Tidur sememangnya sangat diperlukan oleh manusia untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian. Tanpa rehat atau tidur yang cukup, badan kita akan letih dan tidak bermaya. Oleh itu, tidur amat penting dalam kehidupan seharian. Posisi atau cara tidur juga penting untuk merehatkan badan dengan betul.
Antara posisi – posisi tidur yang biasa ialah seperti tidur secara mengiring, terlentang, meniarap dan sebagainya.. Tapi tahukah anda tidur secara meniarap ini adalah dilarang oleh Nabi Muhammad Saw?
Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan,
“Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)
Habis tu apabkah tidur yang palig afdal ? Okay.. kita ikut tidur cara Nabi Muhammad S.A.W
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.
Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.
Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.
Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.
Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.
Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.
Rasanya tak ramai yang tahu sebenarnya tidur dalam keadaan ini adalah dilarang kerana ia adalah cara berbaring penghuni neraka. Ingat tu.. tapi kalau dah dalam keadaan tidak sedar, tidur lesak sampai meniarap tu kira tak sengaja okay kot.
No comments:
Post a Comment