Tuesday, 10 December 2013

10 Jenis manusia paling menjengkilkan di media maya.


10 jenis manusia paling menjengkelkan di Facebook. Ini tiada kena mengena antara satu sama lain, ianya sekadar hiburan semata-mata. Tapi jika anda terasa mungkin anda salah seorang!


1) Seorang yang sentiasa update status. Kiranya manusia jenis ini seorang yang ketagih nak update status, ke mana, buat apa, dengan siapa, semuanya mahu diberitahu. Tahukah anda ada orang yang tak ambil kisah pun tentang status yang anda update malah menyampah lagi ada. Langsung tiada rahsia.

Sebagai contoh: ‘Hari ini teringin nak makan ayam masak lemak cili api’. Ataupun ‘rasa nak potong rambut hari ini’…Macam-macamlah lagi dekat Facebook.

2) Seorang yang sentiasa check-in @ check-out tempat/traveller. Individu jenis ini hanya gunakan Facebook untuk beritahu di mana mereka check-in atau check-out sesuatu tempat. Lebih-lebih lagi jika mereka sedang bercuti, fuiyo penuh dengan news feed.

Sebagai contoh: Check-in di hotel sekian.

3) Seorang yang sentiasa muat naik gambar anak/baby mereka yang baru lahir. Masalahnya, kerap sangat muat naik gambar sampai orang menyampah.

4) ‘The Masterchef Wannabe’. Ada individu seperti ini, teruja untuk muat naik gambar mereka masak. Pagi petang siang malam dengan gambar masakan. News feed penuh dengan gambar masakan.Yang tiada kena mengena jadi rimas pula.

5) Manusia yang ketagih dengan game di Facebook. Semua game di Facebook mereka main, Candy Crush, Farmville, Mafia Wars. Malah ada yang sampai minta nyawa atau bagi notification dekat orang yang tiada kena mengena dengan game pun.

6) Manusia yang selalu minta ‘friend-request’. Mungkin mereka kawan lama anda yang inginkan talian persahabatan bercantum semula. Mereka ingin berkawan dengan anda sehingga gambar masa muda masih dalam simpanan.

7) ‘Self Promoter’. Individu jenis ini sangat menyakitkan hati. Sentiasa tag nama anda pada bisnes peribadinya. Anda jadi rimas dan menyampah pula. Kalau remove tag takut kecil hati pula tapi kalau setiap barang yag dijualnya ditag nama anda. Melampau pula.

8) Pasangan bercinta. Mereka langsung tiada rahsia malah yang agak privasi juga mahu dikongsikan pada semua. Gambar peribadi, masalah cinta semua mahu dikongsi. Contohnya: ‘Rindunya dekat si polan – letak gambar sekali’

9) Individu yang suka kongsi maklumat. Seorang yang sangat intelektual, gunakan Facebook untuk berkongsi berita, cerita menarik.

10) Individu yang suka ‘like’. Anda letak status atau kongsi apa-apa pun, individu tersebut hanya sukakan like tanpa berkata sesuatu.
#riz

No comments:

Post a Comment