Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Wednesday, 22 January 2014

Sikap isteri penyejuk hati suami.


khas buat para isteri.. jom kita ketahui apakah 12 sikap yang boleh kita sejukkan hati suami :)


1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.

2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami.

3. Suka memberi perhatian kepada suami. Perhatian tersebut akan membuat seorang
    suami merasa nyaman.

4. Menerima sekecil apapun pemberian suami dan menghargai pemberian tesebut.


5. Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum mampu dia penuhi.

6. Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika
    berbicara kepada suami.

7. Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami selagi bukan menyuruh pada
    hal-hal kemaksiatan.

8. Suka menemani suami diwaktu makan maka seorang suami akan merasakan bahagia bersama.

9. Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami.

10. Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Kerana biasanya seorang
      suami tidak menyukainya.

11. Suka menghibur hati suami ketika dia dalam suasana bersedih.

12. Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada
      hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya

Monday, 20 January 2014

CRIME ALERT - Tunjuk, henti,samun

CRIME ALERT: Tunjuk, Henti & Samun
CRIME ALERT: Tunjuk, Henti & Samun

Baru-baru ini telah dikesan taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya. 

Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut:

• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.

• Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.

• Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.

• Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.

• Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.

NASIHAT

1. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen minyak Petron. 

2. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.

4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.

5. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.

dari Pandu laju tanpa silau
Baru-baru ini telah dikesan taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya. 

Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut:

• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.

• Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.

• Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.

• Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.

• Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.

NASIHAT

1. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen minyak Petron.

2. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.

4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.

5. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.

dari Pandu laju tanpa silau

Rahsia kenapa rasullulah melarang perbuatan makan dan minum secara berdiri


Pernahkah anda makan dan minum secara berdiri di dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang berkata YA atau TIDAK sambil tersenyum dengan seribu makna. Kini, perbuatan makan dan minum secara berdiriini agak biasa dan menjadi BUDAYA di kalangan masyarakat. Tahukah anda terdapatlarangan makan dan minum di dalam Islam? Terdapat segelintir golongan dalam masyarakat tidak mengambil kisah perbuatan ini, malahan larangan ini dipandang sepi dan dikritik oleh mereka. Islam adalah sebuah agama yanglengkap (syumul)dalam memberikan panduan dan adab di mana ia meliputi semua tatacara kehidupan manusia. Misalnya, adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum dan makan.
Biologikal Manusia
ureter
Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal
Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger.SFINGER adalah suatu struktur berotot(muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney). Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing. Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan(sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya. Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.
Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Islam
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perihal tegahan perbuatan minum secara berdiri yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Di antara petikan hadis yang masyhor;
“Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri,Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan? Beliau menjawab; “Itu kebih buruk lagi.”
(Riwayat : Muslim dan Turmidzi)
“Bersabda Nabi Muhammad S.A.W dari Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!”
(Riwayat :  Muslim)
Manakala terdapat sebuah hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W dudukbertongkatkan lutut semasa makan seperti di dalam petikan hadis berikut;
“Diriwayatkan ketika Rasulullah S.A.W di rumah Aisyah R.A. sedang makan daging yang dikeringkan di atas lutut talam sambil dudukbertongkatkan , tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah S.A.W duduk sedemikian itu lalu berkata; “Lihatlah orang itu duduk seperti budak. Maka dijawab oleh Rasulullah S.A.W; “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah S.A.W mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun dudukbertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya; “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan.”
(Riwayat : Bukhari)
Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Sains
Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan bernama Dr.Abdul Razzak Al-Kailani berkaitan tindakbalas terhadap makan dan minum secara berdiritelah merumuskan;
“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.
Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman
Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman
Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang membuat kajian terhadapsistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;
“Apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itududuk. Ini kerana apabila duduk maka sistem saraf dan sistem ototdalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.
Kesimpulan
Para Fuqaha’ telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini. Namun begitu, para Fuqaha’ lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang berkata:
“Aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri“
Dalam sahih Bukhari, hadis daripada Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal, dia berkata:
“Ali bin Abi Tholib datang ke “bab al-Ruhba” dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata “ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda S.A.W minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)”
Kesimpulan yang dapat diambil daripada perbincangan di atas memberikan kita penjelasan kepada kita bahawa terdapat dua pandangan berkaitan isu ini. Pertama, jika terdapat hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri secara konsisten memberikan signifikasi bahawa perbuatan makan dan minum secara berdiri adalah tidak digalakkan. Kedua, jika terdapat  hadis yang membenarkan perbuatan makan dan minum sambil berdiri pula ia memberikan pengertian bahawa bukanlah dosa (cuma perbuatan itu tak digalakkan). Pandapat ini disokong oleh ulamak seperti at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.
Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia mempunyai banyak faedah
Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia memberikan banyak faedah kepada manusia
Akhir kalam, kedua-dua pilihan ini (makan atau minum secara berdiri atau duduk) adalahdibenarkan tanpa larangan/ tanpa makruh (bi duun kiraha). Namun begitu, PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SAMBIL DUDUK ADALAH LEBIH AFDAL kerana Rasulullah S.A.W melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding perbuatan berdiri.

Akibat sombong dan angkuh terhadap allah SAW.

Akibat Sombong Dan Angkuh dengan ALLAH SWT-*

-Orang yang membina kapal Titanic ditanya, Sejauh manakah selamatnya kapal Titanic ini? Dengan nada yang ironis, dia berkata “Tidak ada Tuhan yang boleh tenggelamkan kapal ini”
& Kita semua tahu apa yang berlaku kepada Titanic!

-Presiden Brazil Tancredo Neves semasa kempen pilihan raya berkata beliau mendapat 500,000 undi daripada parti itu dan berkata tidak ada Tuhan yang boleh menjatuhkannya dari jawatan presiden.
Beliau mendapat undi tetapi dia jatuh sakit dan meninggal dunia sehari sebelum menjadi presiden!

-Cazuza, penyanyi Brazil & penyair, semasa persembahan beliau merokok dan menghembuskan asap rokok tersebut sambil berkata”Tuhan ini untuk anda”
Beliau meninggal dunia pada usia 32 akibat Kanser paru-paru dengan cara yang mengerikan!

Dalam surah (Al-Isra 17:37) ada menyebut :-
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.

Friday, 17 January 2014

10 Nasihat untuk orang bercinta.....

10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA.

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 憇i dia?

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin 憇i dia?bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik 憇i dia?

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu

Wednesday, 15 January 2014

AWAS PENCINTA MAKSIAT!!! 5 maksiat yang disegerakan balasannya.


Lima Maksiat yang Disegerakan Balasannya


Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda;"Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu.Perkara-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".

(H.R Ibnu Majah)

Keterangan

Hadis di atas menerangkan bahawa:

1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.

2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.

4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Monday, 13 January 2014

Bahasa kesat/kasar yang selalu digunakan pada masa kini.












Sedar tak sedar dari perbualan harian kita, bahasa kasar telah dilembutkan sebenarnya dari perkataan kasar yang boleh mendapat penumbuk kat muka kita.Perkataan- perkataan ini biasanya digunakan oleh remaja dan golongan yang tak berapa nak remaja. 

SIOT:
Siot adalah dari perkataan bodoh ataupun sialan. Mana lagi lembut "Siot la kau ni,janji pukul 2 sampai pukul 5" berbanding " Kau ni memang b*d*! Janji pukul 2 datang pukul 5".

KLEPET/REMBAT:
Dari perkataan curi/rompak. Contoh ayat: Kau kelepet artikel dari blog isuhangat? berbanding Kau curi artikel dari blog isuhangat?

SEKODENG:
Dari perkataan mengintai/mengendap . Contoh ayat: "Jom sekodeng anak Pak Ali". Mana lebih lembut dari "Jom mengendap anak Pak Ali".

HAMPEH:
Dari perkataan tidak berguna. Mana lebih menyirap? "Kau ni memang hampeh! " berbanding "Kau ni memang tak berguna!"

KELENTONG
Dari perkataan menipu. "Alah kau ni memang kaki kelentong" berbanding "Alah kau! ni memang penipu"

WAK LU:
Ini gurauan yang agak kasar sebenarnya dari perkataan bapak kau. Mau kena penerajang kalau berkata "Bapak Kau!" berbanding perkataan "Wak lu!"

SIOL:
sama jugak maksud mcm siot....

KEWAK:
maksudnye adalah pu**ma*...kalo kite ckp 'kewak la ko' adalah lagi lembut berbanding 'pu**ma* la ko'..

BATAK :
lebih kpd jakun @ rakun...kehkehkeh..."batak tahap gaban tul la..ko ni fizie" Cth....jgn mare...kehkehkeh....

Cipanos :
Huh..kata ganti kpd babinos....so..jgn gne selalu ayat ni...pasti muka korg akan kne nos nnt....warwarwar....

Gampang : kata ganti diri utk melempang @ pelempang....."hari2 radinnaz gampang icu..." huh...sungguh kejam ayat tu....kuikuikui

CEREMPIT (sifat2 OKU dan tak cukup sifat yg suka kutuk2 n ngata2 kat belakang)
cth: ish2... ramai betul budak2 cerempit skrg ni ye..... mcm ada sorang kuli aku tu dah jadik budak cerempit.. baru masuk keja dan pandai nk demand gaji tinggi...keja buat2 ala2 kadar jek

BOTOL (b*d*h tolol)
cth: mmg botol la mamat tu.... aku suh buat lain dia buat lain.... ada ke buat air sirap dia letak sos cili.... aku kata jus SIRAP...... bukan jus SOS CILI.... itu sowang lagi kuli aku yg sll gitu

HAPRAK (ada kepala mcm ok tp tp tak leh pakai punye)
cth: haprak betul la makhluk sekor ni, muka je nampak brutal.. pastu ckp bgai nak gah je tp bila ada filem hindustan ...... tang part sedih tu siap nangis2 lagi tersedu sedan... siap meleleh2 hingus tu.... kata aku yg lebih...dia pun lagi lebey..... ni pun sowang lagi kuli aku...

CEKLETO'EH Cekleto'eh ada satu perkataan dari Nairobi, Africa merupakan perkataan PALING UNIVERSAL sekali kerana ia boleh digunapakai di beberapa ayat dan tempat...

contoh :-

Nak makan-
"Jom kita cekleto'eh nasik goreng... lapor ni"

Mencuri :-
"Seekor tenggiling rempit telah mencekleto'eh motor mat rempit lain.."

Menipu :-
"Ko jangan nak cekleto'eh aku. Semalam aku tengok kat lorong, harga gab RM10 je semalam"

Berak :-
"Apaaa makkk??? Orang dalam jamban ni...tengah cekleto'eh" kata Fizie yang tengah berak dalam bilik tidurnya sambil ditemani sliparjepun.

Bahasa Office :-
"Setelah syarikat mengalami peningkatan cekleto'eh, kapasiti cekleto'eh didalam gudang akan meningkatkan kadar sifar cekleto'eh"

Seks suami isteri :-
"Aku nak balik awal ni, nak cekleto'eh bini.."

BINGAI
utk ssorg yg b*d*h, xphm bahase @ org pggl wt xtau / wt b*d*h...
(hanya grau2an bdk skula)

SUWEI
srg yg btl2 bengong or wt2 bengong...
(hanya grau2an bdak skola)

sengal
haku pon tatau maknanya camana... tapi kalau ditunjukkan pada seseorg, gerenti org tu bertaraf tak guna...

cap ayam/cikai...
low class punya brg.....

harun salim ...... hamjadah...

BADIGOL SOOT=org2 yg perangai cam hampeh,xleh diarap,soh wat len tp die wat mende len,perasan hensem(bg laki2),bla..bla..bla..bla..

HABANGJAKANGSUK=harimau kumbang jatoh longkang...eeeee...busuk!!!!

SUNCAHTOT=suntut sampai pecah lubang bontot

TEJUJU=terajang laju2

TAMYAKCUK=tamparan ketiak bucuk

KUTAK=kuli batak
cth ayat:

Radinnaz:Ko ni BADIGOL SOOT btol la Cleaner.Aku sumpah ko jd SOOT BADIGOL bru ko tau!

Cleaner:Ye boss..hambe akui hambe ni mmg BADIGOL SOOT.Tp SOOT BADIGOL tu da lebey...hambe truz jd marah. Ni yg hambe rs cam nak btukar jd HABANGJAKANGSUK ni.

Radinnaz: a-eh,lawan toke lak ko ye??Nak kene SUNCAHTOT ke ko ni??Ke ko nak keneTEJUJU gn aku??

Cleaner:boss kire boss pye SUNCAHTOT gn TEJUJU je..hambe punye TAMYAKCUK boss xrase g..lg sedap dr ABC kt kdai kite ni

Radinnaz:Eh,bile mase lak kite kd shepatner ni??Igt,ko tu KUTAK aku je..Dah,g basoh jamban kt blakang tu..da bau ketiak Mr Rie da jamban aku tu..

Cleaner: Jamban boss??hemoh2!

sewel = sengal
ko nih 'sewel' la cuci tandas...

cak'ekg = gempak
abe fiziekal nih 'cak'ekg' la...

spenda = lurus bendul
ko nih amatlah 'spenda' cuci tandas. cube la jadi mcm abe fiziekal iaitu org yg baik2 belaka...

lantoi = celaka
mengapala si cuci tandas nih amatlah lantoi perangainye...


p/s : Mungkin lain tempat lain terjemahannya... jika ada yang salah, sila betulkan di ruangan komen yer..