Wednesday, 22 January 2014

Melawat istana presiden termiskin di dunia

(13 Gambar)

Istana yang terletak di Harare, Zimbabwe ini ialah kepunyaan presiden Zimbabwe iaitu Robert Mugabe Apa yang pelik ialah, Zimbabwe merupakan diantara negara termiskin di dunia. Purata umur kematian ialah 37 tahun bagi lelaki, dan 34 tahun bagi wanita dan merupakan paling rendah di dunia. 

1.8 juta penduduka Zimbabwe menghidap HIV dan tidak menerima sebarang rawatan. Kadar inflasi di negara Zimbabwe ialah sebanyak 231,000,000%. Harga minyak meningkat dua kali ganda setiap 1.3 hari. 80% penduduk tidak mempunyai pekerjaan. Selain itu, rasuah juga berleluasa di kalangan ahli politik di Zimbabwe dan mengabaikan keperluan penduduk mereka. Akibat sikap tidak peduli kerajaan zimbabwe, 60% daripada hidupan liar di sana telah mati.

Yang paling menyedihkan, dengan keadaan rakyat yang begitu miskin, kerajaan langsung tidak ambil peduli dan Presiden mereka membina sebuah istana yang bernilai 3.75 Juta Pound.

























No comments:

Post a Comment