Monday, 17 February 2014

Subsidi Sehingga RM30,000 bagi pembeli yang layak memohon program MYHOME.

Jangan Lepaskan Peluang!!!

Program MyHome akan dilancarkan April ini bagi membolehkan pembeli rumah yang layak diberikan subsidi maksimum sehingga RM30,000 untuk mereka membeli rumah terpilih pada harga kos rendah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Majlis Perumahan Negara, yang dipengerusikan beliau hari ini.
Beliau berkata mesyuarat juga bersetuju memperuntukkan RM300 juta tahun ini bagi menjayakan program berkenaan, yang disasar untuk melibatkan 10,000 unit rumah.
Katanya menerusi program itu, subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
"Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan," katanya dalam persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di bangunan Perdana Putra di sini.
Najib berkata ini bermakna pembeli hanya perlu membayar rumah itu mengikut harga rumah kos rendah di negeri berkenaan, iaitu RM40,000, manakala baki RM30,00 akan dibayar oleh kerajaan.
Majlis Perumahan Negara diumumkan penubuhannya pada pembentangan Bajet 2014 bagi tujuan memantau, menyelaras dan merumus pelbagai inisiatif untuk memastikan hasrat kerajaan membina satu juta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun tercapai.
Perdana Menteri berkata antara syarat yang ditetapkan peserta program ini ialah pembeli perlu memperoleh berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dan mereka tidak boleh menjual rumah itu dalam tempoh 10 tahun.
Katanya pemaju boleh memohon untuk dipertimbangkan ke program ini oleh sebuah jawatankuasa di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan nanti, dan apabila diluluskan barulah mereka boleh iklankan unit-unit yang layak diberi subsidi berkenaan, manakala dari segi pembayaran, kerajaan akan membayar terus kepada pemaju.
"Ini supaya pembeli dapat manfaat daripada skim ini, dan ia memudahkan lagi bagi mereka mendapat pinjaman bank, sebab mereka sudah layak untuk dipertimbangkan," katanya.
Sementara itu, Najib berkata mesyuarat juga memutuskan untuk membangunkan pangkalan data secara menyeluruh berhubung sektor perumahan, yang dinamakan 'MyHome Exchange'.
Beliau berkata pangkalan data itu amat berguna kepada kerajaan, bagi membolehkan Majlis Perumahan Negara mendapat maklumat tepat dalam menentukan halatuju dan perkembangan industri perumahan, di samping maklumat lebih lengkap berkaitan aspek permintaan dan penawaran unit rumah.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika ditemui berkata 'MyHome Exchange' akan dilancarkan dalam masa tiga atau empat bulan.
Menurutnya MyHome Exchange merupakan pusat sehenti dalam mendapatkan maklumat tentang sesebuah projek perumahan.
"Ia berbeza jika dibandingkan dengan laman web yang ada sekarang seperti iproperty.com, kerana MyHome Exchange ini akan mempunyai sebuah pangkalan data yang lengkap termasuk status terkini sebuah projek perumahan baharu...contohnya projek perumahan berkenaan telah siap mungkin 30 peratus atau 50 peratus," katanya.
Beliau berkata MyHome Exchange akan mempunyai pangkalan data dan butiran lengkap tentang pemaju perumahan swasta dan projek perumahan kerajaan seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia, Syarikat Perumahan Negara Berhad, 1Malaysia Development Berhad dan Jabatan Perumahan Negara. 
Sementara Itu Pula di Johor
Gambar: Like ---> Johor Times
Visit --> http://www.johortimes.my/

Kerajaan Negeri pada hari ini ingin mengumumkan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah. Melalui skim ini kerajaan negeri akan menghapuskan kadar faedah sebanyak 4% bagi pinjaman perumahan kakitangan awam negeri berkuatkuasa 1 Mac 2014. Manakala bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong dari gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada bulan April hingga Mei 2014 dan bayaran balik mengikut jadual baru skim ini akan dilaksanakan pada bulan Mei atau Jun tahun ini.Kerajaan Negeri Johor ingin jadi negeri pertama yang ambil langkah ini.Jawabnya syoklah kira-kira 20,000 kakitangan awam di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Khamis umum Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah.
Katanya berkuatkuasa 1 Mac ini  kerajaan negeri akan menghapuskan kadar faedah sebanyak empat peratus bagi pinjaman perumahan kakitangan awam negeri.
Manakala bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong dari gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei dengan bayaran balik mengikut jadual baru skim ini akan dilaksanakan pada Mei atau Jun tahun ini.
Beliau buat pengumuman itu ada majlis amanat Tahun Baru 2014, di Kota Iskandar.
#Kadang-kadang, kerajaan berilah apa jua bentuk bantuan sekalipun, baik untuk perumahan, perniagaan, subsidi dan sebagainya, pasti direbut oleh bangsa lain terlebih dahulu jika bantuan berkenaan layak dipohon oleh mereka. Bangsa kita ramai tak merebut peluang kerana ada pemikiran seperti berikut :

1. "Itu semua untuk kroni je."
2. "Alah kalau aku minta bukan dapat pun."
3. "Ah umum je macam tu, pelaksanaannya tak ada pun."
4. "Itu semua nak pancing undi je."
5. ''Malaslah, tak reti nak buat!!

Jadi macam mana kita nak berjaya kalau tak nak rebut peluang? Lebih dikesalkan bila macam-macam peluang ditawarkan kerajaan, tetapi masih lagi kata kerajaan tak bantu rakyat. Ayuh bangkit majukan diri!

No comments:

Post a Comment