Pernahkah anda makan dan minum secara berdiri di dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang berkata YA atau TIDAK sambil tersenyum dengan seribu makna. Kini, perbuatan makan dan minum secara berdiriini agak biasa dan menjadi BUDAYA di kalangan masyarakat. Tahukah anda terdapatlarangan makan dan minum di dalam Islam? Terdapat segelintir golongan dalam masyarakat tidak mengambil kisah perbuatan ini, malahan larangan ini dipandang sepi dan dikritik oleh mereka. Islam adalah sebuah agama yanglengkap (syumul)dalam memberikan panduan dan adab di mana ia meliputi semua tatacara kehidupan manusia. Misalnya, adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum dan makan.
Biologikal Manusia
Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal
Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger.SFINGER adalah suatu struktur berotot(muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney). Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing. Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan(sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya. Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.
Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Islam
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perihal tegahan perbuatan minum secara berdiri yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Di antara petikan hadis yang masyhor;
“Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri,Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan? Beliau menjawab; “Itu kebih buruk lagi.”(Riwayat : Muslim dan Turmidzi)“Bersabda Nabi Muhammad S.A.W dari Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!”(Riwayat : Muslim)
Manakala terdapat sebuah hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W dudukbertongkatkan lutut semasa makan seperti di dalam petikan hadis berikut;
“Diriwayatkan ketika Rasulullah S.A.W di rumah Aisyah R.A. sedang makan daging yang dikeringkan di atas lutut talam sambil dudukbertongkatkan , tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah S.A.W duduk sedemikian itu lalu berkata; “Lihatlah orang itu duduk seperti budak. Maka dijawab oleh Rasulullah S.A.W; “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah S.A.W mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun dudukbertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya; “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan.”(Riwayat : Bukhari)
Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Sains
Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan bernama Dr.Abdul Razzak Al-Kailani berkaitan tindakbalas terhadap makan dan minum secara berdiritelah merumuskan;
“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.
Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman
Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang membuat kajian terhadapsistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;
“Apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itududuk. Ini kerana apabila duduk maka sistem saraf dan sistem ototdalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.
Kesimpulan
Para Fuqaha’ telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini. Namun begitu, para Fuqaha’ lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang berkata:
“Aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri“
Dalam sahih Bukhari, hadis daripada Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal, dia berkata:
“Ali bin Abi Tholib datang ke “bab al-Ruhba” dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata “ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda S.A.W minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)”
Kesimpulan yang dapat diambil daripada perbincangan di atas memberikan kita penjelasan kepada kita bahawa terdapat dua pandangan berkaitan isu ini. Pertama, jika terdapat hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri secara konsisten memberikan signifikasi bahawa perbuatan makan dan minum secara berdiri adalah tidak digalakkan. Kedua, jika terdapat hadis yang membenarkan perbuatan makan dan minum sambil berdiri pula ia memberikan pengertian bahawa bukanlah dosa (cuma perbuatan itu tak digalakkan). Pandapat ini disokong oleh ulamak seperti at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.
Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia memberikan banyak faedah kepada manusia
Akhir kalam, kedua-dua pilihan ini (makan atau minum secara berdiri atau duduk) adalahdibenarkan tanpa larangan/ tanpa makruh (bi duun kiraha). Namun begitu, PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SAMBIL DUDUK ADALAH LEBIH AFDAL kerana Rasulullah S.A.W melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding perbuatan berdiri.
No comments:
Post a Comment