Wednesday, 12 February 2014

Tanah perkuburan mewah pertama umat islam ( AL-AZHAR )


Al Azhar Memorial Garden yang terletak di Jakarta adalah tanah perkuburan mewah Islam yang pertama di Indonesia. Tanah perkuburan ini seluas 25 hektar dan mempunyai 5000 lot kubur. Lot kubur dijual secara individu, pasangan, berempat untuk keluarga. Bayaran pemakaman bermula dari 25 Juta Rupiah (RM 7970) untuk lot persendirian dan meningkat sehingga 8 Billion Rupiah (RM 2.5 Juta) untuk makan keluarga. Jika pengkebumian dilakukan di tanah perkuburan milik kerajaan anda perlu membayar RP 6 (RM 1900) Juta tetapi terdapat sewa bulanan dan yuran penyelenggaraan tahunan. Tiada bayaran bulanan atau sewa tahunan dikenakan di Al Azhar. Pihak Al Azhar akan menguruskan jenazah pelanggan dan menyediakan segala keperluan untuk ahli keluarga pada hari pengkebumian. Disamping itu khidmat keselamatan 24 jam juga disediakan. Yang ni tak boleh blah...

#Indon betul. One step ahead from us ke canne?




Laporan asal AlAzharMemorialGarden

No comments:

Post a Comment