Tuesday, 31 December 2013

Kumbang musnahkan ratusan hektar kebun kurma Yahudi.

Kumbang merah merupakan serangga perosak yang paling serius menyerang pokok-pokok kurma  di Israel. Sejak serangga perosak ini muncul pada tahun 1999 di Beit She’an menyebabkan kemusnahan beratus-ratus pokok kurma dan memusnahkan beratus-ratus hektar kebun dan tanaman hiasan di kawasan penempatan mereka.


Pegawai Israel mengadakan mesyuarat tergempar di sebuah hotel di Tel Aviv pada minggu terakhir bulan November tahun lepas untuk membincangkan kerosakan akibat kumbang sawit merah dan mencari jalan alternatif untuk menghapuskan mereka. Kumbang ini pernah menyebabkan kemusnahan awal kira-kira 20 ribu pokok kurma di Sepanyol.

Pihak berkuasa Israel berusaha untuk menutup mulut media mengenai bala kumbang merah tersebut. Pelbagai cara telah digunakan oleh rejim Yahudi untuk memusnahkan kumbang tersbut tetapi semua percubaan mereka gagal.






*Disusun dari sumber peribadirasulullah.wordpress.com

4 Perkara petua imam syafie

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Silakan SHARE untuk peringatan kita semua

#riz

KEJAM!!! Kanak kanak ini di sembelih hanya kerana namanya?

KEJAM!! KANAK-KANAK DI SEMBELIH HANYA KERANA NAMANYA |

Subhanallah....agak mengejutkan apabila melihat satu artikel disebuah blog yang 
memaparkan
kekejaman manusia yang bersifat binatang dimana gambar seorang bayi mahu 
disembelih
hanya kerana namanya Siti Aishah Binti Abu Bakar.

Apapun, artikel tersebut menyatakan puak yang mahu menyembelih bayi itu adalah dari
puak SYIAH!!! Namun admin tak pasti akan kebenarannya. Syiah atau puak apa sekalipun, 
perbuatan ini adalah perbuatan kejam yang memang tiada sifat kemanusiaan langsung.

Dan andai benar kejadian itu berlaku, semoga pelakunya menerima hukuman yang setimpal 
dengan perbuatannya itu tak kira lah di dunia atau di akhirat...Insyaallah!!!
#riz

Sketsa Kentut.....

SKETSA KENTUT.
Udin : Kentut dalam Bahasa Inggeris apa cikgu?
Cikgu : Wind of change.

Udin : Kentut yang tidak bunyi?
Cikgu : Sound of silence.

Udin : Kentut yang tak disengaja?
Cikgu : Careless whisper.

Udin : Kentut yang terhimpit?
Cikgu: Please release me.

Udin : Kentut yang bau sangat?
Cikgu : Killing me softly.

Udin : Kentut di malam hari?
Guru : Wonderfull tonight.

Udin : Orang yang sering kentut?
Cikgu: No body but you.
#riz

7 Tips keselamatan di bilik hotel

Menarik untuk dibaca!!!

Artikel yang lalu, kami ada berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita tidak tahu, kali ini kita akan membincangkan tentang tip-tip keselamatan di bilik hotel. Mengapa perlu tahu? Bukahkah hotel sudah dianggap selamat. Sebenarnya jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sekiranya kita cuai, pasti ia akan mengundang bahaya kepada kita. Jangan anggap bilik yang kita kunci itu sudah dianggap selamat. Jom baca di bawah ini.
Sekadar gambar hiasan
1. Pilih Tingkat Yang Betul
Tingkat paling bawah adalah antara tingkat yang patut anda jauhi — terutamanya jika ia jauh dari lobi. Jika anda tidak dapat mengelak, minta agar diberi bilik yang pintunya menghadap kawasan dalaman hotel, dan bukannya menghadap jalan raya atau tempat letak kereta.
Ini kerana tingkat bawah merupakan sasaran mudah bagi mereka yang ingin memecah masuk ke bilik hotel anda.
Jauhi juga bilik-bilik di tingkat 6 dan ke atas kerana jika terjadi kebakaran besar, anda mungkin gagal diselamatkan. Ini kerana kebanyakan tangga bomba hanya boleh mencapai ke tingkat 5 atau 6 sahaja.
Bilik paling ideal adalah yang di tingkat 3 atau tingkat 4. Jika terjadi kebakaran, anda mudah diselamatkan. Bilik di sini juga tidak sepantas untuk di akses oleh penjenayah seperti di tingkat lebih rendah.
Syarikat-syarikat antarabangsa yang telah berpengalaman dengan krisis  jenayah kebanyakannya mempunyai kontrak khas dengan hotel agar memberikan bilik di tingkat-tingkat ini untuk staff mereka.
2. Bawa Sendal Pintu
Benda mudah ini mungkin menjadi sebab anda selamat — tidak kiralah jika anda menginap di  hotel 5 bintang atau hotel murah yang dibina di dalam bangunan rumah kedai.
Secanggih manapun sistem keselamatan hotel anda, ia boleh dipecah masuk tanpa meninggalkan kesan. Pilihan terbaik anda ialah gunakan dead-bolt di pintu bersama sendal pintu yang anda bawa sendiri dari rumah.
Setiap kali anda berada di bilik, selitkan sendal getah ini di bawah pintu bilik. Alat kecil dan murah ini akan menjadi penghalang terakhir jika penjenayah berjaya mematahkan semua sistem keselamatan yang dipasang di pintu bilik hotel.
Benda terakhir yang anda mahu terjadi ialah penjenayah memasuki bilik anda sewaktu anda sedang tidur.
3. Biarkan Televisyen dan Lampu Terpasang
Membazir? Mungkin tidak. Membiarkan televisyen dan lampu terpasang apabila anda keluar memberi tanggapan kepada penjenayah yang anda masih berada di dalam bilik.
Jika anda perlukan khidmat housekeeping sewaktu di luar, biarkan lampu dan televisyen terpasang, dan letakkan notis “Jangan Ganggu” atau “Do Not Disturb” di tombol pintu. Sebelum keluar, telefon ke lobi dan beritahu mereka yang bilik anda boleh dibersihkan seperti biasa.
Ya, banyak hotel kini memerlukan keycard bilik diletakkan ke dalam slot kuasa di tepi pintu untuk memastikan sumber elektrik bilik anda terus terpasang. Jadi minta 2 kad bilik sewaktu anda mendaftar dan katakan ianya untuk teman sebilik yang mungkin datang kemudian.
Alternatif kedua ialah dengan menggunakan apa-apa kad lain yang sama saiz (seperti kad lama yang tidak diguna lagi) untuk dimasukkan ke slot itu (Nota: Helah ini mungkin berjaya untuk hotel dengan sistem lama sahaja).
4. Waspada dengan Kamera Tersembunyi
Sesiapa sahaja boleh menjadi sasaran kamera tersembunyi. Anda tidak perlu menjadi artis popular atau ahli politik — kerana sesiapa saja boleh menyorokkan kamera tersembunyi di bilik anda.
Sedar-sedar, rakaman di bilik hotel anda sudahpun ditonton rakan sekerja dan jutaan penonton di Youtube.
Kamera pengintip yang dahulunya hanya digunapakai oleh pihak berkuasa kini mudah dibeli  di laman web dengan harga di bawah RM 100. Yang menakutkan ialah, kerana saiznya yang semakin kecil, kamera ini boleh disembunyikan di dalam lampu meja, kotak tisu, soket elektrik, pengesan asap, sehinggalah kepada objek kecil seperti pen.
Jika anda tidak mahu diri anda dirakam sewaktu di dalam bilik hotel, anda boleh membeli pengesan kamera tersembunyi yang ada di pasaran. Bergantung kepada jenis pengesan anda boleh mendapatkannya dengan kos di bawah harga RM 150.
5. Tips Untuk Barang Berharga
Sewaktu di bilik, pastikan barangan berharga seperti passport, wang atau dokumen penting tidak ditinggalkan. Tetapi jika anda terpaksa meninggalkannya, simpan atau sorok barangan anda. Antara caranya ialah menggunakan pita pelekat dan melekatkan dokumen itu di bawah laci meja atau tempat tersorok lainnya.
Pastikan juga laptop di simpan atau dikunci menggunakan kabel keselamatan jika anda meninggalkannya di bilik.
Jika anda mahu menyimpan barangan anda di peti besi bilik, uji peti besi itu terlebih dahulu. Ini kerana pihak hotel yang cuai kerap membiarkannya dengan password masterkey asal peti iaitu 000000. Untuk sesetengah hotel, dengan hanya menekan nombor tersebut, anda boleh menyebabkan pintu besi itu terbuka.
Jika ini terjadi, letakkan saja barangan anda di peti besi kaunter tetamu (untuk 3 bintang ke atas). Jika anda menghuni hotel bajet, anda perlu mencari alternatif lain.
Yang paling senang — jangan bawa barangan kesayangan anda sewaktu cuti.
6. Kenali Hotel Anda
Selepas check-in, ambil masa untuk cari tangga kecemasan. Jika terjadi kebakaran, anda tahu di mana tempat menyelamatkan diri.
Ambil juga beberapa minit untuk membiasakan diri anda dengan sistem telefon di bilik anda. Pastikan ianya berfungsi supaya anda dapat terus membuat panggilan kecemasan bila perlu.
Jika kunjungan kali pertama anda ke tempat letak kereta menakutkan anda (banyak hotel mempunyai tempat letak kereta yang gelap dan sunyi), gunakan valet parking. Ia mungkin agak mahal, tetapi ia lebih selamat, terutamanya jika anda seorang wanita dengan kereta mewah.
Jika terjadi sebarang kecurian, buat laporan polis kerana sesetengah barangan berharga yang dibeli dengan kad kredit mungkin dilindungi insuran.
7. Anda Wanita? Tips Tambahan
Jika anda menginap bersendirian, anda kena lebih berhati-hati kerana anda merupakan sasaran kegemaran penjenayah. Ini kerana kaum wanita kerap membawa barang kemas berharga, lebih mudah dilemahkan, dan menjadi bonus untuk penjenayah yang mempunyai motif seks.
Pastikan sewaktu anda diberi kunci bilik, tetamu lain tidak tahu akan nombor bilik anda.Sewaktu menaiki lif, pastikan juga anda tidak bersendirian dengan tetamu lelaki lain. Jika anda diserang di dalam lif, tekan semua butang lif agar lif berhenti dan terbuka di setiap tingkat.
Jika anda ada sebarang urusan peribadi, buat urusan di kawasan orang ramai seperti di lobi atau di restoran di luar hotel. Kebanyakan kes jenayah bunuh di hotel selalunya terjadi akibat pertengkaran yang tidak terkawal di dalam bilik.
Percutian bersama keluarga atau kerja di luar kawasan yang menyebabkan anda terpaksa menginap di hotel mungkin memenatkan. Tetapi apapun situasi anda, jaga keselamatan diri.
Kerapkali tetamu yang tidak diundang mungkin staff housekeeping yang mahu membersihkan bilik. Tetapi pada masa yang sama, bilik anda juga mungkin diintai penjenayah tegar yang baru keluar 3 bulan dari penjara.
Jangan ambil ringan keselamatan di bilik hotel. Anda tidak mahu diri anda pula menjadi  tajuk utama akhbar dengan tajuk — Pembunuhan Ngeri di Bilik Hotel.
#riz

Monday, 30 December 2013

Mari meraih ganjaran dalam satu minit.

MERAIH GANJARAN BESAR DALAM SATU MINIT 

1] DALAM MASA SATU MINIT ANDA BOLEH MEMBACA SURAH AL-FATIHAH yang merupakan induk al-Quran (Ummul Quran), SEBANYAK 4 KALI, yang mana bilangan huruf-hurufnya terdiri dari 140 HURUF... Setiap satu huruf anda akan memperolehi 10 kebajikan (ganjaran), maka dalam 1 minit anda dengan mudah sahaja meraih 5,600 kebajikan. (Hadis riwayat Tirmizi)...

2] DALAM MASA 1 MINIT ANDA BOLEH MEMBACA "SURAH AL-IKHLAS" SEBANYAK 10 kali, lantas akan tersedia buat anda sebuah ISTANA di syurga.... dan anda memperolehi ganjaran seperti TIGA KALI KHATAM AL-QURAN, bahkan lebih... (Hadis riwayat Ahmad dan ad-Darimi)....

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada sahabat2nya: “ SIAPAKAH ANTARA KAMU YANG DAPAT MENGKHATAMKAN AL-QUR AN DALAM JANGKA MASA SINGKAT (DUA-TIGA MINIT)?”.... Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab... Malah Sayyidina 'Umar bin Khattab r.a. (Radliyallahu 'anhu) telah mengatakan bahwa mustahil untuk mengkhatamkan Al-Qur an begitu cepat... Kemudian SAYYIDINA 'ALI BIN ABI THALIB K.W. MENGANGKAT TANGANNYA, menyatakan kesanggupan.... Sayyidina 'Umar berkata kepada Sayyidina 'Ali bahwa Sayyidina 'Ali (yang masih muda pada waktu itu) mungkin tidak tahu apa yang dikatakannya itu....

KEMUDIAN SAYYIDINA 'ALI BIN ABI THALIB MEMBACA “SURAH AL-IKHLAS” TIGA KALI.... Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahwa Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib benar.... Kemudian menerangkan bahwa membaca Surah Al-Ikhlas sekali, ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran atau sepertiga Al-Qur an.... JIKA MEMBACA "SURAH AL-IKHLAS" SEBANYAK TIGA KALI KHATAMLAH AL-QURAN, kerana dengan membaca sebanyak tiga kali, sama seperti dengan membaca seluruh 30 juz Al-Quran (Ramli Joned )

Restoran ini hidang menu dari 30 jenis PENIS haiwan?




Restoran Guolizhuang menawarkan lebih daripada 30 jenis hidangan zakar haiwan yang boleh menelan belanja 500 yuan (77 USD) sehingga 90 000 yuan (14 000 USD). Adalah dipercayai bahawa memakan zakar haiwan boleh menguatkan keupayaan seksual seorang lelaki. Makanan pelik ini juga kadang-kadang dimakan mentah. Oleh kerana makanan yang dihidangkan di restoran ini dianggap sesuatu yang luar biasa, walaupun untuk orang China, pelayan di restoran ini akan menerangkan sifat-sifat setiap hidangan untuk pelanggan mereka. Sebagai contoh, wanita tidak boleh makan buah zakar kerana dipercayai hormon yang memberi mereka suara garau dan pertumbuhan janggut akan meningkat tetapi jika pelanggan wanita memakan zakar adalah tidak berbahaya.

Guolizhuang restaurant in beijing 04  Guolizhuang restaurant in beijing 015

Guolizhuang restaurant in beijing 06

Guolizhuang restaurant in beijing 05

Guolizhuang restaurant in beijing 08

Guolizhuang restaurant in beijing 09

Guolizhuang restaurant in beijing 012  Guolizhuang restaurant in beijing 02

Antara hidangan yang paling mahal di restoran yang terletak di Beijing ini ialah zakar yak (lebih daripada $ 220) dan 10 hidangan pelbagai zakar haiwan dalam satu pinggan ($ 110). Salah satu juadah eksklusif di sini ialah zakar harimau yang bernilai lebih daripada $ 1 500 dan ia harus ditempah beberapa bulan lebih awal serta pelanggan mestilah terlebih dahulu mengisi permohonan untuk kad keahlian sama ada perak, emas atau platinum untuk mendapatkan peluang menikmati zakar harimau ini.
#RIZ

WASPADA!!! Curi data pengguna mesen ATM.


 
Kuala Lumpur: Pengguna mesin pengeluaran wang automatik (ATM) perlu berhati-hati kerana polis khuatir lebih banyak kemudahan itu dijadikan sasaran mencuri data selain daripada dua yang dikesan di Berjaya Times Square dan KLCC.

Ia kerana pemasangan peranti asing untuk mencuri data kad ATM di premis terbabit disedari pengadu yang mempunyai kemahiran dalam teknologi maklumat (IT) sedangkan tidak semua pengguna ada kebolehan itu.
Teliti mesin ATM


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghani, berkata pengguna perlu meneliti setiap mesin ATM yang mahu digunakan dan segera melaporkan kepada pihak berkenaan jika melihat peranti tertentu dipasang.

“Kegiatan itu berjaya dibongkar selepas pengadu yang mempunyai latar belakang IT menyedari kewujudan alatan yang pelik pada mesin ATM terbabit sebelum melaporkannya kepada polis.

“Namun bagi orang biasa yang tiada kepakaran dalam bidang IT atau tahu kewujudan kes penipuan dengan cara canggih itu, mereka adalah mangsa mudah,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Akhbar semalam melaporkan mengenai penahanan seorang warga Poland pada 18 Disember lalu ketika dia mengeluarkan peranti yang dipasang di slot kad ATM di ibu negara bagi mencuri data dan nombor pengenalan peribadi (PIN) pengguna untuk menghasilkan kad ATM klon.
Izany berkata, polis sedang mendapatkan kerjasama dari bank bagi membolehkan siasatan dilakukan dengan lebih mendalam seterusnya membanteras kegiatan itu dari terus berleluasa.

Bank jarang laporkan

“Apa yang menjadi masalah ialah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kes-kes yang pernah berlaku kerana pihak bank jarang melaporkan kejadian seumpama itu kepada polis atas sebab-sebab tertentu.

“Ini kerana kebiasaannya, pelanggan yang menjadi mangsa penipuan akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak bank dan tidak melaporkannya pada polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Gesa mangsa lapor polis

Justeru itu, katanya polis meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa agar tampil membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan.

“Buat masa ini kita belum menerima sebarang laporan polis mengenai kehilangan wang dari akaun menggunakan modus operandi ini,” katanya.

Siasatan mendapati suspek yang kini direman hingga 6 Januari depan pernah masuk ke negara ini beberapa kali dengan kali terakhir pada 9 Disember lalu dan rekod perjalanan sebelum itu menunjukkan suspek berada di Indonesia.

Memburu air kencing unta?

Ketika baru dua hari, kami wartawan yang bergabung dalam media center haji (MCH), tiba di Madinah, kami membincangkan rancangan untuk membuat set, salah satunya tentang penternakan unta sekaligus mencuba susunya yang baru diperah.

Namun seorang pegawai haji yang sudah lama menetap di Arab Saudi menyatakan sekarang ini yang diburu bukan lagi susu unta melainkan kencingnya. Katanya, kencing unta boleh menjadi ubat bagi pelbagai penyakit berat.

Maka, kami pun akhirnya menuju penternakan unta di kawasan Abu Duud, Madinah. Di salah satu penternakan milik Khalid, kami melihat beberapa jemaah calon haji Indonesia sedang cuba susu unta. Beberapa juga membelinya untuk dimasukkan ke botol air minum meniral.

"Susu harganya 5 riyal," kata salah seorang pegawai penternakan dalam bahasa Bahasa Arab. Lelaki berkulit hitam gelap tinggi besar itu dengan cekap menapis susu unta ketika menuangnya ke dalam sebuah mangkuk kecil.

Di sekeliling kami hanya padang tandus dan gunung-gunung gersang. Cuaca sangat terik. Sepanjang mata memandang, tanah-tanah kering berdebu, selain gunung, hanya unta dalam kandang-kandang sederhana. Para 'penggembala' unta jumlahnya hanya sedikit berbanding jumlah unta yang begitu banyak.

Dengan cuaca yang panas, minum susu unta terasa sangat segar. Tidak cuma menyegarkan, susu unta juga memberikan tenaga yang banyak. Katanya susu ini mempunyai kandungan kalori lima kali berbanding nasi.

"Segar. Rasanya manis, padahal ditambah gula," kata salah seorang jemaah haji.

Penternakan unta milik Khalid merupakan salah satu ladang yang sering dikunjungi jemaah Indonesia. Ladang yang sudah dibuka selama 20 tahun ini mempunyai 12 pekerja dari Sudan. Untuk kerjanya itu, para penggembala 'itu tidur dan makan di ladang. Ada sofa-sofa lama yang warna kain pembungkusnya sudah luntur dan sebuah khemah kecil tempat para pekerja tidur.

"KTugas kami tidak cuma menjaga, tetapi juga memberi makan unta dan memerah susunya. Susu unta hanya kami peras kalau ada orang yang datang dan ingin membelinya sebab susunya tidak tahan lama," jelas Zul, salah seorang pekerja di ladang itu.

Pendapatan terbesar ternakan unta tentu adalah dari dagingnya. Unta yang besar hargai sekitar 15 ribu hingga 20 ribu riyal. Sementara unta yang kecil harganya antara 5 ribu sampai 7 ribu riyal.

Makanan unta adalah rumput. Tapi sayangnya rumput sangat mahal kerana tanah Arab sangat tandus, sehingga rumput pun tidak boleh tumbuh kecuali melalui rawatan yang menghabiskan kos sangat mahal. Seikat rumput harganya 5 riyal, lebih mahal daripada jus yang bersaiz 200 mililiter yang dihargai hanya 1 riyal ataupun kebab yang harganya hanya 4 riyal.

Pendek kata dengan wang 5 riyal orang sudah boleh makan dengan kenyang di Madinah. Mungkin kerana harga rumput yang mahal, makanan unta pun tidak hanya rumput, tapi juga roti kering.

Setiap unta menghasilkan susu yang berbeza-beza. Semasa susu banyak, satu unta boleh memberikan satu baldi susu yang beratnya sekitar 10 kilogram.

Setelah melawati kawasan penternakan, mengambil gambar unta-unta terdapat beberapa rakan merasa susu unta, kami pun bertanya berkenaan air kencing unta. Air kencing unta ukuran sekitar 250 mililiter ditawarkan dengan 100 riyal.

Pekerja itu bercerita, air kencing unta berfungsi untuk ubat. Cara memakainya boleh disapukan di kepala, di perut atau diminum terus. Untuk meyakinkan yang dijualnya kencing unta sebenar, si pekerja itu pun meminum kencing unta tersebut.

"Kalau diletak di dalam peti sejuk kencing unta ini boleh awet sampai berbulan-bulan," jelas pekerja tersebut.

Air kencing unta ini diceritakan boleh menyembuhkan penyakit buah pinggang  atau penyakit berat lain. Masalahnya apakah kencing unta itu halal atau haram untuk dimakan masih menjadi kontroversi.

Banyak yang berpendapat kencing adalah najis, sehingga minum kencing unta pun hukumnya haram. Tapi ada juga yang berpendapat lain, susu dan kencing unta disebut merupakan ubat yang dibenarkan.

Ketua Perkhidmatan Umum dan Bimbingan Ibadah Daker Madinah Djawahir Tantowi Majedi menyatakan kencing unta boleh dijadikan ubat bila dalam keadaan kecemasan.

"Kalau masih ada ubat yang lain ya sebaiknya dengan ubat yang lain saja," kata Djawahir.

Berenang dalam gudang wang di bank Switzerland


Switzerland adalah negara dengan sistem perbankan yang selamat dan amat privasi bagi para pelanggannya. Para jutawan kaya dari seluruh dunia sudah pasti menyimpan wang dalam bentuk tabungan atau deposit di Bank-bank Switzerland.

Bagaimana bank-bank Switzerland menyimpan dan menjamin wang para pelanggannya yang berasal dari berbagai penjuru dunia? Schweizer Volksbank, salah satu bank di Switzerland yang mula beroperasi pada 1912 amat terkenal sejak awal abad ke-20 berkenan membuka gudang simpanan wang dan safe deposit box mereka yang selamat dan selesa bagi para pelanggannya. Dalam salah satu gudang wang mereka, terdapat 8 juta wang logam.

Para pelanggan kaya bebas melakukan apa saja dalam gudang wang, termasuk berenang dalam lautan wang seperti yang biasa dilakukan oleh Paman Gober

Mereka juga dengan senang hati melayani permintaan pelanggan beliau, apabila pelanggan berniat memiliki gudang wang tersebut walaupun di rumahnya. Mereka akan melayani pemasangan. dijamin gudang wang tersebut sangat selamat dan tahan terhadap serangan bom atau pengganas sekalipun.





           

Macamana nak tahu orang itu Syiah?

Macam mana nak tahu orang itu Syi'ah?

Mengenali orang Syi'ah dan membuktikannya amat sukar kerana mereka ini beraqidah dengan 'Taqiyyah'-pembohongan yang dihalalkan demi menyembunyikan fahaman mereka.

Justeru, tulisan ini sekadar panduan am untuk mengelakkan anda terjebak namun tidak boleh dijadikan pemberat untuk menilai samada seseorang itu Syiah atau tidak.

1)Syiah tidak makan makanan laut yang bercangkerang dan arnab.

2)Syiah amat jarang bersolat di belakang sunni dan jarang menunaikan solat Jumaat.Bagi sesetengah cabang syiah yang lain,solat Jumaat tidak wajib.


3)Solat tanpa meletakkan tangan (bersedekap) di dada/bawah dada/atas pusat/bawah pusat,hanya meletakkan tangan di sisi dan mengakhiri solat dengan menepuk paha tanpa memalingkan wajah ke kiri atau kanan ketika memberi salam (solat syiah memang tidak diakhiri dengan salam)

4)Terkadang terlihat sikap melecehkan serta mempersenda hadith sahih.

5)Beranggapan para sahabat juga layak dikritik sebagaimana manusia biasa.Ini permulaan sebelum mereka masuk kepada fasa mengkafirkan sahabat.Sahabat yang sering menjadi mangsa Syiah ialah Abi Bakr,Umar,A'isyah,Hafsah,Uthman,Muawiyah dan Abi Hurayrah radhiyallahu 'anhum ajma'in.

6)Dalam penulisan,terdapat berberapa kependekan gelaran yang menjadi isyarat bahawa penulis ialah seorang Syiah.Antaranya:

-SAAW/SAAWS: Sallallahu 'alayhi wa aalihi wa sallam

-S.A-Salamullah 'Alayhi;Biasa ditulis selepas menyebut nama para Imam dan Ahlil Bayt.

-L.A- La'natullah 'alayh

7)Syiah berbuka puasa hanya setelah langit benar-benar gelap dan bintang mulai kelihatan.

8)Syiah hanya tidak bersolat Tarawih melainkan dalam keadaan Taqiyyah.

AMARAN: Rujuk pada mereka yang berkenaan jika ada yang disyaki sebagai Syiah dan tidak berpandukan tulisan ini untuk menuduh mana-mana individu sebagai Syiah.

Bersambung....

Allahu Akbar!

Berhati - hati ada Ajaran Sesat Medik.


Ajaran Sesat Medik?


Semakin hari semakin sesat lagi menyesatkan pula budaya satu "cult" yang berselindung di sebalik agama dan dakwah

Contoh:
1. Anak kecil tak perlukan vaksin. Vaksin adalah bahaya. Vaksin ciptaan Yahudi. Siapa guna vaksin bermakna sokong Yahudi rosakkan umat Islam.
2. Bersalin sendiri di rumah tanpa perlu ada doktor/bidan adalah fitrah. Kucing beranak tak pakai doktor pun.. orang dulu-dulu beranak kat rumah OK saja.. orang berzina bersalin sendiri, buang nak.. hidup je anak tu (TOLONG.. jangan samakan anak manusia dengan anak kucing..! dan TOLONG jangan samakan zuriat yang halal dan yang haram!)

Kesesatan "cult" tersebut bukan sahaja terkawal di kelompok kecil mereka. Mereka ini sedang menyebarkan amalan sesat ke seluruh negara.

Sememangnya "pregnancy is a physiological process". Tetapi pernahkah "cult-doktor-tanpa-tauliah" tersebut dengar istilah "komplikasi semasa hamil" : contohnya eclampsia, venous thromboembolic phenomenon, abruptio placenta, amniotic fluid embolism, post-partum hemorrhage dan lain-lain yang boleh meragut nyawa?

Persoalannya:
1. Bersediakah puak-puak yang menggelarkan diri mereka "doula" tersebut melakukan CPR (itu pun kalau mereka tahu apa itu CPR) dalam situasi kecemasan?
2. Bertanggungjawab 100% di atas kematian maternal (ibu mengandung) di bawah seliaan mereka (doula)

Memang diakui, pengamalan dalam proses melahirkan anak bukanlah pengalaman yang menyeronokkan..

Tetapi pengalaman untuk mendengar tangisan pertama anak itu adalah antara nikmat pertama selepas kelahiran.

Jika anak lahir di rumah, mengalami komplikasi seperti "perinatal asphyxia" (tidak cukup oksigen), lalu meninggal dunia, ataupun berakhir dengan HIE (kecacatan otak yang kekal) dan tidak menangis.. adakah anda masih bangga lahirkan anak di rumah? Atau.. ibu bapa pula yang menangis menyesal seumur hidup kerana memperjudikan nyawa anak.

Jangan biarkan diri anda, saudara-mara atau rakan-taulan anda terpengaruh oleh "cult" sesat yang berpotensi meragut dua nyawa (ibu dan anak) dengan kaedah cuba-cuba melahirkan anak di tangan yang manusia yang tiada ilmu.

Di hospital, setidak-tidaknya jika berlaku sesuatu kecemasan, pasukan-respons-kecemasan mampu berusaha menyelamatkan nyawa, selebihnya kita boleh bertawakal kerana kita sudah berusaha.

Di rumah (tanpa ada usaha ke pusat bersalin/hospital), kepada siapa anda hendak bertawakal jika tiada langsung usaha untuk memastikan diri anda dan kandungan selamat?

Dengan kedangkalan minda dan ketaksuban sekelompok manusia dengan "cult" sesat tertentu yang dengan mendabik dada berkata: "jangan risau bersalin di rumah.. saya sudah bersalin 3 kali di rumah, semuanya OK.. jangan takut... Tuhan bersama kita"...

Mungkin satu hari nanti kita akan dengar pula kejadian:
Pesakit stroke, serangan jantung, serangan acute asthma/COAD, pendarahan dari saluran usus (UGIB/LGIB) tidak lagi perlu datang ke hospital kerana yakin "Tuhan bersama mereka". Sedangkan perbuatan itu sama seperti membunuh diri.

Pihak kerajaan, dan majlis fatwa kebangsaan perlu memandang serius gelaja penularan "cult" sesat tersebut kerana ia boleh dianggap lebih berbahaya (kalau bukan setaraf) dengan Tuhan Harun, Ayah Pin, dan Black Metal.

Akhir kata: "in the land of the blind, a one-eyed man is king" (tafsiran saya: di alam orang jahil, orang ada sedikit saja ilmu dianggap hebat dan menjadi ikutan)