Difahamkan Orang ramai yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 boleh menyemak akuan bank masing-masing mulai esok 22/2/14 apabila bantuan itu dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini.
Beliau berkata, pengalaman kerajaan menguruskan BR1M sebelum ini menyebabkan mereka mengambil perhatian terhadap semua maklum balas penerima BR1M.
“Sebelum ini, terdapat rungutan di mana penerima BR1M perlu menunggu lama dan beratur panjang untuk menerima wang BR1M sehingga menyebabkan keadaan tidak selesa.
“Oleh itu, kabinet bersetuju meluluskan pemberian BR1M 3.0 kali ini disalurkan terus kepada penerima menerusi akaun bank tanpa melalui pelbagai prosedur menyusahkan mereka,” katanya.
#Zul Zie Textile - Untuk mengelak kekeliruan kepada penerima BR1M samaada wang sudah dimasukkan atau belum admin nasihatkan penerima BR1M perlu memastikan berapa jumlah baki wang simpanan masing masing di account sebelum 22/2/14. TQ.
No comments:
Post a Comment