Monday, 9 December 2013

10 Jenis solat yang tidak diterima Allah.


Rasulullah saw bersabda : " Islam dibina di atas lima perkara ; bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah , menegakkan solat .... " ( HR Bukhari dan Muslim ) .

Sebagai seorang Muslim tentu sudah faham bahawa solat merupakan tiang agama. Oleh kerana itu, ketika muadzin mengumandangkan azan, kaum muslimin akan bergerak mendatangi rumah-rumah Allâh Ta'ala, mengambil air wudhu, kemudian berbaris di belakang imam mereka. Kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allâh Ta'ala dan begitu khusyuk menikmati solat sehingga imam mengucapkan salam. Selepas selesai berjemaah, masing-masing kembali pada aktivitinya.

Imam Hasan al - Bashri rahimahullâh pernah berkata: " Wahai anak manusia. Solat adalah perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika solat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum solat ".

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda: " Barang siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. " ( Tabyinul Mahaarim ).

Kemudian Rasulullah saw juga bersabda bahawa: " 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya :

1 . Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2 . Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3 . Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4 . Orang lelaki yang melarikan diri.

5 . Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya ( taubat ) .

6 . Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
#riz

7 . Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8 . Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9 . Orang-orang yang suka makan riba ' .

10 . Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. "

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : " Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah. " Hassan r . a berkata : " Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk .

No comments:

Post a Comment