Wednesday, 12 February 2014
15 Kelebihan sujud yang mungkin kita tidak tahu.
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah
waktu manusia paling menggalakkan sistem
pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ
ke tempat asalnya.
Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang
diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika
sembahyang.
Berikut merupakan 15 Kelebihan
Sujud Di Dalam Solat. Semoga ia dapat
memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat
wajib dan mengejar berbuat solat sunat.
1.Membetulkan kedudukan buah pinggang yang
terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2.Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3.Melegakan sakit hernia.
4.Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
5.Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks
atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah
paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
6.Meringankan bahagian pelvis.
7.Memberi dorongan supaya mudah tidur.
8.Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut
serta punggung ketika akan sujud dan bangun
daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan
menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,
secara semula jadi dan ia juga akan memastikan
kelancaran perjalanan darah.
9.Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan
buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.
10.Sujud juga mampu mengurangkan
kegemukan.
11.Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga
boleh memudahkan wanita bersalin. organ
peranakan mudah kembali ke tempat asal serta
terhindar daripada sakit gelombang perut .
(Convulsions).
12.Organ terpenting iaitu otak kita juga akan
menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
13.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba
menerima pengepaman darah ke otak secara
kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur
darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula,
sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis
sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.
Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud
dalam solat yang lama akan menambahkan
kekuatan aliran darah ke otak yang boleh
mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran
sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Subhanallah.. inilah kekuasaan Allah SWT..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment