIN TERMURAH DI MALAYSIA!
KUALITI GRADE TERBAIK.


Untuk Order
Call/SMS/Whatsapp – 012 606 6326
atau sms admint page : https://www.facebook.com/notes/zul-zie-textile/order-form/526078237468074


Penghantaran Menggunakan POS LAJU.
Tempoh Penghantaran 1-2 waktu bekerja

Jaminan Kedai Untuk Semua: WANG ANDA AKAN DI KEMBALIKAN 100% JIKA BARANG TIDAK SAMPAI!!!

PROMOSI KAIN ELA...

Promosi!! Promosi !! Promosi!! 

Kain Pasang English Cotton Bidang 60". Panjang 3.5 meter.

Merupakan produk yang laku keras di kedai kami bermula bulan November sehingga bulan April. Ia bulan terbaik berbisnes kain pasang.

Ada sesiapa di antara cikpuan yang mahukan harga kain pasang English Cotton harga Paling rendah dipasaran !!!!!!!!

PM kami untuk pertanyaan lanjut.

Tawaran ini HANYA untuk cikpuan yang SERIUS mahu mengembangkan bisnes sahaja. Kami bersedia membantu.