Thursday 3 April 2014

6.7 Juta Penduduk Terjejas Selepas Catuan Air peringkat Keempat Bermula.

Notis & Jadual Catuan Air Peringkat Ke Empat (4) di Selangor & KL

Catuan Bekalan Air
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Terkini...Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mengeluarkan secara rasmi Notis dan Pelan Jadual Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat (4) yang akan berkuatkuasa 4 April sehingga 30 April 2014

Pelan Jadual Catuan Air Peringkat Pertama (1) dan Ketiga (3) juga dilanjutkan sehingga 30 April 2014. Sila lakukan persiapan yang sewajarnya. Semak juga kawasan anda kerana Pelan Catuan Air Peringkat ke 4 ini juga merupakan tambahan kawasan dari Pelan Catuan Air Peringkat Pertama dan Ke 3

Berikut adalah Notis Dan Pelan Jadual Catuan Bekalan Air Peringkat ke 4 dan Lanjutan Tempoh Catuan Peringkat Pertama & Ke 3 yang dikeluarkan oleh pihak SYABAS. Kawasan & Zon Terlibat juga boleh anda dilihat dibawah ini :

NOTIS CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KEEMPAT DAN LANJUTAN TEMPOH CATUAN DI PERINGKAT PERTAMA DAN KETIGA BAGI NEGERI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Adalah dimaklumkan berikutan keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan jumlah pengurangan pelepasan air mentah dari 500 Juta Liter Sehari (JLH) kepada 1,000 JLH dari Empangan Sungai Selangor dan 30 JLH dari Empangan Klang Gates, pihak SYABAS telah diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat untuk dilaksanakan bagi menghadapi pengurangan bekalan air terawat yang disebabkan oleh keputusan ini.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 28 Mac 2014. Perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini melibatkan beberapa kawasan baru sebagai tambahan kepada kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Pelan Catuan Peringkat Ketiga di sembilan (9) wilayah iaitu daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat akan berkuatkuasa mulai 4 April 2014 hingga 30 April 2014 atau ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa yang sama, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang sedang berjalan pada masa ini dilanjutkan mulai 1 April 2014 sehingga ke satu tarikh yang sama seiring dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat. 

Adalah dengan ini dimaklumkan juga bahawa Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini akan dilaksanakan secara berasingan (separately) dengan jadual yang berlainan daripada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga (Zon 1 dan 2).

Kawasan tambahan yang telibat di dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat dibahagikan kepada Zon 3 dan 4. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kawasan tambahan kepada Zon 1 dan Zon 2 pada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga seperti yang diperincikan di dalam Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini dan akan dilaksanakan mengikut jadual pelan tersebut.

Kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Zon 1 dan Zon 2 di dalam Pelan Catuan Peringkat Pertama dan Ketiga ini adalah sama seperti yang disenaraikan di dalam notis yang dikeluarkan kepada pengguna masing-masing pada 25 Februari 2014 dan 7 Mac 2014 yang lalu. Bagi mendapatkan maklumat mengenai kawasan yang terlibat, para pengguna disarankan merujuk kepada notis tersebut di laman web SYABAS (www.syabas.com.my).


Untuk makluman, perlaksanaan Catuan Bekalan Air ini akan diselaras oleh pihak SPAN dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan SYABAS. 

1. TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT PERTAMA, KETIGA DAN KEEMPAT 

  • Bermula pada 27 Februari (Khamis) hingga 30 April 2014 atau satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. 

2. KAWASAN TERLIBAT 

  • Peringkat Pertama (Zon 1 dan 2) – seperti tersenarai di dalam notis catuan bertarikh 25 Februari 2014 
  • Peringkat Ketiga (Zon 1 dan 2) – seperti tersenarai di dalam notis catuan bertarikh 7 Mac 2014 dan kawasan tambahan seperti di dalam JADUAL 16, 17, 18 dan 19 
  • Peringkat Empat (Zon 3 dan 4) – seperti tersenarai di dalam JADUAL 1 hingga 15

3. JADUAL CATUAN BEKALAN AIR 

  • Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air. 
  • Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu. 
  • Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu. 
  • Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan

Jadual Agihan Air Mengikut Tarikh Dan Zon


KAWASAN CATUAN PERINGKAT KETIGA (ZON 1 DAN 2)
Sila ke Link berikut : Jadual Catuan Air Peringkat Ke 3


Berikut adalah Kawasan & Zon yang terlibat : 
KAWASAN CATUAN PERINGKAT KEEMPAT
KAWASAN BARU (ZON 3 DAN 4)
(klik imej untuk paparan lebih jelas)


1. Gombak

2. Kuala Lumpur


3. Kuala Selangor


4. Petaling & Sepang


5. Hulu Langat


6. Klang, Shah Alam, Kuala Langat & USJ



7. Hulu Selangor


8. Kuala Langat



KAWASAN TAMBAHAN PERINGKAT KETIGA 
(ZON 1 DAN 2)

Anda juga boleh semak (print) zon dan kawasan anda melalui Link berikut : 
syabas.com.my3 (pdf file) - Peringkat ke 3
syabas.com.my4 (pdf file) - Peringkat ke 4

jika bermasalah loading, sila ke link :

4. POLISI CATUAN BEKALAN AIR

  • Tiada bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik bagi zon yang dijadualkan tiada air KECUALI bagi pengguna-pengguna kritikal atau situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian, kenduri, pusat dialysis, hospital (kerajaan/swasta) dan rumah kebajikan
  • Bagi zon dijadualkan ada bekalan air tetapi mengalami gangguan bekalan air disebabkan berada dikawasan tinggi atau dihujung sistem agihan, bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik akan disediakan. Keutamaan tangki-tangki statik akan diletakkan ditempat-tempat yang sesuai mengikut keutamaan
  • Kawasan dan pengguna yang tidak dikenakan catuan bekalan air:-  
        o Pusat pentdabiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan pusat pentadbiran 
           Kerajaan Negeri Selangor & Pusat Bandaraya Kuala Lumpur 
        o Lapangan terbang antarabangsa KLIA dan Subang 
        o Pelabuhan Kelang (PKFZ) 
        o Zon Perdangan Bebas (FTZ) 
        o Hospital Kerajaan dan Swasta 
        o Pusat Dailisis


5. KERJASAMA DARIPADA PENGGUNA

  • Para pengguna disarankan untuk berjimat-cermat dalam menggunakan air, menghadkan kegunaan untuk keperluan utama sahaja, mengelakkan pembaziran dan penggunaan kurang kritikal seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mengisi kolam renang dan menyiram tanaman hiasan 
  • Pengguna ditegah dari melakukan aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakan sistem paip agihan kerana ianya akan menyebabkan pembaziran dan lebih banyak kehilangan/kekurangan bekalan air dan menyebabkan masalah kekurangan bekalan air bertambah teruk. Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi. 
  • Para pengguna diminta memahami situasi dan bersabar apabila panggilan tidak dapat menembusi talian PUSPEL kerana jumlah panggilan yang diterima dijangka amat tinggi pada sesuatu masa dan melampaui kapasiti PUSPEL. 

6. Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan sila hubungi Puspel 

Jadual Catuan Peringkat ke 4 ini adalah tambahan kawasan dari Pelan Catuan Pertama & Ke 3. Kesemua Pelan ini dijangkakan berakhir pada 30 April 2014.

Semoga maklumat ini dapat membantu mereka yang terlibat melakukan persiapan yang sewajarnya agar tidak berlaku sebarang masalah apabila dilaksanakan kelak. Informasi ini dikeluarkan oleh pihak SYABAS melalui http://www.syabas.com.my/ Sebarang ralat haruslah dirujuk terus kepada pihak SYABAS.


Keadaan terkini Empangan Sungai Selangor yang kritikal

Terima kasih...dan bersamalah kita berdoa,
“Kami memohon keampunan dariMu Allah, kami memohon keampunan dariMu Allah, kami memohon keampunan dariMu Allah, Ya Allah sesungguhnya kami memohon keampunanMu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka hantarkanlah kepada kami hujan lebat yang mencurah-curah.”
Sheikh Saud ibn Ibrahim ibn Muhammad al-Shuraim hafidzahullah. Khutbah Istisqa' 18 Februari 2013, Masjidil Haram, Makkah Al Mukarramah.

No comments:

Post a Comment