Tuesday, 31 December 2013

SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA SAHABAT DAN PELANGGAN.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun 2013 akan berakhir kurang 12 jam dari sekarang. Kami di ZUL&ZIE TEXTILE ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada perkara membuatkan ramai pelanggan atau rakan tidak selesa dengan kami.

InsyaAllah 2014 akan menjanjikan pelbagai lagi PRODUK DAN POSTING yang lebih baik dan menarik untuk pelanggan dan pembaca setia kami. Insyaalah kurang sebulan dari sekarang cawangan kedua kami akan dibuka secara rasmi. ZUL&ZIE TEXTILE MEGASTORE akan beroperasi di TAMAN DESARU UTAMA BANDAR PENAWAR Malah kami juga akan mempelbagaikan lebih banyak produk dan design2 baru memandangkan kedai baru kami lebih besar dan luas dan pastinya pelangan akan merasa lebih berpuas hati dan selesa kali ini. Kami sangat menghargai sokongan para pelanggan semua sama ada diluar sana ataupun dialam maya ini. kerana kalian semua lah kami mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan peniaga peniaga lain walaupun dalam masa singkat. 

Terima kasih kerana menyokong kami sejak january 2013 yang lalu walaupun pada mulanya kami hanya beroperasi hanya didalam alam maya dan mula aktif secara serius ketika awal ramadhan lepas. Alhamdulillah semoga kita terus menjalinkan ukhwah sesama kita.
Aku buka hatiku 
Aku keluarkan senyumku 
Tanpa sedikitpun ragu
Untukmu duhai sahabatku 
Selamat Tahun Baru ! 

Cara syaitan bogelkan wanita


Syaitan sangat tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana itulah syaitan selalu berusaha menggoda manusia agar tergelincir dari jalan Allah. 


Dalam menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi. Dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su '). 

Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah.

Salah satu sebab kehancuran umat manusia adalah kerana hubungan lawan jenis yang tidak sah. Dan sebelum terjadinya hubungan ini, biasanya didahului dengan saling memandang, saling tertarik, lalu saling bertemu, dan selanjutnya saling bermaksiat. 

Untuk menjayakan terjadinya proses kemaksiatan inilah syaitan berusaha melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Lepasnya hijab muslimah merupakan jalan licin yang mudah menggelincirkan manusia dari ketaatan kepada Allah.

Ini adalah tahap-tahap yang digunakan oleh syaitan dalam melepas pakaian muslimah:

1. Menghilangkan Definasi Hijab.

Pada tahap ini, syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. 

Jadi tidak ada pakaian syar'ie. Pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.


Akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah utk pakaian ikut berganti juga.

 Demikianlah pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus baginya untuk menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, walau apa pun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar'ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bukan sekadar gaya (fashion). 

Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar'ie akan tetap dipertahankan.

Pertama: Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).

 "Ah tidak mengapa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?" Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Lihat ... tiada apa-apa, kan?"

Kedua: Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.

 Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. "

Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang

Seterusnya syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya biasa-biasa saja .. bagaimana kalau kamu  cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus?". Si wanita berfikir sejenak. Pakaian yang macam mana ya? "Banyak fashion dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita. Dicarinya model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparant. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan model nya saja yg agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menambah.

 Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparant, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).

Keempat: Agak dibuka Sedikit

Setelah para wanita muslimah memakai pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasa, dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisikkan kepada wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat anda susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? 

Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik. " Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar, dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan selesa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya .... tersingkap sedikit tak mengapa lah, yang penting enjoy," katanya.

2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit.

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak praktikal, kalau hanya dgn membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar ... Oh ya, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, asal orang tetap menamakannya dengan tudung. "

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fashion pakaian yang dimaksudkan. Tidak ketinggalan sandal tumit tinggi, apabila berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yang melihat juga tidak begitu  ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg anda lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. 

Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fashion lain yg lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? 

Tidak usah terlalu terbuka, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fashion baru yang terbuka hingga separuh betis. "

Ketiga: Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Kadang-kadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. 

Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki.

 Tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya. "

"Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" . "Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak duduk di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. 

Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, mereka malah senang dan mengatakan 'ooh' atau 'wow'. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? 


Lihat saja fashion pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang di jual di butik, membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman. "

3. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasakan biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yg lain.

"Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini model skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. 


Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tidak ketinggalan pakaian pendek separuh paha pun dia ada. Model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.

 Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. 


Mereka semua memakai pakaian yg sering disebut "bikini". Kerana semuanya begitu, maka  harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya "Membogelkan Kaum Wanita" tercapai.

"Seterusnya terserah kamu wahai wanita, kamu semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di  tempat awam. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kamu sama-sama di neraka.


 Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu" kata syaitan, tidak mahu mengambil risiko.


Demikianlah halusnya cara yg digunakan syaitan, sehngga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.
#riz

Inilah yang akan berlaku sekiranya seseorang berhenti merokok


Rokok merupakan suatu benda kecil yang membahayakan, tetapi ianya begitu popular bahkan diakatan lelaki yang meroko kelihatan macho,tidak hairanlah di negara kita jika terelihat remaja-remaja merokok di mana-mana sahaja. Namun jika kita berhenti merokok selama 20 minit sahaja. pekara yang sangat positif terjadi pada tubuh kita. Inilah yang terjadi jika kita berhenti merokok.

20 Minit
Tekanan darah turun menjadi normal.
Denyut nadi turun menjadi normal.
Suhu tangan dan kaki naik menjadi normal

8 Jam
Tahap karbon monoksida dalam darah turun menjadi normal.
Tahap oksigen dalam darah naik menjadi normal.

24 Jam
Kemungkinan serangan jantung menurun

48 Jam
Hujung-hujung urat saraf mula berkembang kembali.
Kemampuan mencium dan merasa bertambah.
Berjalan bertambah mudah.

3 Bulan 2 Minggu
Peredaran darah bertambah baik.
Fungsi paru -paru naik sehingga 30%.

1 Tahun
Risiko kena penyakit jantung koroner separuh daripada perokok.

19 Bulan
Batuk, tersumbat sinus, keletihan , sesak nafas menurun.
Silia tumbuh kembali di dalam paru- paru, menambah kemampuan menangani lendir , membersihkan paru -paru , mengurangkan jangkitan.

Itulah perkara yang sangat positif jika kita berhenti merokok , So .. Tunggu apalagi mari kita bebaskan generasi muda dari pengaruh bahaya asap rokok.
#riz

Gadis tidak bermoral nak lelong ''Dara''?



GADIS BRAZIL TAK BERMORAL MAHU LELONG DARA | BRAZIL – Pelajar Brazil yang menjadi tumpuan ramai kerana menjual `dara’ pada harga  RM2 juta, sekali lagi membuat tawaran yang sama kepada pembida.

Catarina Migliorini, 21, mendakwa masih dara kerana pembeli sebelum ini tidak melakukan hubungan seks dengannya.

Kali ini, pelajar yang tidak bermoral ini menawarkan harga bidaan sebanyak RM264,000 dan berharap mendapat bidaan sekurang-kurangnya RM4 juta.

Aksi Migliorini dalam lelong dara sebelum ini dirakamkan oleh sebuah produksi dari Australia untuk satu dokumentari namun gadis ini mendakwa dia tidak mendapat sesen pun wang hasil bidaan berkenaan.

Dia mendakwa tidak mendapat wang yang dibayar oleh seorang pembeli dari Jepun, Natsu pada bulan Oktober lalu.

Natsu yang juga seorang jutawan berjaya menewaskan pembida dari Amerika Syarikat iaitu Jack Miller dan Jack Right serta jutawan India, Rudra Chatterjee.

Migliorini memberitahu, selepas bertemu dengan  Natsu, di sebuah restoran di Sydney, dia mendakwa Natsu tidak memenuhi syarat dan mereka tidak melakukan hubungan seks.

Dia juga berkata, segala perjalanannya tidak ditanggung oleh syarikat produksi berkenaan dan percaya Natsu sebenarnya tidak wujud, sebaliknya produksi tersebut hanya mereka-rekanya untuk tujuan penggambaran.

Hasil lelongan berkenaan, menjadikan Migliorini sebagai selebriti di Brazil dan dia turut bergambar untuk majalah Playboy versi Brazil dan  Argentina.

Migliorini mahu menggunakan wang itu untuk membina rumah bagi golongan miskin.
#riz

Fosil makhluk 4x lebih besar dari dinosur ditemui.


Fosil makhluk hidup ultra raksasa yang belum dikenalpasti jenisnya telah ditemui di kawasan Jebal Barez, sebuah wilayah bukit tandus dipinggir Iran. Pakar sejarahawan mengatakan fosil makhluk hidup ini sangat besar dan 4kali lebih besar dari dinasour yang terbesar didunia yang pernah ada.
Sejarahwan juga berpendapat bahawa mahluk ini sudah ada sebelum zaman dinasour (sebelum zaman kapur dari 65-135 juta tahun lalu).
Penemuan ini telah diceritakan oleh seorang penggembala, yang mendakwa dirinya telah menemui suatu rentetan batuan mirip fosil jasad makhluk hidup raksasa di tempat dimana ia biasa menggemba binatang ternakannya.
Sebuah Fosil makhluk hidup berukuran raksasa (mungkin ultra) yang ditemui di kawasan Jebal Barez ini sangatlah mengagumkan. Menurut para sejarahwan, mungkin inilah haiwan purba terbesar yang pernah wujud didunia pada masa lalu, ukuran kepalanya saja boleh mencapai panjang 26 meter dengan ketinggian 8 meter.
Salah seorang ahli arkeologi yang terlibat dalam penggalian tidak menyangka bahawa makhluk ini memang berukuran sangat-sangat besar, bahkan lebih besar daripada seekor ultradinasour (Jenis dinosour terbesar di dunia). Dia belum pernah menyaksikan tulang rusuk haiwan purba setinggi itu.
Dianggarkan, fosil tersebut mungkin muncul akibat adanya gempa bumi yang melanda Iran pada 26 Desember 2003 lalu.Runtuhan batuan akibat gempa bumi di Jebal Barez telah membuka fosil tersebut, yang selama berjuta-juta tahun terkubur didalam bukit-bukit tandus berbatu.
Gambar diatas merupakan bentuk rangka tulang-tulang rusuk dari fosil makhluk tersebut. Jika masih elok,dianggarkan tinggi setiap tulang rusuk itu mencapai 5-7 kaki.Namun sebahagian besar tulang-tulang rusuk tersebut telah reput,sehingga pada ujung-ujungnya tidak boleh dilihat lagi.
Dapat dibayangkan bahawa makhluk ultra ini belum pernah ditemui dan dikenalpasti sebelumnya. Pada spesis-spesis Dinosour tidak satupun yang memiliki struktur fizik seperti itu.Mungkin inilah yang disebut sebagai kemustahilan biologis.(Imposibble is nothing!)
Panjang tubuh keseluruhan dari makhluk ini mencapai 200 kaki lebih dan jika dilihat dari struktur susunan tulangnya, mungkin makhluk tersebut termasuk dalam haiwan yang berjalan merata dan sejenis haiwan amphibious.
#riz