Thursday 19 December 2013

Kecelaruan kepercayaan Yakjuj & Makjuj sebagai makhluk.


Terdapat dua kepercayaan utama umat Islam tentang Yakjuj & Makjuj ketika ini. Yang pertama, Yakjuj & Makjuj dipercayai sebagai sejenis makhluk ganas yang telah dikurung di bawah tanah oleh Zulkarnain. Kepercayaan kedua pula ialah Yakjuj & Makjuj dipercayai sebagai Zionis Israel yang akan bersekutu dengan beberapa kuasa besar dunia dan melancarkan perperangan terhadap negara-negara Arab.
Selama mengkaji Al-Quran sejak beberapa tahun lepas, saya akan ketawa bersendirian apabila memikirkan tentang kepercayaan kedua. Saya ketawa kerana melihat sikap sebahagian orang Islam yang mengabaikan fakta-fakta Yakjuj & Makjuj dari Al-Quran. Dalam Al-Kitab, Yakjuj & Makjuj sangat berbeza dari apa yang dipercayai oleh umat Islam di seluruh dunia termasuk ahli-ahli kitab yang lain iaitu Yahudi dan Kristian.
Kepercayaan Yakjuj & Makjuj sebagai Zionis Israel merupakan salah satu kejahilan paling nyata dalam usaha sesetengah pihak mengkaji Al-Quran. Bagi saya, Yakjuj & Makjuj dalam kepercayaan pertama lebih logik kerana mengikut Al-Quran ianya akan muncul sebaik sahaja struktur logam yang mengurungnya dimusnahkan. Berbeza pula dengan kepercayaaan kedua iaitu Zionis Israel, Yakjuj & Makjuj akan muncul membuat kerosakan beribu-ribu tahun selepas kemusnahan struktur logam tersebut.
photoimranhosein
Kepercayaan Zionis Israel adalah Yakjuj & Makjuj mula disebarkan secara meluas oleh seorang agamawan berbangsa Arab bernama Sheikh Hussein Al-Imran. Ramai di kalangan orang Islam tidak sedar fahaman Yakjuj & Makjuj sebagai Zionis Israel adalah bertentangan dengan fakta-fakta dari Al-Quran. Adalah lebih logik mengatakan Yakjuj & Makjuj sebagai makhluk ganas yang masih dikurung di bawah tanah kerana struktur logam yang mengurungnya bukan sahaja tidak pernah ditemui malah belum dihancurkan.
Al-Quran sendiri menyatakan dalam surah Al-Kahfi dan Al-Anbiya’ bahawa :
1. Sebaik sahaja struktur logam yang mengurungnya dimusnahkan, Yakjuj & Makjuj akan muncul dan merosakkan Bumi. (Al-Quran, 18 : 98)
2. Orang-orang kafir iaitu mereka yang mengendahkan amaran Al-Quran akan terkejut dan panik sebaik sahaja Yakjuj & Makjuj turun dengan arus deras dari tempat-tempat tinggi. (Al-Quran, 21 : 96-97)
Daripada dua fakta Al-Quran di atas, peristiwa kehancuran struktur logam tersebut dan kemunculan Yakjuj & Makjuj dari tempat-tempat tinggi akan berlaku serentak. Maksudnya, sebaik sahaja struktur logam itu musnah, Yakjuj & Makjuj pun akan muncul dalam masa yang sama. Seperti sebuah empangan yang pecah, air yang diempang akan turut terhambur keluar.
Dan satu lagi, jika Yakjuj & Makjuj ialah Zionis Israel yang akan berperang dengan negara-negara Arab tidak mungkin mereka yang dimaksudkan dalam  (21 : 97) akan terkejut dan panik. Kalau ikut doktrin perperangan moden, tiada kuasa besar dalam dunia hari ini mampu melancarkan perperangan ke atas negara musuh pada skala besar-besaran dalam masa yang singkat. Rakyat Iraq pun tidak panik dan takut seperti gambaran (21 : 97) semasa penaklukan Amerika Syarikat pada tahun 2003.
volcano-mount-etna-italy-2011-erupting-city-view_38627_600x450
Tetapi mengikut kepercayaan yang dipelolopori oleh Sheikh Hussein Al-Imran, struktur logam yang mengurung Yakjuj & Makjuj telah musnah sejak ribuan tahun lalu tetapi ianya akan muncul membuat kerosakan pada masa akan datang !!! Teori beliau sangat tidak logik jika dibandingkan dengan fakta-fakta Al-Quran. Mungkin ada yang akan menuduh siapalah saya jika nak dibandingkan dengan tahap ‘keilmuan’ Sheikh Hussein Al-Imran tetapi beliau bukan seorang saintis.
Kalau anda belajar 1000 kitab agama sekali pun, ianya langsung tidak berguna kerana Yakjuj & Makjuj ialah sejenis elemen gunung berapi yang perlu dikaji dari satu disiplin sains yang dinamakan vulkanologi – satu cabang kajian dalam bidang geologi. Ilmu vulkanologi moden masih baru dalam peradaban manusia seiring dengan kemajuan teknologi untuk mengkaji fenomena gunung berapi.
thend
Pengetahuan pengkaji Al-Quran zaman dahulu tentang kejadian gunung berapi sangat terbatas dan pemahaman mereka tentang Yakjuj & Makjuj banyak dipengaruhi oleh mitos kebudayaan bangsa mereka sendiri. Al-Quran ialah sebuah kitab yang diturunkan oleh Pencipta Yang Maha Bijaksana. Manusia perlu menggunakan kebijaksanaannya untuk memahami mesej-mesej Tuhan Yang Maha Bijaksana.
Oleh itu, manusia terutamanya umat Islam hari ini perlu mempunyai satu usaha baru untuk meneliti semula ayat-ayat Al-Quran agar kita tidak terpengaruh dengan ketidak-fahaman generasi terdahulu tentang amaran Tuhan untuk bersiap-sedia menghadapi bencana Yakjuj & Makjuj.

No comments:

Post a Comment