Thursday 26 December 2013

Sebesar manakah empayar syarikat orang melayu terkaya dimalaysia.



Ketika penutupan pada Jumaat, MMC Corp yang dikuasai Syed Mokhtar Albukhary mempunyai modal pasaran kira-kira RM8.22 bilion.

Ini menunjukkan bahawa pemilikan kepentingan 51.76 peratus Syed Mokhtar mempunyai nilai pasaran sebanyak RM4.25 bilion.

Syarikat utamanya DRB Hicom pula ditutup pada RM2.56, menjadikan modal pasarannya sebanyak RM4.95 bilion. Ini menjadikan pegangan 55.92 peratus mempunyai nilai pasaran sebanyak RM2.77 bilion.

Oleh itu, kepentingan kolektifnya dalam kedua-dua syarikat itu bernilai lebih RM7 bilion.
Awal tahun ini, Forbes menyenaraikan Syed Mokhtar sebagai rakyat Malaysia ketujuh terkaya dengan nilai bersih AS$3.3 bilion atau kira-kira RM10.5 bilion.

Namun, untuk sampai ke tahap itu bukanlah perkara mudah. Aset beliau sebenarnya dipelbagaikan dan pegangannya dipecah-pecahkan.

“Banyak aset dikaitkan dengannya, tanah-tanah di Johor, sekarang orang bercakap bahawa beliau sebahagian daripada Eco World Development (Sdn Bhd)… jadi banyak aset dikaitkan dengannya.

“Mungkin hanya beliau sahaja yang tahu nilai aset sebenarnya,” kata sumber yang mengetahui perihal taikun perniagaan itu.
dd


Biografi Syed Mokhtar Albukhary

Syed Mokhtar AlBukhary merupakan individu bumiputera terkaya di Malaysia. Anggaran kekayaan berjumlah RM10.6 billion. Melalui alBukhary Foundation, beliau menerajui 3 buah syarikat utama iaitu MMC, Tradewinds, DRB-HICOM dan beberapa syarikat yang lain.

Beliau pernah ditanya :
“Perniagaan anda begitu besar, jadi mengapa anda masih bekerja keras?”

Jawab beliau :
“Kita semua perlu menjadi kuat dan berjaya supaya kita mempunyai keupayaan untuk membantu orang lain”

Hari ini, Syed Mokhtar memiliki 3 kumpulan syarikat utama yang menggaji lebih 110,000 orang dan 250,000 secara tidak langsung. Melalui Yayasan Albukhary, beliau telah membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan kebajikan seperti mendirikan masjid, memberi biasiswa dan tuisyen percuma, mendirikan pusat dialisis percuma, memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, dan pelbagai lagi kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan.

Bagi Syed Mokhtar, beliau hanyalah penjaga kekayaan dan kekayaan tersebut harus dibelanjakan untuk kebaikan manusia.

12 Fakta Menarik Mengenai Syed Mokhtar AlBukhary

  1. Bergelar jutawan pada usia 30 tahun dan membeli kediaman mewah di Kenny Hills di Bukit Tunku.
  2. Mendirikan perkahwinan pada usia 41 tahun dengan sepupunya, Sharifah Zarah.
  3. Bermesyuarat dengan pekerja beliau bermula pada pukul 10 malam dan berakhir pada pukul 3 pagi.
  4. Usahawan yang dilahirkan dari program Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan pada tahun 1971. Kata beliau, tanpa dasar ini beliau tidak akan berada di tempat sekarang.
  5. Bisnes pertama beliau adalah perniagaan pengangkutan lori yang kemudiannya perniagaan beras. Disebabkan perniagaan beras telah dikuasai oleh orang Cina, beliau terpaksa menghantar sendiri beras terus kepada peruncit menggunakan lori yang ada.
  6. Beliau juga pernah rugi di dalam perniagaannya seperti projek tanaman koko di Johor dan juga bisnes hartanah disebabkan kemelesetan ekonomi pada tahun 1985.
  7. Menyelamatkan MMC dan PERNAS yang sedang mengalami kerugian teruk dan pengurusan yang kucar-kacir.
  8. Setiap perniagaan baru yang bakal dijalankan, beliau akan melantik beberapa orang sebagai business partner untuk menjalankan perniagaan tersebut dan beliau sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat berkenaan.
  9. Lebih suka bekerja di belakang tabir dan tidak suka menonjol di media.
  10. Setiap hari, beliau akan menelefon 100 orang yang terdiri daripada peneraju-peneraju perniagaannya bagi mendapatkan input terkini perkembangan perniagaan masing-masing.
  11. Hanya memandu Proton Perdana, memakai tali leher apabila perlu sahaja dan jarang menghadiri majlis.
  12. Membiayai pelajaran adik-beradiknya ke luar negara dengan pendapatan yang diperolehi daripada perniagaan yang dijalankan.

5  Nasihat Syed Mokhtar

  • Jangan terlibat di dalam perniagaan berbentuk Ali-Baba. Orang Melayu mengambil ekuiti yang diperuntukkan kepada mereka, dan kemudiannya menjual kepada orang Cina dengan harga yang lebih tinggi. Melayu terbabit hanya terlibat dalam perniagaan pada nama sahaja, realitinya yang menjalankan perniagaan tersebut ialah orang Cina. Contoh seperti pajak permit & lesen, dan IPO.
  • Sebagai peniaga, adalah penting untuk tidak sekadar menjadi budak suruhan sahaja. Perlu ada inovasi dan sentiasa memajukan diri dan perniagaan. Daripada pembekal menjadi pengeluar (industri pembuatan).
  • Jangan sekali-kali melakukan sesuatu di luar kemampuan kewangan anda.
  • Buat dahulu, bercakap kemudian.
  • Kekayaan mesti diagih. Apabila anda membuat wang, anda juga harus memberi.

No comments:

Post a Comment