Friday, 23 May 2014

FESTIVAL BELIA NEGARA 2014

Selepas acara Malam Belia Berselawat yang penuh dengan keindahan, semua aktiviti dan zon Festival Belia Putrajaya 2014 bermula hari ini! Alhamdulillah, hujan renyai sebelum bermulanya program Malam Belia Berselawat telahpun berhenti kira-kira 10 minit selepas ia bermula.
Hadirin semakin selesa dan turut sama menyanyikan lagu-lagu nasyid didendangkan Kumpulan Abu Syaar dari Syria.
Keadaan yang sedikit basah tidak melunturkan semangat orang ramai pelbagai lapisan umur terutama anak-anak muda untuk terus bersama di dalam program ini.
Ada empat zon kesemuanya (Utara, Selatan, Timur, Barat) yang ada tema dan identitinya tersendiri. Jadi, pergi download peta festival sekarang juga untuk mengelakkan sesat. Dengan lebih dari 60 aktiviti berbeza, memang semua pun ada untuk pelbagai lapisan belia dan masyarakat.

Layari www.festivalbeliaputrajaya.com untuk jadual penuh dan peta.

No comments:

Post a Comment