Kami di #Zul & Zie Textile ingin mengucapkan #SELAMAT HARI IBU kepada wanita yang bergelar ibu di malaysia khususnya rakan dan pelanggan2 kami sama ada yang dekat mahupun jauh. tidak lupa juga kami doakan kepada wanita2 yang belum bergelar ibu, semoga gelaran ibu akan tiba pada diri anda suatu hari nanti. sama sama kita doakan.
Alhamdulillah
Pujian-pujian PadaMu Ya Allah
Selawat dan salam pada Rasulullah
اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Untukmu ibu, ditadah tangan
Mohon di beri kerahmatan dan ampunan
Dalam rahim tempat simpanan
Proses mula suatu kejadian
اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Anugerahkan kesihatan berpanjangan
Untuk ibu yang mengandungkan
Dari kesusahan menanggung kepayahan
Menjaga anak dalam kandungan
يَا اَللهُ
Anugerahkan sebesar-besar ganjaran
Untuk ibu yang melahirkan
Ketika nyawa dipersimpangan
Keselamatan anak jadi keutamaan
يَا اَللهُ
Anugerahkan kasih dan sayang
Untuk ibu yang menyusukan
Biarpun sibuk dalam tugasan
Namun ...
Anak kehausan tidak dibiarkan
يَا اَللهُ
Anugerahkan darjat kesabaran
Untuk ibu yang mendodoikan
Biarpun terpaksa berjaga malam
Yang penting ...
anak lena tiada gangguan
يَا اَللهُ
Anugerahkan sifat kecekalan
Untuk ibu yang membesarkan
Setiap pergerakkan di bawah pengawasan
Bagi memastikan tiada kecederaan
يَا اَللهُ
Anugerahkan sifat ketabahan
Untuk ibu yang diaibkan
Kerana anak yang melakukan
Tidak termaktub dalam pengajaran
يَا اَللهُ
Anugerahkan darjat ketinggian
Untuk ibu yang kesedihan
Mendoakan anak menjadi insan
Selepas solat tidak dilupakan
يَا اَللهُ
Anugerahkan kerahmatan
Untuk ibu yang tidak mengharapkan
Segala usaha diberi pembalasan
Yang penting..
Anugerah tuhan dapat dilaksanakan
يَا اَللهُ
Kami banyak berdosa
Khususnya pada ibu dan bapa
Dalam mengejar hidup bekerjaya
Meninggalkan mereka dalam derita
يَا اَللهُ
Kami banyak berdosa
Khususnya pada ibu tercinta
Menyimpan perasaan dalam jiwa
Dek karenah anak/menantu derhaka
يَا اَللهُ
Kami banyak berdosa
Pada ibu tercinta
Kerana isteri kita terlupa
Hak dan tanggungjawab yang ada
اَللهُ يَا اَللهُ
Pada ibubapa mohon kemaafan
Pada Mu Ya Allah mohon keampunan
Atas sebarang keterlanjuran
Agar... tidak menyesal kemudian
Jadikan kami..
Anak yang kenal erti budi
Tidak takbur meninggi diri
Walau sudah berkedudukkan tinggi
Demi mencari redhaMu ilahi
Segala apa yang diberi
Dari ibu yang dikasihi
Dari dulu hingga kini
Tak kan dapat dibayar ganti
Hanya doa galang ganti
Dari anak yang menginsafi
Merujuk pada hadis Nabi
Anak soleh yang memahami
اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Kini... ibu dimamah usia
Anak- anak jauh di mata
Hanya menanti khabar berita
PadaMu Ya Allah mohon dipelihara
Sekali lagi Ya Allah yang Maha Pencipta
PadaMu sahaja tempat meminta
Ampunkan segala dosa
Samada kecil atau besar ia
Dari kami juga ibubapa
Mudah-mudahan mengundang ke syur ga
Dan jauh dari segala sengsara
Jauhkan juga azab neraka.
Aminn......
No comments:
Post a Comment