Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, 4 February 2014

''JOM DAFTAR'' PROGRAM TAWARAN BAUCAR KERJA RM35 SEHARI, UNTUK MISKIN BANDAR’

PROGRAM TAWARAN BAUCAR KERJA RM35 SEHARI, UNTUK MISKIN BANDAR 'JOM DAFTAR'
Bantuan baucar kerja RM 35 sehari merupakan sebuah lagi program bantuan tambahan kepada golongan tahap miskin di bandar dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini diseliakan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama JobsMalaysia.
baucar-kerja
Borang daftar Program Bantuan Baucar Kerja RM35 sehari secara online. Program ini ditubuhkan bagi membantu golongan miskin yang menetap di bandar bagi menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Berikut adalah maklumat lengkap mengenai program bantuan baucar kerja dan langkah untuk mengemukakan permohonan.
baucar-kerja
Syarat Kelayakan Program Baucar Kerja 2014 Online
  • Individu berpendapatan bawah RM 3,000
  • Menetap dikawasan bandar
  • Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, orang asli dan pelajar keciciran.
  • Golongan tidak bekerja
  • Golongan miskin yang tersenarai dibawah pangkalan data keluarga miskin menerusi laman e-kasih
Cara Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari Online
1. Individu yang layak perlu tersenarai dalam golongan miskin menerusi pangkalan data laman e-kasih. Laman E-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
2. Bagi yang layak, sila laporkan kemiskinan menerusi laman Borang Ekasih Kebajikan Masyarakat
3. Semakan nama yang tersenarai dalam keluarga golongan miskin boleh disemak menerusi https://ekasih.icu.gov.my/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
Cara Manual Pendaftaran Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari
1. Individu yang ingin mendaftar ekasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN), Focus Group Negeri atau Focus Group Daerah.
2. Bagi agensi di peringkat negeri, ID pendaftaran eKasih boleh dipohon melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN), manakala agensi diperingkat persekutuan, boleh memohon terus dengan Ibu Pejabat ICU JPM.
Keputusan Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari
Individu yang layak akan dihubungi secara terus oleh pihak Kementerian Sumber Manusia.
Kriteria Pemilihan Bantuan Baucar Kerja
  • Khusus bagi individu yang tersenarai dibawah golongan miskin bandar
  • Mempunyai maklumat data kemiskinan menerusi portal ekasih (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • Hanya yang benar-benar layak sahaja terpilih
Tarikh Pelancaran Program Baucar Kerja 2014
Program Baucar Kerja 2014 akan dilancarkan mulai April 2014
Definisi Ekasih
Merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional. Ia dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk mengenalpasti mereka yang betul- betul layak untuk menerima bantuan berdasarkan kepada syarat dan kriteria bantuan masing-masing.

Iklan Program Baucar Kerja 2014
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=2icJBl_3IBI

Ketahui rahsia terowong putrajaya

''ketahui terowong rahsia putrajaya''
Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan Putrajayasehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Susah hendak percaya? tetapi "Urban Legend" atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.

Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan di Putrajaya. Ketika itu saya ingin ke tandas, malangnya bangunan terbabit mempunyai jalan yang agak mengelirukan. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu "Keluar" atau "Kecemasan", untuk ke tandas dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.
Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta "basement", paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.

Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan. Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit. Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.

Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.
Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat. Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan. Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini.

Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya. Beliau mencabar saya satu perkara..."Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak...samada selut ataupun lantai konkrit?". Memang hebat Putrajaya...visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi.

Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang. Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya. Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orangramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad. Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri.

Kepada pembaca...tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini diwujudkan. Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda...ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya. Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima hakikat sebenar.
#Saya" dlm artikel ni bermaksud penulis yg sebenar...

Monday, 27 January 2014

Negeri Negeri paling BAHAYA dimalaysia mengikut ranking?

Negeri-Negeri Paling BAHAYA di Malaysia Mengikut Ranking

Selangor, Johor dan Kuala Lumpur menduduki tempat tiga teratas dengan indeks jenayah tertinggi. Namun dari segi indeks jenayah per 100k populasi, ternyata Kuala Lumpur di tangga pertama. Manakala negeri paling selamat di Malaysia adalah Sabah :)

Friday, 24 January 2014

Kelebihan janggut pada seorang lelaki.














Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’.

Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Kenali simbol syaitan










Di dalam buku CODEX MAGICA susunan Texe Marrs telah menerangkan berkaitan tiga versi isyarat “Tanduk Syaitan” seperti gambar di atas ini. Ketiga-tiga isyarat ini merupakan SIMBOL yang sering dipertonjolkan oleh kebanyakkan masyarakat dunia sebagai suatu isyarat komunikasi tanpa lisan. Merujuk kepada pencipta bahasa-bahasa isyarat untuk orang bisu dan pekak iaitu Helen Keller, simbol ini dicipta untuk membawa maksud “I love U”.


Sehingga sekarang, isyarat tangan seperti ini telah diterima pakai sebagai isyarat yang UNIVERSAL untuk semua bangsa bagi menggambarkan perasaan “AKU CINTA KAMU”. Namun begitu, hasil analisaTexe Marrs di dalam buku Codex Magica yang dikarang olehnya telah mendedahkan suatu tanda yang jelas bahawa simbol ini sebenarnya digunakan oleh golongan-golongan tertentu sebagai menunjukkan sifat “PENYEMBAHAN” dan rasa kecintaan kepada unsur-unsur KESYAITANAN. Beliau menyimpulkan bahawa simbol ini sebagai membawa maksud “I LOVE U, SATAN”.

Walaupun Hellen Keller dikenali sebagai penyumbang besar kepada terciptanya bahasa isyarat tangan bagi orang bisu dan pekak tetapi latar belakangnya banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan kecurigaan tentang tujuannya. Para penyelidik konspirasi cuba menyimpulkan bahawa isyarat “I love U” yang dicipta oleh Hellen sebenarnya adalah adaptasi dari isyarat yang berunsurkan kesyaitanan. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada satu kenyataan beliau di dalam bukunya yang bertajuk ‘Light in My Darkness’ yang diterbitkan pada 1927.

Dalam buku tersebut beliau amat mengkagumi pandangan-pandangan “Emanuel Swedenborg” di mana falsafah Swedenborg telah dijadikan pegangan untuk mencapai visi hidupnya. Beliau merupakan seorang ahli akademik dari Sweden yang amat meminati amalan-amalan mistik dan kerohanian yang bercorak kefalsafahan agama. Di kalangan ahli-ahli sejarah, Emanuel diakui seorang yang amat fanatik dengan unsur-unsur tahyul, mistik dan kesyaitanan.



Isyarat Syaitan yang bermaksud ” I Love U, Satan”

Terlalu lama layari media maya boleh jejaskan mental?



Terlalu Lama Layari Facebook Boleh Jejaskan Mental Menurut kajian terkini, para pelajar yang menggunakan cuti mereka bagi bermain Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dikhuatiri akan terjejas mereka di masa hadapan.

Risiko penjejasan mental dan kemurungan ini berlaku kerana kurang pergaulan sosial yang sangat penting dalam pembentukan minda, kerana, apabila tiba masa untuk hidup berdikari didunia luar, golongan ini bakal berdepan dengan masalah menyerap tekanan ketika bekerja kesan daripada kelemahan mereka untuk menguasai keadaan sekeliling, iaitu copy skills.

Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.

Kemahiran murid

“Apa yang dimaksudkan dengan copy skills adalah kemahiran murid meniru atau belajar daripada persekitarannya dalam memahami masalah dan menyerap tekanan.

“Kegagalan mempelajari kemahiran dalam situasi bukan formal akan menyebabkan golongan terbabit berdepan risiko mengidap kemurungan, sekali gus mengalami masalah mental,” katanya ketika ditemui BH sempena majlis perasmian hari terbuka dan jualan amal Hospital Sentosa, di sini, semalam.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan, manakala penyakit keresahan adalah 1.7 peratus. Tahap kemurungan didapati lebih tinggi membabitkan 2.5 peratus dalam kalangan usia 16 hingga 24 tahun dan kedua tertinggi membabitkan penduduk berumur 65 tahun ke atas.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental.

“Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja,” katanya.

INFO: Risiko kemurungan


Pelajar melayari laman sosial facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.


Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan.

Perkara yang tidak digalakkan selepas makan.



 1. MAKAN BUAH - menyebabkan perut kembung. Digalakkan makan buah 1-2 jam selepas atau 1 jam sebelum makan. 

2. MINUM TEH - daun teh mengandungi kandungan asid yang menyebabkan kandungan protein dalam makanan sukar dihadam.


3. MINUM AIS - meminum ais sebelum, semasa, dan selepas makan melambatkan proses pencernaan perut kerana air sejuk membekukan makanan berminyak yang dimakan.


4. MEROKOK - kesan menghisap sebatang rokok selepas makan sama dengan menghisap 10 batang rokok, menyebabkan risiko penyakit lebih tinggi.


5. BANYAK BERJALAN - menyebabkan kesukaran sistem penghadaman menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang diambil. 


6. MELONGGAR TALI PINGGANG - melonggar tali pinggang secara tiba-tiba boleh menyebabkan usus terbelit atau tersekat.


7. MANDI - menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan jumlah darah sekitar perut berkurangan. Ia melemahkan sistem percernaan dan boleh membuat jadi buncit.


8. TIDUR - boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan mengundang gastrik kerana penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.

Wednesday, 22 January 2014

Mitos berjaya dirungkai yang kita tak pernah tahu


1. Tidak ada graviti di luar angkasa

Sebenarnya terdapat daya graviti di luar angkasa. Sebab mengapa angkasawan terapung di luar angkasa adalah kerana mereka sedang mengorbit bumi. Mereka jatuh ke Bumi tetapi bergerak ke sisi untuk menghindarinya. Oleh itu, secara teknikalnya mereka selalu jatuh tetapi tak pernah mendarat. Graviti terdapat di seluruh luar angkasa secara virtual (tak dapat dirasakan). Ketika sebuah pesawat ulang alik mencapai ketinggian orbit (Sekitar 250 batu di atas permukaan Bumi), graviti hanya berkurang10%.


2. Petir tidak menyambar tempat yang sama dua kali

Petir boleh menyambar tempat yang sama lebih dari sekali. Petir lebih memilih tempat-tempat tertentu seperti pokok yang tinggi atau bangunan. Di kawasan lapang yang luas, objek yang paling tinggi mempunyai kemungkinan besar disambar beberapa kali sehingga petir berpindah jauh untuk mencari sasaran baru. Empire State Building disambar petir lebih 25 kali setahun.

3. Meteor menjadi panas kerana geseran dengan udara di atmosfera

Ketika sebuah meteoroid memasuki atmosfera bumi (menjadi meteor), sebenarnya kelajuan yang memadatkan udara di depan objek yang menyebabkan objek tersebut menjadi panas sehingga kelihatan bersinar jika dilihat dari bumi. Mitos tentang meteor panas ketika tiba di permukaan bumi menjadi meteorit juga adalah salah. Meteorit biasanya sejuk ketika tiba di daratan – dan faktanya sering ditemui dilapisi ais. Hal ini kerana batu tersebut sangat sejuk dari perjalanannya melintasi ruang angkasa sehingga suhu panas ketika memasuki atmosfera bumi belum cukup untuk membakar lapisan terluarnya.
4. Syiling yang dijatuhkan dari tempat yang tinggi mampu membunuh manusia di bawah

Mitos ini sangat umum sehingga menjadi adegan di beberapa filem. Mitosnya adalah apabila anda menjatuhkan syiling dari puncak bangunan tinggi (seperti Empire State Building), syiling ini akan memperolehi kelajuan yang boleh membunuh seseorang jika terkena manusia di darat. Tapi faktanya adalah, aerodinamik sebuah syiling tidak cukup untuk membuatnya berbahaya. Apa yang akan terjadi adalah orang yang terkena syiling tersebut hanya merasa seperti diketuk kepalanya – tentunya mereka selamat dari kejadian tersebut.

5. Terdapat sisi yang sentiasa gelap di bulan

Sebenarnya, setiap bahagian bulan disinari oleh cahaya matahari pada masa tertentu. Salah faham ini muncul kerana ‘sisi tergelap’ bulan tidak pernah kelihatan dari bumi. Ini disebabkan oleh penguncian gelombang (locking wave); tarikan graviti bumi terhadap bulan sangat kuat sehingga bulan hanya menampakkan satu sisi sahaja kearah bumi.

6. Makanan yang jatuh ke lantai masih bersih untuk dimakan dalam masa lima saat

Fakta ini tidak masuk akal. Jika terdapat kuman dilantai dan makanan mendarat di atasnya, maka bakteria akan hinggap di makanan tersebut. Memakan kuman dan kotoran tidak semestinya membawa padah kerana mereka membantu kita membina sistem kekebalan tubuh yang kuat.

7. Badan manusia berkecai jika diletakkan di ruang angkasa

Mitos ini adalah hasil dari filem-filem sains fiksyen. Faktanya, manusia dapat bertahan 15 – 30 saat di luar angkasa jika mereka menghembuskan nafas sebelum terpapar tanpa udara (ini mencegah paru-paru meletup dan menghantar udara ke pembuluh darah). Setelah 15 ke 30 saat, kekurangan oksigen menyebabkan pengsan yang membawa kepada kematian kerana kehabisan nafas.

Mahathir dan dasar pandang ke TIMUR

Mahathir dan Dasar Pandang Ke Timur.

1. Tun M masa buat dasar ini semua orang terkejut. Beliau buat dasar yang orang lain tak pernah terfikir. Kebanyakan negara ketika itu menyanjung Barat.


2. APABILA sebut Dasar Pandang Ke Timur, atau terdengar orang lain menyebutnya, kita segera terbayang dua negara maju yang terletak di sebelah timur Malaysia iaitu Jepun dan Korea.

3. Sememangnya Dasar Pandang Ke Timur adalah untuk mengambil pengajaran, iktibar dan contoh teladan daripada dua negara tersebut khususnya dalam kemajuan ekonomi dan sikap rakyatnya.

4. Saya tak nak ulas mengenai dasar tu, banyak kita boleh baca dalam Internet ni. Tapi dah lebih 30 tahun dasar tu ada, saya nak ulas sikit pasal apa yang saya fikir pasal dasar ini disebaliknya.

5. Timur adalah arah dari mana matahari terbit. Dengan terbitnya matahari, sebahagian muka bumi akan disinari pancaran sinar suria sehingga menjadi terang benderang menjadi siang.

6. Terbitnya matahari bermakna bermulanya pengiraan hari baru bagi tempoh seminggu. Terbitnya matahari bermakna bermulanya masa (detik) untuk memulakan sesuatu kerja baru bagi hari tersebut, atau menyambung pekerjaan yang belum selesai kelmarin, atau untuk merancang jadual kerja pada hari esoknya.

7. Terbitnya matahari bermakna bermulanya pemendekan 24 jam usia kita yang masih tersisa. Terbitnya matahari bermakna bermulanya episod baru dalam perjalanan hidup kita untuk hari-hari seterusnya sebelum tamat tempoh. Terbitnya matahari bermakna bermulanya penyegaran tauhid dan keimanan kerana kita baru selesai solat subuh.

8. Terbitnya matahari bermakna bermulanya penyegaran darjah kesihatan tubuh badan kita setelah kita dapat merehatkan diri (rohani dan jasmani) hampir semalaman, dan kerana kita akan bersarapan sebelum mula menggunakan segala sisa tenaga yang tersimpan dalam lapisan otot-otot kita untuk kegunaan sepanjang hari tersebut.

9. Terbitnya matahari bermakna bermulanya proses fotosintesis oleh tumbuh-tumbuhan yang tidak pernah jemu-jemu memberi bekalan rezeki kepada kita (manusia) dan segala haiwan melata di muka bumi.

10. Terbitnya matahari bermakna bermulanya lebah melakukan tugas untuk memindah debunga antara satu pokok ke satu pokok yang lain. Terbitnya matahari bermakna bermulanya sang kambing meragut rumput hijau sambil memuntahkan baja kompos dari buntutnya untuk keperluan alami dan rezeki kepada tumbuh-tumbuhan dan cecacing.

11.Pokoknya, terbitnya matahari bermakna segala sesuatu memulakan tugas masing-masing untuk kesempurnaan sistem kehidupan di muka bumi.

12. Saya sangat merindukan matahari terbit ketika menyilaukan riak-riak air laut sehingga memperlihatkan keindahan alam yang sememangnya sangat indah khususnya pada waktu pagi, atau dengan kata lain apabila matahari pada ketinggian sepenggalah dari ufuk timur.

13. Dah lebih 30 tahun Tun Mahathir umum Dasar Pandang Ke Timur, malah setiap tahun memang menjadi kebiasaan Tun M akan turun ke Jepun menerima jemputan dari negara berkenaan.

14. Tun M sangat dihormati di Jepun dan Malaysia juga. Kalau tak percaya, tanya lah sesiapa yang pernah ke Jepun, mereka akan sebut Mahathir?( dalam pelat Jepun) bila kita sebut Malaysia. Malah mereka masih anggap Mahathir PM Malaysia.

Peringatan!!!.

Kesan makan 'mee segera; pada kesihatan lebih beracun dari SYABU.

[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Kesan Makan 'MEE SEGERA' Pada Kesihatan | 'MEE SEGERA' Sangat Beracun Lebih Dari Syabu[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Kesan Makan 'MEE SEGERA' Pada Kesihatan | 'MEE SEGERA' Sangat Beracun Lebih Dari Syabu | Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit.




Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket.. 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi. 

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus. 

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak? 

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat. 

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. 

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010. 

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera: 

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? 

pakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? 

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda. 

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris. 
2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen. 
3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga. 
4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api). 
5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal. 
6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma. 
7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air. 
8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang. 
9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas. 
10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser. 

Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat. Anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?
contoh gambar penyakit Polycystic kidney disease
contoh gambar penyakit Polycystic kidney disease

Monday, 20 January 2014

Tanda Tanda sakit dibadan - sesuatu keajaiban yang wajib anda tahu!




Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.