FAKTA: Apabila Mencecah Umur 30, Kita Sebenarnya 31 Tahun! | Apa yang penulis maksudkan dengan “Apabila Mencecah Umur 30, Kita Sebenarnya 31 Tahun”?
Sebenarnya apabila kita berumur 30 tahun jika dikira mengikut tahun Masehi, kita telah hampir mencecah usia 31 tahun mengikut tahun Hijrah. Jom buat matematik sikit:
Kalendar Masehi vs Kalendar Hijrah
Kalendar Hijrah dikira berdasarkan bulan (qomariyah), dan mempunyai 12 bulan dalam setahun. Dengan menggunakan perkiraan pusingan bulan, bilangan hari dalam satu tahun adalah (12 x 29,53059 hari = 354,36708 hari). Ini bermaksud 1 tahun Kalendar Hijrah lebih pendek sekitar 11 hari berbanding dengan 1 tahun Kalendar Masehi.
Perbezaan 11 hari ini jika dikalikan dengan 30 = 11 x 30 = 330 hari (lebih kurang setahun dah tu)
Oleh itu, jika dikira mengikut tahun Hijrah, kita lebih tua daripada apa yang kita sangka
sumber kira-kira: Wikipedia
No comments:
Post a Comment