Monday 30 December 2013

Macamana nak tahu orang itu Syiah?

Macam mana nak tahu orang itu Syi'ah?

Mengenali orang Syi'ah dan membuktikannya amat sukar kerana mereka ini beraqidah dengan 'Taqiyyah'-pembohongan yang dihalalkan demi menyembunyikan fahaman mereka.

Justeru, tulisan ini sekadar panduan am untuk mengelakkan anda terjebak namun tidak boleh dijadikan pemberat untuk menilai samada seseorang itu Syiah atau tidak.

1)Syiah tidak makan makanan laut yang bercangkerang dan arnab.

2)Syiah amat jarang bersolat di belakang sunni dan jarang menunaikan solat Jumaat.Bagi sesetengah cabang syiah yang lain,solat Jumaat tidak wajib.


3)Solat tanpa meletakkan tangan (bersedekap) di dada/bawah dada/atas pusat/bawah pusat,hanya meletakkan tangan di sisi dan mengakhiri solat dengan menepuk paha tanpa memalingkan wajah ke kiri atau kanan ketika memberi salam (solat syiah memang tidak diakhiri dengan salam)

4)Terkadang terlihat sikap melecehkan serta mempersenda hadith sahih.

5)Beranggapan para sahabat juga layak dikritik sebagaimana manusia biasa.Ini permulaan sebelum mereka masuk kepada fasa mengkafirkan sahabat.Sahabat yang sering menjadi mangsa Syiah ialah Abi Bakr,Umar,A'isyah,Hafsah,Uthman,Muawiyah dan Abi Hurayrah radhiyallahu 'anhum ajma'in.

6)Dalam penulisan,terdapat berberapa kependekan gelaran yang menjadi isyarat bahawa penulis ialah seorang Syiah.Antaranya:

-SAAW/SAAWS: Sallallahu 'alayhi wa aalihi wa sallam

-S.A-Salamullah 'Alayhi;Biasa ditulis selepas menyebut nama para Imam dan Ahlil Bayt.

-L.A- La'natullah 'alayh

7)Syiah berbuka puasa hanya setelah langit benar-benar gelap dan bintang mulai kelihatan.

8)Syiah hanya tidak bersolat Tarawih melainkan dalam keadaan Taqiyyah.

AMARAN: Rujuk pada mereka yang berkenaan jika ada yang disyaki sebagai Syiah dan tidak berpandukan tulisan ini untuk menuduh mana-mana individu sebagai Syiah.

Bersambung....

Allahu Akbar!

No comments:

Post a Comment