Wednesday, 8 January 2014

Rahsia hilangkan stress ditempat kerja.



Kepada sesiapa yang setiap hari bekerja dengan menggunakan komputer, sudah tentunya otot-otot anggota tubuh badan akan lenguh atau penat di tambah pula dengan tekanan di tempat kerja. Ambil masa seketika untuk berehat dari menggunakan komputer dengan melakukan teknik yang di namakan komputer yoga. Ikuti rahsianya..



  • Langkah 1 : Gerakkan kepala anda ke kiri dan ke kanan untuk beberapa saat. Jangan berfikir tentang kerja. Relax.



  • Langkah 2 : Gerakkan kedua-dua bahu anda untuk menghilangkan stress. Gerakkan sekali dengan siku anda ke atas kiri dan kanan atau membuat pergerakan pada bahu sahaja.

  • Langkah 3 : Gerakkan kepala dan belakang anda ke kiri dan ke kanan seperti contoh gambar di atas.

  • Langkah 4 : Gerakkan kedua-dua kaki anda sambil tenangkan fikiran dan lupakan sekejap masalah kerja.

  • Langkah 5 : Buat urutan regangan di badan anda dari atas kepala, mata, telinga , hidung hingga ke kaki. Cuba buat urutan ini hingga anda merasa selesa. 

  • Langkah 6 : Gosok kedua-dua tapak tangan anda bersama-sama dan fikirkan perkara-perkara positif seperti apa yang anda ingin capai kejayaan dalam kerjaya anda.

  • Langkah 7 : Letakkan kedua-dua tangan anda di perut untuk beberapa saat dan tenangkan fikiran

Selamat mencuba....

5 Minuman sebagai penawar racun.


Berikut ialah 5 minuman yang bertindak sebagai penawar racun utama dalam tubuh kita. Sama-sama kita amalkan.



1. Air Kosong



Dr Poonam Rathod, pakar kesihatan, berkata, pengambilan air kosong secara teratur mengikut keperluan tubuh mampu membersihkan sistem pencernaan, serta menghilangkan racun dan sisa-sisa makanan yang melekat di usus. Ini membuat tubuh dan perut bersih dari sisa makanan. Selain itu, air kosong juga dikatakan dapat melambatkan sel kanser untuk merebak.


2. Air Kelapa Segar



Cecair ini boleh mendetoksifikasi tubuh secara semulajadi. Selain membersihkan saluran pencernaan, minum air kelapa akan meningkatkan kekebalan tubuh dan bermanfaat menjaga tubuh tetap terhidrasi dengan baik.


3. Jus Labu



Jus labu adalah ubat semulajadi yang sangat baik bagi mereka yang pesakit masalah pencernaan dan keasidan. "Ini kerana sifat alkali-nya. Serat dalam sebotol jus labu juga menyembuhkan masalah pencernaan, "kata Dr Rathod.


4. Teh Hijau



Teh hijau adalah merupakan antioksidan semulajadi yang mengandungi polifenol, sehingga membantu meregulasi glukosa dalam darah. "Polyphenol menghalang pergerakan glukosa ke dalam sel-sel lemak, dan mencegah mereka memasuki aliran darah," jelas Dr Rathod.


5. Jus Oren







Adalah sumber vitamin C, yang dikenali untuk meningkatkan imuniti. Oren kaya dengan flavonoid, antioksidan, yang melindungi sistem imun manusia dengan bertindak terhadap kuman dan bakteria yang menyebabkan penyakit.

Untuk tips, minum detox ini akan lebih baik jika diambil sebelum sarapan pagi. Dengan cara ini, proses detoksifikasi akan berlaku dengan baik dan anda dapat merasakan manfaat kesihatan.
#riz

TRADISI PELIK - Hanya gadis dara dan payudara bersaiz C dibenarkan petik teh.


Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail , setelah dipetik dengan bibir , daun teh dari pergunungan yang subur di wilayah Gushi , pucuk teh ini dimasukkan ke dalam mulut . Baru kemudian diletakkan di bakul kecil yang terletak di celah dada mereka yang disebut Chaliuqing .


Proses memetik daun teh ini berdasarkan legenda yang masih dipercayai di China . Legenda menyebut , daun teh harus dipetik pelbagai cara dengan mulut mereka . t .

Untuk memelihara legenda ini , syarikat teh di China mengupah gadis - gadis cantik dengan bayaran  £ 50 per hari . Gadis - gadis pemetik teh harus memenuhi beberapa kriteria . Selain mempunyai saiz bra minimum C , mereka harus masih perawan dan tidak ada bekas luka di tubuhnya . Kriteria ini diyakini dapat meningkatkan kesegaran dan kesucian teh .

Menurut syarikat Lip Tea , pengambilan pemetik teh sangat ketat . Syarikat mencari gadis yang paling bersih , kuat , dan suci sebagai kunci kejayaan pengeluaran teh . Mereka harus membersihkan diri sebelum mula bekerja .

Mereka juga perlu mendapatkan latihan khusus untuk melatih bibir dan leher . Ini adalah pekerjaan yang jauh lebih sukar daripada yang terlihat ,kata Li Yong , jurucakap pekerbunan Jiuhua , tempat pemetikan teh . 

Syarikat teh mendakwa bahawa teh unik ini mempunyai aroma dan rasa yang menyegarkan , serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit termasuk membantu menurunkan berat badan . 

Beberapa abad lalu , para penjual teh China berinovasi dengan menyimpan teh di letak dicelah payudara gadis berusia 16 tahun . Mereka membiarkan teh disimpan di sana selama para gadis tidur . Esok harinya , teh akan mempunyai aroma dara yang berkhasiat untuk kesihatan dan kesejahteraan .





Wajah baru perodua Alza edisi 2014


Perodua dengan strategi pemasaran mereka akan melancarkan Alza dengna wajah baharu. 10 Januari ini dikatakan tarikh keramat untuk pelancaran Alza baharu.


Koleksi gambar di bawah ini adalah untuk model Alza versi Advance:



Model berwajah baharu ini nampak lebih sporty daripada tahun lepas. Diharapkan Perodua dapat menyediakan juga beberapa warna baharu untuk model 2014 ini.

INFO - Tips keselamatan perbankan di internet
























Ada yang sanggup menunggu berjam-jam menunggu no giliran untuk urusan perbankan samaada untuk membayar bil ataupun pinjaman. Golongan sebegini sememangnya ada dan kami juga dahulunya begitu. Sebenarnya kelebihan perbankan online ini dapat menjimatkan masa dan tenaga. Tak perlu tunggu lama-lama untuk membuat transaksi, hanya menunggu beberapa minit untuk menyelesaikan pembayaran tersebut tanpa keluar dari rumah.

Bahaya Menggunakan Rangkaian WiFi ditempat awam

Menggunakan rangkaian Wifi untuk melakukan perbankan internet adalah tidak selamat. Ini disebabkan anda berkongsi rangkaian dengan orang lain. Banyak teknik yang dilakukan penggodam dalam rangkaian untuk mencuri kata laluan anda seperti teknik Man In The Middle Attack (MITM) dan lain-lain.

Bahaya Menggunakan Komputer Awam di Cafe Cyber

Anda tidak digalakkan melakukan transaksi perbankan internet di Cafe Cyber. Apa yang perlu dibimbangkan adalah jika Cafe Cyber tersebut memasang perisian Keylogger, dimana setiap apa aktiviti anda akan dirakam untuk tujuan tidak baik.

Anda juga perlu berhati-hati menggunakan komputer yang dipinjam dari orang lain. Adalah lebih selamat jika anda melakukan perbankan internet menggunakan komputer sendiri dan menggunakan sambungan Internet peribadi. Jangan lupa membuang cookies atau browser cache setiap kali sesi.

Login Ke Akaun Bank Melalui Link Yang Di berikan Dalam Email

Perhatian! Pihak bank tidak akan sesekali menghantar email kepada anda. Pihak bank selalunya akan menghantar surat berdaftar dan meminta anda ke bank berdekatan dan bukannya melalui email.

Jika anda menerima email daripada pihak bank anda yang menyuruh anda mengemaskinikan maklumat akaun anda dan meminta anda klik pada link yang diberikan di dalam email tersebut. JANGAN KLIK!. Ia sebenarnya adalah email palsu atau cubaan mencuri identiti anda seperti username dan password perbankan internet anda.

contoh

Taip Secara Manual Website Adress Bank Di Web Browser Anda

Sentiasa taip secara manual di browser www.maybank2u.com.my untuk mengakes Maybank2u atau menaip www.cimbclicks.com.my untuk mengakses Cimbclicks. Jika anda malas untuk menaip di web browser dan menggunakan search engine seperti Google dan Yahoo untul log in, sila pastikan alamat website itu betul.

Jangan Dedahkan Username & Password Anda

Username dan password anda hendaklah dirahsiakan. Hafalkannya dan elakkan ianya daripada ditulis walau di mana sekalipun. Selalu menukar kata laluan atau nombor PIN anda dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka dengan tepat seperti nama atau tarikh lahir.

Namun, kini bank menggunakan system TAC iaitu Transaction Authorization Code dimana pemilik perlu mendaftar nombor telefon bimbit mereka di mesin ATM terlebih dahulu. Sebelum membuat sebarang transaksi online, kita perlu meminta nombor TAC terlebih dahulu. Nombor ini akan disms ke telefon bimbit anda. Ia adalah angka 6 digit. Transaksi tidak dapat dilakukan jika tiada nombor TAC ini. Jadi jangan serahkan telefon bimbit anda kepada sesiapa yang mengetahui maklumat perbankan internet anda.

Lindungi Komputer Anda Daripada Virus Dan Program Perosak

Aktifkan Firewall dan pasangkan perisian Antivirus yang boleh dipercayai. Jika anda menggunakan OS Windows dan inginkan perisian Antivirus percuma yang tidak kurang hebatnya, kami mencadangkan anda muatturun Microsoft Security Essentials. Ia memberikan perlindungan dari virus dan spyware, termasuk Trojans, worms dan software berbahaya lainnya. Anda juga hendaklah memastikan perisian Antrivirus dan Web Browser sentiasa di kemaskini untuk mendapatkan ciri-ciri perlindungan terbaru.

Berhati-hati Apabila Muatturun Sebarang Perisian

Jangan memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang anda ketahui atau memasuki pautan yang dihantar oleh seseorang yang tidak anda kenali.

Pembukaan fail sedemikian boleh mendedahkan sistem anda kepada virus komputer yang boleh mencuri maklumat peribadi anda, termasuk kata laluan atau nombor PIN anda. Apabila anda menerima sesuatu program atau lampiran, periksalah ia dengan program Anvirus yang terkini untuk memastikan bahawa ia tidak mengandungi virus yang boleh menyerang komputer peribadi anda.

Log Out Selepas Guna

Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan Internet anda, pastikan anda log keluar. Padamkan browser cache selepas log keluar daripada laman web untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun anda. Ini adalah penting untuk mengelakkan maklumat yang tersimpan daripada diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.