Monday, 30 June 2014
FASHIONISTA MUSLIMAH 2014 JUBAH MODEN .
Baju jubah moden pelbagai jenis kain pelbagai saiz,warna,corak sama seperti dalam gambar berbatu bermanik dan tidak. kain amat selesa dipakai.
Untuk peminat jubah kesemua model memang cantik apabila digayakan. boleh dipakai ke mana saja terutamanya kemajlis2 rasmi atau kepejabat lebih cantik dipakai untuk ketibaan syawal akan datang. kami menawarkan koleksi2 ini pada harga istemewa untuk pelangan2 kami sempena ulang tahun PERTAMA kedai kami. jangan terlewat mendapatkannya selagi stock masih ada.
Untuk keterangan lanjut PM Zul & Zie Textile II dihttps://www.facebook.com/shop4oneMalaysia
dan di Mudah.my. PRO Niaga Z & Z T (http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=278953)
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
atau di http://zulzietextile.blogspot.com/.
#whatsAPP nombor diatas untuk join group info lebih pantas anda akan menerima lebih banyak iklan atau kunjungi galleri gambar ZUL & ZIE Textile II.
TAHUKAH ANDA KESAN SAMPINGAN MINYAK WANGI KEPADA DIRI ANDA ?
Artikel kali ini bukan dengan tujuan memburuk burukan produk wangian tetapi hanya sekadar untuk info yang harus anda tahu. Dengan itu anda harus bijak memilih minyak wangi yang anda akan gunakan dan sebaiknya jauhkan daripada membeli atau mengunakan winyak wangi yang mempunyai kandungan yang banyak. Terutamanya jika ianya beralkohol. Memang tidak dapat dinafikan, anda semua sukakan haruman, sehinggakan kereta dan blik tidur turut dihiasi dengan bahan pewangi. Namun, apa yang anda tidak sedari adalah risiko yang dibawa olehnya yang boleh membawa kesa terhadap kesihatan anda. Jika anda ingin tahu, terdapat lebih kurang 500 bahan kimia digunakan dalam produk wangian, yang kebanyakannya tidak disenaraikan di belakang produk.
Antara bahan kimia yang sering digunakan adalah etanol, aseton, alkohol benzil, metilena klorida, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh mengakibatkan anda kelesuan, ketegangan otot, lelah, radang kulit, alahan, pening dan sakit tekak.
Bagi anda yang menghidapi ekzema akan mengalami kesan yang lebih padah. Ini kerana kulit yang bermasalah akan menjadi lebih teruk sekiranya terkena bahan yang menggunakan ramuan pewangi, tidak kira sama ada ianya sabun ataupun syampu.
Dalam satu kajian saintifik turut mengesahkan bahawa kebanyakan bahan pewangi mempunyai kandungan neurotoksin yang tinggi, yang memberikan kesan negatif terhadap mental, fizikal dan emosi. Kesan-kesan tersebut berupaya mendatangkan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson.
Walaupun ada banyak kesan sampingannya, penghindaran diri dari bahan wangian bukanlah suatu perkara yang mudah kerana hampir semua produk jagaan peribadi mengandunginya.
PERHATIAN UTK IBU2 PLEASE SHARE THIS INFO UTK KEBAIKAN ANAK2 KITA..
5 Kebenaran Tentang Sosej !
Ramai yang tak tahu ttg kebenaran ini, ia perlu didedahkan dan disebarkan. Sosej adalah kebanyakkan kanak-kanak suka, hatta ibu dan ayah juga!
5 Kebenaran Tentang Sosej' ini :
1) Mengandungi Bahan-Bahan kimia 'deadly' Dangerous seperti :
- Nitrite
- Heterocyclic Amines (HCAs)
- Starch
- Various types of meat!
- High Salts
- High Fructose Syrup
- High MSG
- Artificial colouring ( Supaya warna hot dog jadi pinkish!)
- Perservatives
2) 7000 kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sosej yang mengandungi bahan-bahan di atas sangat berkait rapat dengan Kanser!
3) Kanak-kanak yang makan > 12 batang Sosej sebulan mempunyai risiko 9 kali lebih tinggi untuk mendapat Leukaemia.
4) Ibu mengandung yang makan Sosej >1 batang Hot dog setiap minggu akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat Barah otak!
5) Sosej meningkatkan risiko Kanser :
Kanser Usus - 50%
Kanser Pundi Kencing - 59%
Kanser Perut - 38%
Pankreas - 67%
Ini bukan Fakta yang di reka - Tapi adalah Fakta sebenar yang menunjukkan betapa pengguna di manipulasi oleh Food Industries!
Jauhkan aka 'Haram' kan ia dari anak-anak kita!
'Share' This Info If You Seriously Concern - Let other mothers know the truth!
Care For Our Lovely Kids!
INI IKLAN YANG MENYEBABKAN KEMARAHAN ORANG YAHUDI (2 GAMBAR)
Berita paling hot dan paling membuatkan umat islam marah apabila baru-baru ini tersebarnya video yang menghina Nabi Muhammad S.A.W ke seluruh dunia oleh puak-puak Yahudi ini, kemudian tidak lama selepas itu puak Yahudi ini terpaksa berhadapan dengan apa yang umat Islam di dunia rasai selepas turut dihina dalam sebuah iklan.
Sebuah syarikat pembuat pil membuatkan puak Yahudi Kalau nak tengok apa rupa iklan yang sebabkan Yahudi ni marah, meh usha kat bawah ni..
Gambar mengerikan mangsa kem tahanan rejim Nazi adalah mimpi buruk bagi sebahagian besar kaum Yahudi.
Namun, gambaran mengerikan itu justeru menjadi bahan jenaka sebuah surat kabar Estonia dengan menjadikannya sebuah iklan. Tidak hairanlah, iklan ini mengundang kemarahan banyak orang, terutama kaum Yahudi.
Iklan itu sendiri mempromosikan pil diet yang memaparkan sejumlah lelaki kelaparan dengan lokasi di kem mematikan terbesar di Jerman itu. Dalam iklan itu, terpampang tulisan,''Satu, Dua, Tiga, pil pelangsing Dr Mengele sangat berkesan untuk anda! Tak ada lagi orang gemuk di Buchenwald!"
Reaksi paling keras datang dari organisasi Yahudi. Mereka mengecam iklan di Eesti Ekspress yang diletakkan di bahagian jenaka surat khabar itu. ''Iklan ini amat mengelirukan dengan mengorbankan jutaan mangsa korban Nazi,'' ungkap Efraim Zuroff dari Pusat Simon Wiesenthal, Jerusalem.
Alla Jakobson, jurucakap komuniti Yahudi Estonia, berkata, insiden itu menunjukkan masyarakat Estonia mengalami masalah besar dalam moral dan nilai etika.
#Amekau... baru dye rasa amacam apa yang umat Islam di dunia rasai selepas turut dihina.
Friday, 27 June 2014
FASHIONISTA MUSLIMAH 2014 BAJU KURUNG MODEN.
Baju fishtail @ala2 kurung moden dan baju kurung moden.
baju kurung fishtail berserta kain sekali material ala2 jeans lembut tebal sejuk dipakai ada pelbagai saiz 36 hingga 46. koleksi terhad hanya ada 3 warna. baju kurung moden pelbagai saiz,corak,warna berbatu,manik dan tidak.
Kesemua model memang cantik apabila digayakan. boleh dipakai ke mana saja terutamanya kemajlis2 rasmi atau kepejabat lebih cantik dipakai untuk ketibaan syawal akan datang. kami menawarkan koleksi2 ini pada harga istemewa untuk pelangan2 kami sempena ulang tahun PERTAMA kedai kami. jangan terlewat mendapatkannya selagi stock masih ada.
Untuk keterangan lanjut PM Zul & Zie Textile II dihttps://www.facebook.com/shop4oneMalaysia
dan di Mudah.my. PRO Niaga Z & Z T (http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=278953)
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
atau di http://zulzietextile.blogspot.com/.
#whatsAPP nombor diatas untuk join group info lebih pantas anda akan menerima lebih banyak iklan atau kunjungi galleri gambar ZUL & ZIE Textile II.
baju kurung fishtail berserta kain sekali material ala2 jeans lembut tebal sejuk dipakai ada pelbagai saiz 36 hingga 46. koleksi terhad hanya ada 3 warna. baju kurung moden pelbagai saiz,corak,warna berbatu,manik dan tidak.
Kesemua model memang cantik apabila digayakan. boleh dipakai ke mana saja terutamanya kemajlis2 rasmi atau kepejabat lebih cantik dipakai untuk ketibaan syawal akan datang. kami menawarkan koleksi2 ini pada harga istemewa untuk pelangan2 kami sempena ulang tahun PERTAMA kedai kami. jangan terlewat mendapatkannya selagi stock masih ada.
Untuk keterangan lanjut PM Zul & Zie Textile II dihttps://www.facebook.com/shop4oneMalaysia
dan di Mudah.my. PRO Niaga Z & Z T (http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=278953)
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
atau di http://zulzietextile.blogspot.com/.
#whatsAPP nombor diatas untuk join group info lebih pantas anda akan menerima lebih banyak iklan atau kunjungi galleri gambar ZUL & ZIE Textile II.
Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Sumber : Darulharis
PENYAKIT SIFILIS DI BAHAGIAN TUBUH ANDA...............
KENAPA dengan wajah pada gambar di atas?
SIFILIS yang juga disebut sebagai 'raja singa' adalah satu penyakit kelamin yang sangat menakutkan dan mudah berjangkit. Penyakit ini disebabkan oleh hubungan seks bebas dengan berganti-ganti pasangan. Apabila telah dijangkiti maka akibatnya sungguh mengerikan kerana sifilis boleh merebak dan menjangkiti bahagian badan yang lain dan tidak terhad hanya di alat kelamin sahaja.
Gambar di atas adalah penyakit sifilis yang telah merebak dan menyerang bahagian wajah.
Sifilis yang telah menyebar ke bagian perut penderita |
Sebenarnya penyakit ini jika sudah didiagnosis atau sudah diketahui sejak awal, akan lebih mudah untuk dirawat sebelum menjangkiti kawasan genital dan menjalar ke bahagian tubuh yang lain.
Seperti inilah sifilis yang telah menjalar ke bahagian anus
Ini penyakit sifilis yang menyebar ke bagian tangan dan kaki
Rawatan penyakit ini dapat menggunakan antibiotik penisilin, tetrasiklin dan doxycycline.
Kalau tidak mahu dijangkiti penyakit ini, maka amalkan gaya hidup sihat dan setialah dengan pasangan anda yang sah!
Kalau tidak mahu dijangkiti penyakit ini, maka amalkan gaya hidup sihat dan setialah dengan pasangan anda yang sah!
(Telemeds.org, University Erlangen Journal of Medicine)
Wednesday, 25 June 2014
FASHIONISTA MUSLIMAH 2014. Baju kurung moden cotton baldu.
Baju kurung moden cotton baldu keluaran terbaru dan baju kurung kain digital printed 6D. ada pelbagai jenis kain,warna,corak dan saiz berbatu dan tidak berbatu. sama seperti dalam gambar kain amat selesa dipakai
Kesemua model memang cantik apabila digayakan. boleh dipakai ke mana saja terutamanya kemajlis2 rasmi atau kepejabat lebih cantik dipakai untuk ketibaan syawal akan datang. kami menawarkan koleksi2 ini pada harga istemewa untuk pelangan2 kami sempena ulang tahun PERTAMA kedai kami. jangan terlewat mendapatkannya selagi stock masih ada.
Untuk keterangan lanjut PM Zul & Zie Textile II dihttps://www.facebook.com/shop4oneMalaysia
dan di Mudah.my. PRO Niaga Z & Z T (http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=278953)
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
atau di http://zulzietextile.blogspot.com/.
#whatsAPP nombor diatas untuk join group info lebih pantas anda akan menerima lebih banyak iklan atau kunjungi galleri gambar ZUL & ZIE Textile II.
Kesemua model memang cantik apabila digayakan. boleh dipakai ke mana saja terutamanya kemajlis2 rasmi atau kepejabat lebih cantik dipakai untuk ketibaan syawal akan datang. kami menawarkan koleksi2 ini pada harga istemewa untuk pelangan2 kami sempena ulang tahun PERTAMA kedai kami. jangan terlewat mendapatkannya selagi stock masih ada.
Untuk keterangan lanjut PM Zul & Zie Textile II dihttps://www.facebook.com/shop4oneMalaysia
dan di Mudah.my. PRO Niaga Z & Z T (http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=278953)
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
atau di http://zulzietextile.blogspot.com/.
#whatsAPP nombor diatas untuk join group info lebih pantas anda akan menerima lebih banyak iklan atau kunjungi galleri gambar ZUL & ZIE Textile II.
Sumber Perubatan Rasulullah
Berikut ini sebahagian daripada rawatan melalui penawar yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah seperti Madu, habbatus sauda (Jintan Hitam), Air Zam-Zam dan Minyak Zaitun yang Insya Allah dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit dengan izin Allah Ta’ala:
1. MADU:
Allah Ta’ala berfirman,”Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan” (QS. An Nahl : 69)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Kesembuhan itu ada pada tiga hal, iaitu dalam pisau pembekam, meminumkan madu, perawatan dengan besi panas (kayy). Dan aku melarang umatku melakukan rawatan dengan besi panas” (HR. al Bukhari no. 5681)Dalam sebuah riwayat lain disebutkan,”Alaykum bisy syifaa-ayna al ‘asali wal qur-aani” yang artinya “Hendaknya kamu menggunakan dua macam penawar; madu dan al Qur’an” (HR. Ibnu Majah dan al Hakim dalam Sahih-nya, beliau berkata, Hadis ini sahih sesuai dengan sistem periwayatan al Bukhari dan Muslim, dan disetujui oleh al-Zahabi. Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu secara marfu’)Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah mengatakan, “Madu memiliki banyak khasiat. Madu dapat membersihkan kotoran yang terdapat pada usus, pembuluh darah, dapat menetralisir kelembaban tubuh, baik dengan cara dikonsumsi atau dioleskan, sangat bermanfaat untuk lanjut usia dan mereka memiliki keluhan pada dahak atau yang metabolismenya cenderung lembab dan dingin” (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 42-43)
2. HABBATUSSAUDA (JINTAN HITAM):
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Sesungguhnya di dalam habbatus sauda (jinten hitam) terdapat penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali kematian” (HR. al Bukhari no. 5688 dan Muslim no. 2215, ini lafazhnya Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)
Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah berkata: ‘Jintan hitam memiliki banyak sekali khasiat. Erti dari sabda Nabi, “Penawar segala jenis penyakit“, seperti firman Allah, “Menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabb-nya“, yakni segala sesuatu yang boleh hancur. Banyak lagi ungkapan-ungkapan sejenis. Jinten hitam memang berkkhasiat mengobati segala jenis penyakit dingin, bisa juga membantu kesembuhan berbagai penyakit panas karena faktor temporal’ (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 365)
3. AIR ZAM-ZAM:
Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Air zam-zam itu penuh berkah. Ia makanan yang mengeyangkan (dan obat bagi penyakit)”(HR. Muslim IV/1922, yang terdapat di dalam kurung adalah menurut riwayat al Bazzar, al Baihaqi dan ath Thabari dan sanadnya shahih, lihat Majma’uz Zawaa-id III/286).Imam Ibnu Qayyim rahimahullah menceritakan pengalamannya berkaitan dengan cara menyembuhkan penyakitnya dengan air zam-zam yang dikombinasikan dengan metode ruqyah dari al-Quran ini,’ Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang dokter atau ubat penyembuh. Lalu aku berusaha merawat dan menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat menakjubkan. Aku ambil segelas air Zamzam dan membacakan padanya surat al Faatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan kesembuhan. Selanjutnya aku bersandar dengan cara tersebut dalam merawat berbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku beritahu kepada orang banyak yang mengeluhkan suatu penyakit dan banyak dari mereka yang sembuh dengan cepat’ (Zaadul Ma’aad IV/178 dan al Jawaabul Kaafi hal. 23)
Minyak zaitun |
4. MINYAK ZAITUN:
Allah Ta’ala berfirman,“.. yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah Barat” (QS. An Nur : 35). Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Makanlah oleh kalian minyak (zaitun) dan poleskan dengannya, kerena sesungguhnya minyak (zaitun) itu dari pohon yang diberkahi” (HR. Ahmad III/497, at Tirmidzi no. 1851 dan Ibnu Majah no. 3319, dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih at Tirmidzi II/166)Sumber Bacaan: Kaedah Pengubatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah.
*Sumber dari facebook.com
CARA MENGESAN JIN DIDALAM TUBUH BADAN KITA
Assalamualaikum,,disini saya nak kongsi cara bagaimana untuk kita mengesan jin laknatuallah yang berada didalam tubuh badan kita. Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia" jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita, anda pegang dinadi sebelah kiri anda dan baca doa ini:
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x
2. Selawat Keatas Nabi 3x
3. Surah Al-Fatihah 1x
4. Ayat Kursi 3x
5. Zikir Lailahaillallah 100 x.
sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat diatas badan anda terasa seperti dibawah itu la tandanya tubuh badan anda dihuni jin laknatuallah, Segera la pergi membuat rawatan islam yang berhampiran.
1.Bergetar/mengigil
2.Panas
3.Pening.
4.Muntah
5.Terasa Benda Bergerak-gerak dibadan.
6.Mengantuk.
PESANAN. Jangan Lakukan Berseorangan Dirumah.
ANGKATAN TENTERA BELALANG MENYERANG ISRAIL.
Inilah bala apabila berjuta-juta angkatan tentera belalang menyerang wilayah Israel pada 5 Mac lalu. Sekumpulan belalang telah melintasi sempadan dari Mesir ke negara jiran Israel menimbulkan kebimbangan bahawa negara itu akan dibelenggu oleh serangan serangga itu.
Sekumpulan serangga lebih 30 juta telah memburukan tanaman di Mesir dan berhijrah ke negara itu meletakkan pihak berkuasa di Israel mengeluarkan arahan berjaga-jaga. Tetapi sekumpulan yang lebih kecil beberapa juta belalang kini telah melanda Israel.
Belalang juta datang kelompok di atas tanah di perkampungan Israel Kmehin di Gurun Negev berhampiran sempadan Mesir.
Kementerian Pertanian negara itu telah menghantar pesawat untuk menyembur racun perosak ke atas kawasan pertanian pada hari Isnin untuk mengelakkan kerosakan oleh belalang dan menubuhkan hotline kecemasan dan meminta penduduk Israel melaporkan serangan perosak itu.
Serangga menyerang kawasan pertanian meliputi hampir 2,000 ekar di padang pasir semalaman, kata pegawai. Pihak Israel menyembur racun perosak dari udara dan tanah untuk cuba untuk membunuh serangga itu pada awal pagi.
Miriam Freund, pengarah perlindungan tumbuhan di Kementerian Pertanian menubuhkan talian hotline utk petani buat aduan dalam kes ini. “Kami berharap tindakan kita berkesan, ‘satu juruterbang pesawat menyembur berkata di Radio Tentera. ‘Mari kita berharap kerosakan akan menjadi minimum.’
#Inilah balasan dari Allah SWT akibat kekejaman dan kejahatan Zionis. Apabila Belalang Juta ini menyerang sememangnya banyak kerosakkan pasti yang akan berlaku. Belalang juta mampu memakan anggaran tumbuhan hijau seberat jisim badan mereka setiap hari.
Monday, 23 June 2014
FASHIONISTA MUSLIMAH 2014. BAJU KURUNG MINI MODEN.
Baju kurung mini moden (ala2 kurung kedah) kain chiffon berkualiti full lyning ada pelbagai saiz,warna,corak dan bermanik. sama seperti dalam gambar.
Kesemua model memang cantik apabila digayakan. boleh dipakai ke mana saja terutamanya kemajlis2 rasmi atau kepejabat lebih cantik dipakai untuk ketibaan syawal akan datang. kami menawarkan koleksi2 ini pada harga istemewa untuk pelangan2 kami sempena ulang tahun PERTAMA kedai kami. jangan terlewat mendapatkannya selagi stock masih ada.
Untuk keterangan lanjut PM Zul & Zie Textile II dihttps://www.facebook.com/shop4oneMalaysia
dan di Mudah.my. PRO Niaga Z & Z T (http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=278953)
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
atau di http://zulzietextile.blogspot.com/.
#whatsAPP nombor diatas untuk join group info lebih pantas anda akan menerima lebih banyak iklan atau kunjungi galleri gambar ZUL & ZIE Textile II.
Kesemua model memang cantik apabila digayakan. boleh dipakai ke mana saja terutamanya kemajlis2 rasmi atau kepejabat lebih cantik dipakai untuk ketibaan syawal akan datang. kami menawarkan koleksi2 ini pada harga istemewa untuk pelangan2 kami sempena ulang tahun PERTAMA kedai kami. jangan terlewat mendapatkannya selagi stock masih ada.
Untuk keterangan lanjut PM Zul & Zie Textile II dihttps://www.facebook.com/shop4oneMalaysia
dan di Mudah.my. PRO Niaga Z & Z T (http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=278953)
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
atau di http://zulzietextile.blogspot.com/.
#whatsAPP nombor diatas untuk join group info lebih pantas anda akan menerima lebih banyak iklan atau kunjungi galleri gambar ZUL & ZIE Textile II.
waktu yang paling tidak sehat meminum air.
Waktu yang paling tak sihat minum air atau sebarang minuman adalah ketika makan!
Air yang di ambil semasa makan akan memberi kesan buruk kerana :
1. Mencairkan air liur yang penting untuk penghadaman
2. Air akan mengalirkan makanan dari mulut ke kantung perut dan saluran usus lebih cepat. Ini menyebabkan penhadaman yang kurang sempurna.
3. Air yang diminum semasa makan akan mencairkan enzim-enzim dalam perut - mengganggu penghadaman protein dan karbohidrat dan menyebabkan penghadaman yang tidak sempurna - fermantasi dan gas di dalam sistem usus.
So, bila nak minum?
Minum sebelum makan atau hanya 1 jam selepas makan.
Unless tercekik - itu kes lain la... hihi. Dalam maksud yang sama sebenarnya, tercekik menunjukkan anda makan terlalu laju dan tidak cukup dikunyah. Ini juga tabiat yang tidak sihat
Jom Ubah!
- Dr. Malinda
PEMBONGKARAN! - KELEBIHAN SAINTIFIK AL-QURAN NUR KARIM KEJADIAN ALAM SEMESTAR
Sepertimana yang kita tau pada 14 abad lalu, Tuhan telah menurunkan kitab suci Al-Qur’an kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat ianya diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.
Gaya uslub dan ketinggian hikmah yang tiada tandingan yang terdapat di dalam kitab ini adalah bukti yang amat jelas bahawa ianya adalah kalam suci Tuhan. Sebagai tambahan, kitab ini mengandungi ciri-ciri keajaiban yang membuktikan bahawa ianya adalah wahyu kudus dari Tuhan. Satu dari ciri-ciri ini ialah kenyataan bahawa sejumlah kebenaran saintifik yang hanya mampu disingkap melalui kemajuan teknologi di abad ke 20 ini sebenarnya telah pun diungkapkan di dalam Al-Qur’an 1400 tahun dahulu.
Sudah tentu Al-Qur’an bukanlah sebuah kitab sains. Tetapi, banyak fakta-fakta saintifik yang dinyatakan secara jelas dan dengan cara yang amat mendasar dalam surahnya hanya mampu disingkap melalu kecanggihan teknologi abad ke 20. semua fakta ini tidak diketahui ketika masa penurunan wahyu dan ini juga adalah bukti bahwa Al-Qur’an adalah kalam Tuhan.
Untuk memahami keajaiban saintifik Al-Qur’an, pertamanya kita akan melihat tahap kemajuan sains ketika mana kitab suci ini diturunkan.
Pada abad ke 7, ketika Al-Qur’an diwahyukan. Masyarakat arab telah pun memiliki kepercayaan khurafat dan yang tidak berasas yang berkaitan dengan isu-isu saintifik. Kedaifan peralatan teknologi untuk menyelidiki alam semesta dan bumi menyebabkan masyarakat ini mempercayai kepada legenda-legenda yang diwariskan dari generasi ke generasi, mereka mendakwa sebagai contoh, bahawa gunung-ganang menongkat langit, mereka percaya bahawa bumi adalah datar dan bahawa di sana terdapat gunung-gunung yang tinggi terletak di setiap penghujungnya. Mereka menyangkakan bahawa gunung-gunung ini adalah tiang yang menyebabkan kubah langit di atas.
Tetapi, semua kepercayaan khurafat masyarakat arab ini ditolak oleh Al-Qur’an. Dalam surah Ar-Ra’d ayat ke 2 dinyatakan: Tuhanlah Dia yang meninggikan langit-langit tanpa tiang Ayat ini telah membatalkan kepercayaan bahawa langit yang berada di atas kerana sokongan gunung-ganang. Dalam banyak subjek lain, fakta-fakta penting telah dinyatakan ketika mana tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya.
Al-Qur’an diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit mengenai astronomi, fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan yang membenarkan kehidupan di atas muka bumi. Sekarang, mari kita lihat beberapa keajaiban saintifik yang dinyatakan di dalam kitab suci Al-Qur’an bersama-sama.
Kewujudan Alam Semesta
Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur’an dalam ayat berikut;
Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An’aam:101.
Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur’an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur’an 1400 tahun lalu.
Pengembangan Alam Semesta
Dalam Al-Qur’an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;\
Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)
Edwin Hubble
Pada tahun 1925, ahli astronomi Amerika yang bernama Edwin Hubble, membentangkan bukti hasil kajiannya bahawa semua galaksi semakin menjauhi antara satu sama lain, yang membayangkan alam semesta ini sedang mengembang. Pengembangan alam semesta kini diiktiraf sebagai fakta sains.
Perkataan Arab ´musi´u´n diterjemahkan dengan betul kepada ´mengembangkannya´, dan ia merujuk kepada penciptaan alam semesta yang amat besar dan sedang mengembang.

Perkataan ‘langit’ yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur’an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur’an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.
Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa ‘alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa’. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.
Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le’maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.
Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan.
Stephen Hawking, dalam bukunya, A Brief History of Time, berkata, ´Penemuan bahawa alam semesta ini sedang mengembang merupakan salah satu dari revolusi intelek yang amat hebat di kurun ke 21.´
Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur’an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur’an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.

Pemisahan Langit Dan Bumi
Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.
“dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya.
Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?”. (Surah Al-Anbia: 30)
Kalimah ‘ratq’ diertikan sebagai dijahit yang bermaksud ‘dikumpul bersama, dicampur’ dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa ‘Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.
Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur’an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.
Orbit
Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur’an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;
Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)
Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur’an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur’an;
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya ‘berenang’ melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.
Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur’an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit ‘dipenuhi dengan lintasan dan orbit’ seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur’an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur’an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur’an sebenarnya adalah kalam Tuhan.
Bentuk Sfera Bumi
“Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam… (Surah Az-Zumar:5)
Dalam Al-Qur’an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai ‘membalut’ dalam ayat di atas adalah ‘takwir’, dan dalam bahasa inggeris, ia bermakud ‘menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.
Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur’an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.
Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur’an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur’an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam semesta.
Matahari Akan Padam Selepas Tempoh Tertentu
Cahaya matahari dihasilkan oleh proses kimia di permukaannya yang telah berlaku sejak lima billion tahun dahulu. Ia akan padam pada suatu masa nanti apabila matahari kelenyapan bahan api yang akan membawa kepupusan kehidupan di bumi ini.
Ayat al-Quran menyebut mengenai perkara ini:
(Mesej yang sama difirmankan oleh Allah s.w.t sebagaimana terkandung di dalam al-Quran menerusi ayat-ayat 13: 2, 35: 13, 39: 5 and 39: 21)
Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah ´mustaqarr´, yang bermakna tempat atau masa yang telah ditentukan. Justeru, al-Quran menyatakan matahari bergerak menuju ke satu tempat yang ditetapkan dan perkara itu akan berterusan sehingga ke satu tempoh yang telah ditetapkan – bermakna ia akan padam atau tamat. Selain itu ,Ahli Fizik Ukraine telah mengkaji kebenaran Matahari akan terbit di barat suatu hari nanti.
Al-Quran dan Alam Semestar
Al-Quran menyebut mengenai alam semesta, sebelum manusia belajar membuat teleskop. Ada yang berkata fakta-fakta astronomi di dalam al-Quran tidaklah mengejutkan kerana orang Arab memang mahir di bidang astronomi. Mereka memang betul bila berkata orang Arab mahir di bidang astronomi.
Bagaimanapun mereka gagal menyedari bahawa al-Quran diturunkan sebelum orang Arab menjuarai bidang astronomi. Selain daripada itu, kebanyakan fakta-fakta saintifik yang disebut di atas mengenai astronomi, seperti asal usul alam semesta dari Big Bang, tidak diketahui oleh orang Arab walaupun sehingga zaman kegemilangan sains mereka.
Oleh hal yang demikian itu, fakta saintifik di dalam Al-Quran bukan disebabkan oleh keunggulan orang Arab di bidang astronomi. Malahan, yang sebaliknya betul. Orang Arab menjuarai astronomi kerana astronomi disebut di dalam al-Quran.

´Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaa Siin: 38)
(Mesej yang sama difirmankan oleh Allah s.w.t sebagaimana terkandung di dalam al-Quran menerusi ayat-ayat 13: 2, 35: 13, 39: 5 and 39: 21)
Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah ´mustaqarr´, yang bermakna tempat atau masa yang telah ditentukan. Justeru, al-Quran menyatakan matahari bergerak menuju ke satu tempat yang ditetapkan dan perkara itu akan berterusan sehingga ke satu tempoh yang telah ditetapkan – bermakna ia akan padam atau tamat. Selain itu ,Ahli Fizik Ukraine telah mengkaji kebenaran Matahari akan terbit di barat suatu hari nanti.
Al-Quran dan Alam Semestar
Al-Quran menyebut mengenai alam semesta, sebelum manusia belajar membuat teleskop. Ada yang berkata fakta-fakta astronomi di dalam al-Quran tidaklah mengejutkan kerana orang Arab memang mahir di bidang astronomi. Mereka memang betul bila berkata orang Arab mahir di bidang astronomi.
Bagaimanapun mereka gagal menyedari bahawa al-Quran diturunkan sebelum orang Arab menjuarai bidang astronomi. Selain daripada itu, kebanyakan fakta-fakta saintifik yang disebut di atas mengenai astronomi, seperti asal usul alam semesta dari Big Bang, tidak diketahui oleh orang Arab walaupun sehingga zaman kegemilangan sains mereka.
Oleh hal yang demikian itu, fakta saintifik di dalam Al-Quran bukan disebabkan oleh keunggulan orang Arab di bidang astronomi. Malahan, yang sebaliknya betul. Orang Arab menjuarai astronomi kerana astronomi disebut di dalam al-Quran.
#Subhanallah, lihatlah betapa banyak kebenaran Al-Quran terhadap kajian saintifik. Sepertinya Al-Quran ini adalah apa yang berlaku dari permulaan penciptaan sehinggalah apa yang bakal berlaku setelah kiamat dan juga perkara-perkara yang ghaib bagi kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)