Segala perintah Allah itu mengandungi hikmah, walaupun kadang kala akal tidak mampu menjangkaunya. Segala larangan Allah mengandungi madharatnya, tidak hanya bagi pelakunya saja tetapi bagi segenap orang di sekitarnya jika saling menasihati dan saling menegur.
Abu dan lahar gunung berapi telah meletus dari Gunung Kelud pada hari khamis lepas semasa waktu malam (13/02/2014) (tepat pada malam Valentine) telah mengepung daerah-daerah sekitarnya. Bahkan kesan abunya ke arah timur sudah mencapai daerah Ponogoro dan arah barat sudah mencapai Ciamis. Di daerah Madiun dan Magetan jarak pandangan untuk penunggang/pemandu hanya mencapai 3 hingga 5 meter. Bencana ini menghalang aktiviti dan melibatkan banyak kerugian.
Gunung Kelud |
Semuanya itu merupakan peringatan dari Allah SWT agar hambaNya tidak melakukan kemaksiatan kepadaNya dan agar ummat Islam tidak meraikan Hari Valentine yang merupakan budaya orang barat. Perlakuan maksiat yang mencapai taraf zina pada malam tersebut akan melahirkan kerosakan yang sangat banyak di muka bumi ini dan akan melahirkan orang tidak mempunyai lagi rasa malu sehingga sanggup melakukan apa saja yang dikehendakinya.
Kalau ada yang mengatakan "kami meraikan hanya untuk menunjukkan kasih-sayang namun tidak sampai kepada pezinaan" , maka setidak-tidaknya dia telah melakukan dosa besar serta menelanjangkan agamanya serta mengamalkan budaya agama di luar daripada Islam secara tidak sedar dia telah menelanjangkan agamanya.
Walaupun sesama suami-isteri, jika menunjukkan sikap kasih-sayang yang berbeza pada malam tersebut seperti menunjukkan keromantisan yang lebih hangat pada hari Valentine bererti telah redha dengan perayaan yang berpunca dari orang barat. Jadi mereka telah menunjukkan sikap kesetiaan kepada budaya haram ini dan secara tidak lansung dia juga telah redha dengan agama yang Allah sendiri tidak meredhainya.
Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Seseorang itu akan dikumpulkan bersama orang-orang dicintai pada hari kiamat" (HR. Tirmidzi)
Siapa orang yang kita berikan kesetiaan pada saat ini, maka bersama merekalah kita akan dikumpulkan pada hari kiamat.
Jika mahukan hari yang istimewa diantara suami-isteri kenapa perlu di hari Valentine? Bukankah selain Valentine lebih baik banyak saat-saat tertentu yang mempunyai alasan tepat untuk mengistimewakannya? Bukankah tarikh perkahwinan anda lebih tepat untuk mengenang kembali bagaimana indah dan romantisnya saat pertama kali anda menjadi sepasang kekasih yang halal.
Mungkin sepanjang menjalani hidup berumah tangga mungkin ada berlaku perkara yang menganggu keharmonian. Jadi apa salahnya pada tarikh perkahwinan anda untuk bersama pasangan anda memikirkan saat-saat indah tersebut sehingga suasana ketika itu seperti anda masih pengantin baru.
Allah sangat menyayangi hambaNya sehingga pada malam tersebut memberikan peringatan kepada hambaNya agar segera bertaubat sebelum sempat melakukan hal yang haram dan menambah pahala serta darjat yang tinggi bagi orang-orang mukmin yang selalu bersabar. Segeralah insaf selagi nyawa belum sampai ke tekak. Jangan mengundang musibah di dunia dan azab di akhirat. Bersabarlah bagi orang-orang yang beriman, kerana Allah akan menggantikan semuanya dengan pahala yang besar.
No comments:
Post a Comment