Thursday 27 February 2014

BAJU KURUNG COTTON BALDU DESIGN TERKINI SERTA KAIN ELA COTTON BALDU.


Baju kurung moden Cotton Baldu Design Terbaru.
kain cotton Baldu....kain Duyung
Size XS,S,M,L,XL , sama dlm Gambar ..pelbagai
warna(kuning,coklat,ungu,merah,hijau) pelbagai corak
bunga baldu dan tanpa berbatu.
Untuk yang baru mengenali koleksi Baju Cotton
Baldu ini merupakan material
cotton baldu.

Kesemua corak dan warna memang menyerlah
berkelipan cantik apabila digayakan

Original Price: RM149.00
Offer Price: RM80.00
X termasuk poslaju
Jika berminat sila hubungi di
0126066326 whatsapp / sms / call / Line / Viber/ WeChat

Jaminan 100% Wang Anda Dikembalikan 

Boleh lihat juga di Mudah.my
http://www.mudah.my/zul--zie-textiles
http://www.mudah.my/gaiyyahannacollection






Kain Pasang / Kain Ela
Cotton Baldu
ukuran Kain 4m x bidang 45" . Pelbagai warna, pelbagai corak yg cantik2
Untuk yang baru mengenali koleksi Cotton Baldu

Kesemua corak dan warna memang menyerlah dan cantik apabila digayakan

Original Price: RM99.00
Diskaun Lebih 49%
Offer Price: RM50.00
xtermasuk poslaju
Jika berminat sila hubungi di
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line) atau

Kain Ela Cotton baldu 003  - Image
Kain Ela Cotton Baldu 001  - Image
Kain Ela Cotton
 Baldu 002  - Image
#PM kami untuk mendapatkan warna2 pilihan anda. TQ.

BAJU KURUNG DIGITAL PRINTED 6D

Baju Kurung Digital Printed 6D
Hot Sale !!!!!!!!!! Baju Kurung Biasa / Modern , Jenis Kain Digital Printed 6 D Berbatu Dan Tidak Berbatu . cantik dan Sesuai Dipakai Untuk Ke Pejabat.
Pelbagai corak yang cantik-cantik , pelbagai warna dan corak dan pelbagai saiz....mari pilih dihttps://www.facebook.com/pages/ZUL-ZIE-Textile/481504835258748
dan di Mudah.my http://www.mudah.my/zul--zie-textiles
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
#PM kami laju laju untuk mendapatkan harga bOOm!!!












Atau Click Di Sini Untuk Mendapatkan Lebih Banyak Gambar Dan Lebih Jelas.zwani.com myspace graphic comments


https://www.facebook.com/media/set/?set=a.616327198443177.1073741871.481504835258748&type=3

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA... dan BAGAIMANA PULAK PELUKAN SUAMI TU BOLEH BUAT ISTERI KURUS?




✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami.....

1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

ISU AIR - Korban Keegoan Demi Kepentingan Rakyat.

Terima Kasih Ds Najib, Terima Kasih Ts Khalid.
Kisah ini cukup lama jadi isu di negeri Selangor, iaitu kedegilan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan arahan pembangunan untuk kerajaan Pusat bina Loji Air Langat 2.
Sampai satu peringkat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah bagi amaran nak buat juga loji tersebut walaupun Selangor tidak setuju.
Sultan Selangor sendiri pernah bertitah supaya kerajaan negeri utamakan kepentingan rakyat. Tapi Khalid buat selamba saja, bagi macam-macam alasan termasuk kononnya guna air lombong yang banyak di Selangor lebih jimat dari buat loji Langat 2.
Kini kesan dari penanguhan projek tersebut mula dirasai di Lembah Klang berikutan kekurangan air ekoran musim kemarau, dan Khalid yang selama ini bermegah konon air di Selangor cukup sampai 2019 terpaksa laksanakan catuan air.
                                             Najib Razak bersalaman dengan Khalid Ibrahim setelah selesai majlis                                                                                                                                menandatangani memorandum persefahaman untuk                                                                                                                                                       mengatasi masaalah air di selangor.
     Mungkin bahang dari krisis tersebut, menyebabkan kerajaan Selangor mula mengalah, pada Rabu, di Putrajaya, Khalid dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili yang mewakili kerajaan pusat memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penstrukturan semula industri air Selangor.
Mjalis yang disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara lain memberi laluan kepada pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu.
Kerajaan Selangor telah mengeluarkan arahan pembangunan bagi membolehkan logi tersebut dibina sekaligus membolehkan air disalurkan dari Pahang ke Lembah Klang apabila siap kelak.
Sementara itu, kerajaan Selangor akan mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan melibatkan kos sebanyak RM9.6 bilion.
Khalid berkata, pengambilalihan itu akan dilakukan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad dan dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan.
Empat syarikat konsesi berkenaan ialah Puncak Niaga Sdn. Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd.-26/2/2014
langat2513

                             Sementara Itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak dimaklumkan berkenaan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandangani Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berhubung isu air di Selangor.
Ketua Pembangkang itu berkata Khalid memaklumkan beliau daripada masa ke semasa berkenaan rundingan antara kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat berhubung perkara itu, tetapi butir terperinci berkenaan perjanjian berkenaan tidak dimaklumkan kepadanya.
"Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini, Khalid maklumkan kepada saya daripada masa ke semasa.
"Tetapi tidak yang terakhir ini. Saya tidak tahu," katanya ketika ditemui pemberita dalam program "Sepetang Bersama Anwar Ibrahim" di Kajang, lewat petang tadi.
Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian MoU dengan KeTTHA berhubung pemilikan konsesi air di Selangor awal hari ini.
Perdana Menter,i Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan antara Khalid dan Datuk Seri Maximus Ongkili di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
"Khalid baru beri gambaran. Pada dasar kita mahu penyelesaian segera. Tetapi saya tidak mahu ulas, beliau baru bagi gambaran umum. Bila beliau beri secara terperinci saya boleh ulas," kata Anwar kepada pemberita.
"Secara prinsipnya kita bersetuju (kerana) dapat selesaikan masalah air dengan segera," kata calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu lagi.
Khalid menandatangani MoU berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi.
Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.
Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.
Maklumat yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar Selangor itu turut menyatakan, melalui pengambilalihan ini, diharap mampu menyelesaikan masalah air kerana kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan dan tenaga kerja berpengalaman di samping pengurusan air yang lebih cekap dan mantap. Berdasarkan kenyataan bersama yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dan kementerian berkenaan petang tadi, Loji Langat 2 akan diteruskan pembinaannya dalam tempoh 30 hari selepas MoU berkenaan ditandatangani.
"Kerajaan Persekutuan juga bersetuju menjadi pemudah cara bagi kerajaan negeri Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri melalui Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 dan mana undang-undang terpakai.
"Sebagai balasan, kerajaan negeri pula akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya berkuatkuasa hari ini.

"Dan kita akan memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkait pembangunan projek Langat 2 diluluskan dalam masa 30 hari daripada tarikh memorandum ini ditandangani," kata kenyataan tersebut.                   

15 Anugerah Allah Pada Wanita Tetapi Tidak Pada Lelaki






1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Siratul Mustaqim.

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

SUBHANALLAH! - INILAH BUQA'AWIYYA SAHABAT NABI YANG MASIH HIDUP HINGGA KINI


Buqa'awiyya adalah sahabat Nabi Muhammad SAW dan memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Buqa'awiyya adalah sebatang pokok yang dikatakan pernah melindungi Rasulullah SAW dari panas terik matahari,  dengan izin Allah S.W.T pohon ini masih hidup dan sudah berumur ribuan tahun lamanya. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".




Sedikit sejarah mengenainya…

Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra 1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. 2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.

Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH. - Koleksi Artikel Islamiah

Asteroid Sebesar 3 Padang Bola Lepasi Bumi.


LONDON 19 Feb -  Sebuah asteroid yang dianggarkan sebesar tiga padang bola melepasi bumi pada jarak dekat kelmarin, kira-kira setahun selepas sebuah asteroid lain sebelum ini meletup di Russia dan mencederakan 1,200 orang.

Slooth Space Camera menjejaki asteroid itu yang melepasi bumi pada kelajuan 43 kilometer sejam bermula jam 2 pagi (GMT), menurut perkhidmatan teleskop robotik itu dalam laman Slooh.com.

Kumpulan Astronomi Dubai memaparkan gambar Slooth di langit dalam laluannya yang mudah dilihat, tetapi pergerakannya tidak dapat diambil dalam paparan secara langsung di sebalik pemandangan bintang waktu malam.

Asteroid sepanjang 270 meter itu melepasi bumi pada jarak 3.4 juta kilometer, lebih setahun selepas asteroid jatuh ke bumi pada 15 Februari 2013 di Chelyabinsk, Russia.

Asteroid itu mencederakan 1,200 orang dan menyebabkan gelombang gegaran yang memecahkan tingkap dan merosakkan bangunan.

Pegawai rasmi wilayah Chelyabinsk berhasrat memperingati insiden itu dengan memberikan secebis batu meteorit kepada setiap atlit yang memenangi Olimpik Musim Sejuk 2014 yang memenangi pingat pada Sabtu di Sochi.

Namun, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada saat-saat akhir berkata, ia boleh dilakukan hanya selepas acara tamat dan berasingan.

"Balai cerap paling canggih Slooh di Gunung Teide, Kepulauan Canary, Sepanyol dilitupi ais dan tidak boleh digunakan untuk pencerapan 2000 EM26," kata pengarah teknikal dan penyelidikan Slooh, Paul Cox menerusi paparan langsung laman Slooh. - Reuters

Tuesday 25 February 2014

KEDIAMAN MAMPU MILIK PR1MA - Bagaimana cara memohon?



Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012.Terbaru diberitakan bahawa Pendaftaran permohonan pemilikan rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)  akan dilaksanakan secara online (atas talian) bermula 8 Disember 2012
Ia menggantikan sistem manual secara pos yang digunakan sebelum ini dan boleh diakses selepas dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Sistem pendaftaran ini bertujuan mengumpul data utama pemohon itu juga bertujuan mendapat maklumat mengenai permintaan rumah masa kini sesuai dengan kumpulan sasar yang rata-rata mempunyai kemudahan internet
Syarat-syarat kelayakan:
1. Warganegara Malaysia 
2. Berusia 21 tahun keatas semasa permohonan dibuat.
3. Individu atau keluarga (suami isteri) dengan purata bulanan pendapatan isi rumah antara RM2,500 – RM7,500.
4. Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
5. Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA.

Berikut merupakan jawapan bagi persoalan mengenai Kediaman PR1MA:

1. Bolehkah saya mendaftar untuk PR1MA sebagai kediaman kedua saya?
Ya, anda boleh mendaftar.
2. Jika saya di Malaysia tetapi isteri saya berada di luar negara, adakah kami layak untuk mendaftar?
Ya, anda boleh mendaftar selagi pendapatan purata isi rumah adalah antara RM2,500 – RM7,500.
3. Bagaimanakah cara mendaftar untuk kediaman PR1MA?
Pendaftaran boleh dilakukan secara online di laman web rasmi PR1MA di www.pr1ma.my
4. Adakah terdapat sebarang bayaran dikenakan untuk mendaftar kediaman PR1MA?
PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran. PR1MA juga TIDAK melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA.
5. Adakah pasangan saya perlu mendaftar sekiranya saya telah mendaftar untuk kediaman PR1MA?
Setiap pasangan perlu mendaftar sekali secara bersama. Jika anda sudah berkahwin, sertakan butiran pasangan anda dalam borang pendaftaran.
6. Saya akan berkahwin tidak lama lagi. Perlukah saya memohon sebagai individu atau pasangan?
Anda boleh memohon sebagai individu buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, untuk permohonan dan cabutan undi, anda perlu mengemas kini maklumat peribadi seperti butiran diri pasangan anda.
7. Berapa kerap saya perlu mengemas kini profil saya?
Anda perlu mengemas kini maklumat anda di dalam sistem pendaftaran PR1MA jika terdapat sebarang perubahan.
8. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah semasa membuat pendaftaran?
Sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian 03-7962 4374 yang beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang). Anda juga boleh e-melkan ke info@pr1ma.my
9. Terdapat kesilapan IT di bahagian pendaftaran di laman web PR1MA. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila e-melkan paparan skrin (screen shot) ke pihak PR1MA ke info@pr1ma.my
10. Di manakah saya boleh melihat senarai dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran PR1MA?

pr1ma rumah rakyat 1malaysiapermohonan pr1ma rumah rakyat 1malaysia

Rujuk maklumat di dalam laman web http://www.pr1ma.my/how-to-apply.php?required_documents=1

11. Saya tidak boleh mendaftar kerana Kad Pengenalan saya telah digunakan di dalam sistem. Apa yang perlu saya lakukan?
Hubungi kami di 03-7962 4374 dari jam 9:00 pagi – 6:00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang) maklumkan kepada PR1MA ke info@pr1ma.my.
11. Bagaimanakah jika saya terlupa kata pengguna/kata laluan?
Anda boleh dapatkan semula dengan mengklik di sini https://register.pr1ma.my/
12. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan PR1MA?

Anda perlu menghantar:
i. Salinan kad pengenalan (KP)
ii. Slip gaji atau penyata bank terkini

PEMBANGUNAN PRIMA

1. Adakah kediaman PR1MA pegangan kekal atau pegangan pajakan?
Ia bergantung kepada hak milik (“pemilik”) tanah pada setiap pembangunan PR1MA.
2. Di manakah lokasi pembangunan PR1MA?
Pembangunan PR1MA terletak di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php.
3. Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran & harga kediaman PR1MA?

Sila layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php.

4. Berapakah harga kediaman PR1MA?
Kediaman PR1MA berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000.
5. Apakah saiz-saiz kediaman PR1MA?
Secara umumnya, rumah teres PR1MA berukuran dari 1,400 kps hingga 1,700 kps dan apartmen PR1MA berukuran dari 670 kps hingga 1,300 kps.
6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Panggilan 03-7962 4374
Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang)
atau Sabtu (9:00 pagi – 1:00 petang)
E-mel: info@pr1ma.my

Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut


Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. 

Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. A


Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?

Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’ 

Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata: 


Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)

Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi