Wednesday, 15 January 2014

Injil ramal kedatangan Nabi Muhammad cetus minat Vatican


KUALA LUMPUR: Injil Barnabas, versi Injil yang dipercayai meramalkan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. di dunia telah mencetuskan minat mendalam di kalangan pemuka Vatican.
The Muslim Timesmelaporkan, Pope Benedict XVI didakwa mahu melihat kitab berusia 1,500 tahun itu yang dipercayai sebagai Injil menurut Barnabas (Gospel of Barnabas) yang disembunyikan penemuannya oleh pemerintah Turki sejak 12 tahun lalu.
Injil yang ditulis di atas kulit binatang itu ditemui polis Turki semasa operasi antipenyeludupan pada tahun 2000.
Buku besar (tome) dianggar bernilai 14 juta pound sterling itu ditulis dengan dakwat emas menggunakan bahasa Aramaic.
Ia dikatakan mengandungi ajaran-ajaran awal agama Nasrani dan ramalan kedatangan nabi akan datang. 

No comments:

Post a Comment