Thursday 3 April 2014

Orang Melayu Kena Contohi Bangsa Ini

Orang Melayu Kena Contohi Bangsa Ini

KUALA LUMPUR: Orang Melayu kena contohi orang Cina yang terus mendaftar anak mereka sebagai pengundi apabila genap usia 21 tahun.

Menurut Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, daftar pengundi Cina pada masa ini lebih tinggi iaitu 32 peratus walaupun mereka merupakan 24.7 peratus daripada keseluruhan penduduk.

“Adalah penting untuk mendaftar semua pengundi Melayu yang layak kerana pada masa ini cuma 60 peratus yang berdaftar walaupun orang Melayu membentuk 68 peratus daripada penduduk negara ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penutup Konvensyen Umno Bahagian Batu di sini semalam.

sumber : freemalaysia today

Tidak guna jika Melayu merungut bahawa mereka semakin hilang kuasa di tanah air sendiri jika mereka sendiri malas nak daftar sebagai pengundi. Di negeri Pulau Pinang,Perak dan wilayah Kuala Lumpur, populasi kaum jauh berbeza dengan peratus pengundi berdasarkan kaum.

Contohnya di Pulau Pinang, mengikut Department of Statistic bilangan Melayu ialah 676.9 ribu (42%) manakala Cina 658.7 ribu (41%). Tetapi mengikut SPR, jumlah pengundi Melayu ialah 33.63% dan cina 55.05%. (Department of Statistic, 2010)

Secara jelas, ramai orang Melayu di Pulau Pinang tidak daftar sebagai pengundi walaupun mereka majoriti, jadi tidak patut mereka merungut ditindas dari segi politik dan ekonomi kerana mereka ada kuasa untuk ubahnya.

Sepatutnya apabila kita gagal, kita perlu salahkan diri sendiri sebelum salahkan orang lain.

No comments:

Post a Comment