Monday, 6 January 2014

Restoran khas untuk anjing dan kucing?


Ibu Kota Berlin, Jerman, kini mempunyai restoran pertama khas untuk anjing dan kucing bernama Pets Deli. Restoran ini terletak di kawasan Gruenewald.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, harga makanan anjing dan kucing di restoran ini sekitar €3 hingga €6. Di restoran ini terdapat menu daging, itik, atau daging kanggaru dicampur brokoli atau telur ikan. Menu-menu itu sudah diperiksa oleh pakar pemakanan.

Menu-menu di restoran ini boleh membuat anjing dan kucing menitiskan air liur.

Para majikan anjing dan kucing yang datang ke restoran itu juga boleh menikmati kopi dan berehat sambil menunggu hidangan disajikan bagi haiwan kesayangan mereka. Makanan di restoran ini juga boleh dibawa pulang.

Pemilik restoran, David Spanier, 31, mengaku membuka restoran ini kerana pengalaman temannya yang tidak dapat memberi makanan yang sesuai dari pasar raya bagi haiwan peliharaannya.


No comments:

Post a Comment