Thursday 19 December 2013

Ada Gunung berapi tersembunyi di kuala woh perak??


Pada hari Jumaat lepas, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur melalui lebuhraya utara-selatan (PLUS). Disebabkan perjalanan melalui Tapah, saya mengambil kesempatan untuk singgah sebentar di Kuala Woh.
Tahukah anda bahawa terdapat gunung berapi tersembunyi di bawah Kuala Woh? Inilah yang saya mahu kongsikan dengan anda. Di Malaysia, kajian tentang gunung berapi bukanlah sesuatu yang popular di kalangan masyarakat.
kuala woh 03
Untuk menyokong kajian saya tentang Yakjuj & Makjuj sebagai elemen gunung berapi, saya fikir mungkin fakta menarik ini boleh dikongsikan dalam blog. Perjalanan saya menjejak gunung berapi tersembunyi ini bermula dari plaza tol Tapah. Mengikut info dari panduan GPS, Hutan Lipur Kuala Woh terletak lebih kurang 12 km selepas keluar dari PLUS.
Anda perlu mengikut arah Cameron Highland untuk ke sana. Keadaan jalan yang berliku di celah-celah bukit-bakau dan penempatan orang asli memerlukan pemanduan yang cermat. Sepanjang perjalanan, saya lihat terdapat banyak gerai durian di tepi sepanjang jalan.
kuala woh 06
Apa yang menarik tentang kolam air di sini ialah ianya terletak di tepi Sungai Woh yang menjadi tempat orang ramai mandi-manda. Terdapat satu papan maklumat yang mengatakan kemungkinan terdapat sebuah underground volcano di bawah kawasan ini. Saya syorkan anda untuk melawat Hutan Lipur Kuala Woh untuk membaca lebih banyak maklumat tentang underground volcano ini.
Mengikut maklumat, suhu kolam air panas ini sekitar 42°celcius tapi apabila saya cuba rasa dengan tangan saya fikir mungkin lebih tinggi iaitu sekitar 50-60°celcius. Adakah suhu bawah tanah di Kuala Woh semakin meningkat disebabkan perubahan drastik aktiviti magma di bawahnya. Mengikut blog The Extinction Protocol, jumlah letusan gunung berapi di seluruh dunia mencatatkan peningkatan yang ketara sejak tahun 1990-an.
Tahun 2013 telah mencatatkan jumlah melebihi 83 letusan gunung berapi berbanding pada 1990-an di mana hanya sekitar 50-60. Laporan dari American Scientist mengatakan suhu teras Bumi menjadi 1000°celcius lebih panas berbanding 20 tahun lalu. Mengikut kajian saya tentang Yakjuj & Makjuj sebagai lava gunung berapi, adalah tidak mustahil bahawa Yakjuj & Makjuj akan melimpah di atas Bumi tidak lama lagi seperti yang disebut dalam surah Al-Anbiya’.
kuala woh 05
Jikalau gunung berapi ditakdirkan akan meletus di Kuala Woh, saya mendapat satu idea bagaimana untuk kita mengetahuinya dengan mudah. Saya dapat idea ini selepas melihat seekor kucing perliharaan yang tidur dengan nyenyak berhampiran kolam air panas tersebut. Cuba perhatikan perubahan tingkah laku seseekor haiwan kerana haiwan mempunyai satu deria khas untuk menyelamatkan diri daripada sebarang bencana alam sebelum ianya berlaku.

No comments:

Post a Comment