Kepada sesiapa yang setiap hari bekerja dengan menggunakan komputer, sudah tentunya otot-otot anggota tubuh badan akan lenguh atau penat di tambah pula dengan tekanan di tempat kerja. Ambil masa seketika untuk berehat dari menggunakan komputer dengan melakukan teknik yang di namakan komputer yoga. Ikuti rahsianya..
- Langkah 1 : Gerakkan kepala anda ke kiri dan ke kanan untuk beberapa saat. Jangan berfikir tentang kerja. Relax.
- Langkah 2 : Gerakkan kedua-dua bahu anda untuk menghilangkan stress. Gerakkan sekali dengan siku anda ke atas kiri dan kanan atau membuat pergerakan pada bahu sahaja.
- Langkah 3 : Gerakkan kepala dan belakang anda ke kiri dan ke kanan seperti contoh gambar di atas.
- Langkah 4 : Gerakkan kedua-dua kaki anda sambil tenangkan fikiran dan lupakan sekejap masalah kerja.
- Langkah 5 : Buat urutan regangan di badan anda dari atas kepala, mata, telinga , hidung hingga ke kaki. Cuba buat urutan ini hingga anda merasa selesa.
No comments:
Post a Comment