Friday 30 May 2014

PELBAGAI FESYEN MUSLIMAH MODEN (batch 005)



Pelbagai model fesyen muslimah moden. baju kurung dan jubah moden. Pelbagai Material. 
pelbagai saiz,warna,corak yang cantik2
kesemua koleksi sama dalam gambar barbatu bermanik dan tidak.

Kesemua model memang cantik apabila digayakan. boleh dipakai ke mana saja terutamanya kemajlis2 rasmi dan kepejabat. kami menawarkan koleksi2 ini pada harga istemewa untuk pelangan2 kami. jangan terlewat untuk mendapatkan koleksi2 ini sementara stock masih ada. 

Untuk keterangan lanjut sila PM di ZUL & ZIE Textile II 
dan di Mudah.my http://www.mudah.my/zul--zie-textiles
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
atau di http://zulzietextile.blogspot.com/.
#whatsAPP nombor diatas untuk join group info lebih pantas anda akan menerima lebih banyak iklan atau kunjungi galleri gambar ZUL & ZIE Textile II di (https://www.facebook.com/shop4oneMalaysia)






13 Rahsia Pergerakan Dalam Solat

1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 

2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 

3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 

4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 

5. Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur. 

6. I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 

7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 

8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur. 

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 

10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur. 

11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 

12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur. 

13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

KEAJAIBAN TELUK ALASKA PERTEMBUNGAN 2 LAUT TIDAK BERCAMPUR.

Sempadan laut di perairan Alaska menjadi perkara yang luar biasa kerana kedua-dua bahagian air tawar dan air masin bertembung mewujudkan seolah-olah ia tidak bercampur di tengah laut di teluk Alaska. Terdapat buih-buih yang terhasil dari pertembungan air itu.

Ini adalah satu contoh Halocline, yang disebabkan oleh kecerunan yang kukuh, dimana tahap kemasinan menegak dalam badan air. Walaubagaimanapun, beberapa orang telah mengulas bahawa Halocline adalah lebih daripada fenomena mendatar dan ini berorientasikan yang lebih menegak.


Apa yang anda lihat adalah hasil daripada glasier lebur yang terdiri daripada air tawar dan laut yang mempunyai peratusan garam yang lebih tinggi menyebabkan kedua-dua badan-badan air mempunyai ketumpatan yang berbeza dan dengan itu membuatkannya lebih sukar untuk bercampur. Pada akhirnya ia akan bercampur dalam masa yang cukupi. Bagaimanapun, penggabungan lautan adalah salah satu peristiwa alam semula jadi yang sangat hebat.


Sama- sama kita saksikan rakaman video keajaiban teluk alaska dimana pertembungan dua lautan yang tidak bercampur di bawah ini..

KEJAM! - APABILA AMAH FILIPINA PARAH DISIMBAH AIR PANAS KERANA SECAWAN KOPI (3 GAMBAR)


Owhh.. ini memang kejam, kejadian yang berlaku di Manila, Filipina apabila seorang pembantu rumah Filipina parah selepas didera majikan hanya kerana secawan kopi.


Fatma, 23, melecur teruk di badan dan kaki selepas disimbah air panas oleh majikannya, warga Arab Saudi di Riyadh. Mangsa kemudiannya ditinggalkan enam jam dalam keadaan parah sebelum menerima rawatan.


Ketika di hospital, mangsa meminta menghubungi sepupunya bagi mendapatkan pertolongan daripada Kedutaan Filipina. Sejurus sepupunya tiba, dia memuat naik gambar kecederaan mangsa ke laman Facebook hingga mencetuskan kemarahan penduduk negara itu.

Difahamkan, Fatma juga mendakwa tidak diberi makan dan sering dipukul oleh majikannya, dipetik dari laporan ABS-CBN News.

Wednesday 28 May 2014

Pelbagai model baju kurung moden (batch 007)

Salam semua....
Pelbagai model baju kurung moden untuk muslimah. Pelbagai Material. 
pelbagai saiz,warna,corak yang cantik2
kesemua koleksi sama dlm gambar barbatu bermanik dan tidak.

Kesemua model memang cantik apabila digayakan. boleh dipakai ke mana saja terutamanya kemajlis2 rasmi. kami menawarkan koleksi2 ini pada harga istemewa untuk pelangan kami. jangan terlewat untuk mendapatkan koleksi2 ini sementara stock masih ada.

Untuk keterangan lanjut sila PM di  ZUL & ZIE Textile II 
dan di Mudah.my http://www.mudah.my/zul--zie-textiles
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
#whatsAPP nombor diatas untuk join group info lebih pantas anda akan menerima lebih banyak iklan atau kunjungi galleri gambar Zul & Zie Textile.

RENUNGAN SEORANG PERDANA MENTERI................




Ramai yang kata, DS Najib tak pernah susah, tak pernah naik lif sesak-sesak, tak pernah bayar minyak.

Tapi jarang kita fikir apa ye yang seorang Perdana Menteri rasa?


1. Bila bercakap, semua diputar belitkan.
2. Tidak bercakap, merahsiakan sesuatu.
3. Tarik subsidi, dikata zalim.
4. Diberi BR1M, kata tak patut membazir.
5. Umum peruntukan Bumiputera, rasis.
6. Tolong Cina India, tak ada semangat Melayu.
7. Cakap intelektual, orang tak faham.
8. Cakap gaya kampung, dikangkungkannya.
9. Guna kereta rasmi, bazir duit kerajaan.
10. Guna kereta sendiri, kereta Obama hebat giler.
11. Bila berlembut, nampak lemah.
12. Bila tegas, tak berhati perut.
13. Umum dasar, ikut cakap penasihat.
14. Lantik seseorang, kroni dia-lah tu.
15. Kediaman rasmi, dikatakan boros.
16. Duduk rumah sendiri, tak praktikal kerajaan dah sediakan rumah duduk je ler.
17. Nak buat transformasi, semua buat dek.
18. Bila tak berubah, semua salah kerajaan.
19. Bila berprotokol, tak mesra orang muda.
20. Bila berselfie, dah buang tebiat ke?
21. Disuruh bersyukur, dikata mengungkit.
22. Bila diberi, menikam diri.

Kita sedap cakap sebab kita tak duduk tempat dia.
Tak semua mampu nak menanggung benda-benda ini.
Kalau kita, dah lama berhenti.

Merungut itu dan ini, sedangkan makan selalu di KFC. Bersuti ke luar negara, ambik pakej hotel berbintang-bintang. Pakaian kalau setakat John Master memang tak pandang!

Cuba fikir-fikirkan....cermin-cermin diri!!!

BIAR BETUL! - TIDUR MENIARAP ADALAH DILARANG, KENAPA?


Tidur sememangnya sangat diperlukan oleh manusia untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian. Tanpa rehat atau tidur yang cukup, badan kita akan letih dan tidak bermaya. Oleh itu, tidur amat penting dalam kehidupan seharian. Posisi atau cara tidur juga penting untuk merehatkan badan dengan betul.

Antara posisi – posisi tidur yang biasa ialah seperti tidur secara mengiring, terlentang, meniarap dan sebagainya.. Tapi tahukah anda tidur secara meniarap ini adalah dilarang oleh Nabi Muhammad Saw?

Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan,

“Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

Habis tu apabkah tidur yang palig afdal ? Okay.. kita ikut tidur cara Nabi Muhammad S.A.W

Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.

Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.
Rasanya tak ramai yang tahu sebenarnya tidur dalam keadaan ini adalah dilarang kerana ia  adalah cara berbaring penghuni neraka. Ingat tu.. tapi kalau dah dalam keadaan tidak sedar, tidur lesak sampai meniarap tu kira tak sengaja okay kot.

Monday 26 May 2014

Dress Muslimah Moden (batch 003)

Salam semua....
Pelbagai model dress muslimah moden. pelbagai saiz,warna,corak yang cantik2
kesemua koleksi sama dalam gambar .

Kesemua model memang cantik apabila digayakan.kami menawarkan koleksi2 ini pada harga istemewa untuk pelangan2 kami. jangan terlewat untuk mendapatkan koleksi2 ini sementara stock masih ada. 

Untuk keterangan lanjut sila PM di  ZUL & ZIE Textile II 
dan di Mudah.my http://www.mudah.my/zul--zie-textiles
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
#whatsAPP nombor diatas untuk join group info lebih pantas anda akan menerima lebih banyak iklan atau kunjungi galleri gambar Zul & Zie Textile.








15 dosa di kepala wanita


1. Tidak bertudung (menutup aurat).

Allah berfirman, yang ertinya: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:" Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang. "(QS. Al-Ahzab: 59).

Allah Ta'ala juga berfirman, yang artinya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman:" Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. "(QS. An Nuur: 24) .

2. Menyambung rambut / memakai sanggul.

Dari Asma 'binti Abi Bakr, ada seorang perempuan yang menghadap Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam lalu berkata, "Telah kunikahkan anak gadisku setelah itu dia sakit sehingga semua rambut kepalanya gugur dan suaminya memintaku segera mempertemukannya dengan anak gadisku, apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya . Rasulullah lantas melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung "(HR Bukhari no 5591 dan Muslim no 2122).

3. Mewarna / menggilap rambut dengan warna hitam.

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu' anhuma berkata, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang menggilap dengan warna hitam seperti tembolok merpati. Mereka itu tidak akan mencium bau syurga. "(HR. Abu Daud, An Nasa'i, Ibnu Hibban dalam shahihnya, dan Al Hakim. Al Hakim mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Pada hari penaklukan Mekah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan kepala dan janggutnya telah memutih (seperti kapas, ertinya beliau telah beruban). Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam." (HR. Muslim).

4. Mencabut uban.

Dari 'Amr bin Syu'aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu'  alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti. "(HR. Abu Daud dan An Nasa'i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami 'Ash Shagir mengatakan bahawa hadis ini sahih).

5. Memakai bulu mata palsu.

Fatwa: "... Menurut hemat saya, tidak boleh memasang bulu mata buatan (palsu) pada kedua matanya, kerana hal tersebut sama dengan memasang rambut palsu, dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat wanita yang memasang dan yang minta dipasangkan rambut palsu. Jika Nabi telah melarang menyambungkan rambut dengan rambut lain (memasang rambut palsu) maka memasang bulu mata pun tidak boleh. 

Juga tidak boleh memasang bulu mata palsu kerana alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek. Sepatutnya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah dan tidak perlu melakukan tipu daya atau memanipulasikan kecantikan, sehingga kelihatan kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti mempunyai pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah ... "(Disampaikan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin. Sumber: Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta.)

6. Bersolek/berhias.

Allah Azza wa Jalla berfirman, yang ertinya: "Dan janganlah kalian (para wanita) bertabarruj (keluar rumah dengan berhias dan bertingkah laku) seperti (kebiasaan) wanita-wanita Jahiliyah yang dahulu" [al-Ahzaab: 33].

7. Merenggangkan / mengikir gigi.

Dari Ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melarang orang mencukur kening, mengkikir gigi, menyambung rambut dan bertatu, kecuali kerana penyakit. (HR. Ahmad 3945 dan sanadnya dinilai kuat oleh Syuaib Al-Arnaut).

Dari ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, "Semoga Allah melaknat orang yang bertatu, yang minta ditato, yang mencabut kening, yang minta dikikis kening, yang merenggangkan gigi, untuk memperindah penampilan, yang mengubah ciptaan Allah.(HR. Bukhari 4886).

8. Membuat tatu.

Lihat kenyataan ke-7.

9. Memakai tudung yang tidak memenuhi syarat hijab.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahkan telah memperingatkan kita dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

"Ada dua golongan penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat sebelumnya, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor-ekor lembu betina yang mereka pakai untuk mencambuk manusia; wanita-wanita yang berpakaian (tetapi) telanjang, yang kalau berjalan berlenggak-lenggok menggoyang- goyangkan kepalanya lagi durhaka (tidak ta'at), kepalanya seperti punuk-punuk unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, padahal bau wanginya itu sudah tercium dari jarak sekian dan sekian. "(Hadits shahih. Riwayat Muslim (no. 2128) dan Ahmad (no. 8673).

10. Memakai rambut palsu.

Memakai rambut palsu hukumnya haram, kerana termasuk al-'wasl' iaitu menyambung rambut yang diharamkan. (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah). Seandainya tidak dianggap al-'wasl', maka rambut palsu itu menampakkan rambut si wanita lebih panjang daripada yang sebenarnya sehingga menyerupai al-'wasl'. Padahal wanita yang melakukannya dilaknat sebagaimana disebutkan oleh hadits: "Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan minta disambungkan rambutnya." (HR. al-Bukhari no. 5941, 5926 dan Muslim no. 5530). (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah).

Perbuatan al-'wasl' ini diharamkan, sama saja jika si wanita melakukannya dengan izin suami atau tidak, kerana perbuatan haram tidak berkaitan dengan izin dan redha.

11. Mencukur rambut menyerupai lelaki atau wanita kafir.

Potongan yang menyerupai potongan lelaki maka hukumnya haram dan dosa besar, sebab Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, dari Ibn Abbas radliallahu 'anhuma, bahwa beliau berkata: "Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki." (Hr Bukhari)

Potongan yang menyerupai potongan seperti wanita kafir, maka hukumnya juga haram, kerana tidak boleh menyerupai orang-orang kafir. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari Ibn Umar radliallahu 'anhuma bahwa Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

"Siapa yang meniru-niru (kebiasaan) suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut" (Hr Abu Daud, dan dishahihkan al-Albani)


12. Mencukur / mencabut bulu kening.

Lihat kenyataan ke-7.

13. Memakai contact lens berwarna untuk berhias.

Syaikh Muhammad shalih Al-Munajjid hafidzahullah berkata: "... kanta kenalan berwana untuk perhiasan (untuk bergaya). Maka hukumnya sama dengan perhiasan, jika digunakan untuk berhias bagi suaminya maka tidak mengapa. Jika digunakan untuk yang lain maka hendaknya tidak menimbulkan fitnah. Dikehendaki juga tidak menimbulkan bahaya (misalnya iritasi dan alergi pada mata, pent) atau menimbulkan unsur penipuan dan kebohongan misalnya menampakkan pada laki-laki yang akan melamar. Dan juga tidak ada unsur mensia-siakan harta (israaf) kerana Allah melarangnya. "[Sumber: http://islamqa.info/ar/ref/926]

14. Pembedahan plastik untuk kecantikan.

Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya, "Bagaimana hukum melaksanakan pembedahan kecantikan dan hukum mempelajari ilmu kecantikan?"

Jawapan beliau, "pembedahan kecantikan (plastik) ini ada dua jenis. Pertama, Pembedahan kecantikan untuk menghilangkan cacat akibat kemalangan atau yang lainnya. Pembedahan seperti ini boleh dilakukan, kerana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memberikan keizinan kepada seorang lelaki yang terpotong hidungnya dalam peperangan untuk membuat hidung palsu dari emas. Kedua, pembedahan yang dilakukan bukan untuk menghilangkan cacat, namun hanya untuk menambah kecantikan (supaya bertambah cantik). Pembedahan ini hukumnya haram, tidak boleh dilakukan, kerana dalam sebuah hadis (disebutkan), 'Rasulullah melaknat orang yang menyambung rambut, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang membuat tatu, dan orang yang minta dibuatkan tatu.' (HR Bukhari)(Fatawa Al-Mar'ah Al-Muslimah, hlm. 478-479). Sumber: Majalah As-Sunnah, edisi 5, tahun IX, 1426 H/2005 M.

15. Memakai kawat gigi untuk kecantikan / tabarruj.

Syaikh Ibnu Utsaimin pernah ditanya, "Apa hukumnya memperbaiki gigi?" Syaikh menjawab, "Memperbaiki gigi ini dibahagikan kepada dua kategori:

Pertama, jika tujuannya supaya bertambah cantik atu indah, maka ini hukumnya haram. Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam melaknat wanita yang menata giginya agar kelihatan lebih indah yang merubah ciptaan Allah. Padahal seorang wanita memerlukan hal yang demikian untuk estetika (keindahan), dengan demikian seorang lelaki lebih layak dilarang daripada wanita.

Kedua, jika seseorang memperbaikinya kerana ada kecacatan, tidak mengapa ia melakukannya. Sesetengah orang ada suatu kecacatan pada giginya, mungkin pada gigi serinya atau gigi yang lain. Cacat tersebut membuat orang merasa jijik untuk melihatnya. Keadaan yang demikian ini dibenarkan. Hal ini dikategorikan sebagai menghilangkan aib atau cacat bukan termasuk menambah kecantikan. Dalilnya, Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan seorang lelaki yang hidungnya terpotong agar menggantikannya dengan hidung palsu dari emas, yang demikian ini termasuk menghilangkan cacat bukan bertujuan untuk mempercantik diri. "Allahu a'lam. (Dijawab oleh Tim Redaksi Konsultasi Syariah).

Diterjemahkan dari sumber Abu Fahd Negara Tauhid