10 Wanita Paling Jahat Dalam Sejarah Dunia | Assalaamualaikum. Kebelakangan ini, kita selalu mendengar kisah manusia mati ditembak di merata-rata tempat. Teacher Muja sendiri berasa takut dengan keadaan dunia yang sangat menggerunkan pada masa kini. Manusia seperti lebihteruk dari binatang. Seolah-olah tiada akal, padahal akallah anugerah Allah paling besar untuk khalifahnya di muka bumi ini.
Kebiasaannya, kita akan mendapati golongan pembunuh adalah dari golongan lelaki. Jarang kita mengenali pembunuh wanita kerana wanita lebih dikenali sebagai manusia yang sangat bersopan santun, lemah lembut dan sangat tenang. Tanpa kita sedari terdapat juga golongan wanita yang tidak punya hati, sangat jahat dan busuk jiwanya. Mereka memang memalukan kaum hawa. Teacher Muja sendiri berasa sangat jijik dengan mereka ini.
Artikel ini akan memperlihatkan golongan wanita paling jahat dalam sejarah dunia. Kejahatan wanita-wanita ini adalah dari segi betapa mereka menyukai penyeksaan, keganasan, pembunuh dan penderaan ke atas orang lain. Mereka seolah-olah wanita yang bukan wanita. Ada sifat keganasan yang melampau dalam diri mereka. Mungkin juga masalah psikologi. Bukan sekadar membunuh sahaja.
Myra Hindley
Dia dilahirkan pada tahun 1942 dan mati pada tahun 2002. Dia bersama-sama dengan Ian Brady adalah mereka yang terlibat dalam sebuah kes pembunuhan di Manchester yang dikenali sebagai Moors Murders. Merekalah yang bertanggungjawab untuk kes penderaan yang dahsyat, penderaan dan pembunuhan kepada tiga orang kanak-kanak dan dua orang remaja!
Isabella of Castile
Dia dilahirkan pada tahun 1451 dan mati pada tahun 1504. Dia dikenali sebagai ketua kepada Christopher Columbus. Dialah yang memungkinkan penyatuan Sepanyol dan memaksa ramai orang Islam dan Yahudi untuk bertukar.
Teacher Muja sendiri tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi jika dipaksa menukar agama. Cukup kuatkah keimanan ini? Ya Allah, kuatkanlah keimanan kami, kekalkanlah keislaman kami ya Allah. :’(
Beverly Allitt
Dia dilahirkan pada tahun 1968 dan bekerja sebagai seorang jururawat di seksyen pediatrik di sebuah hospital. Dia telah berjaya menyembelih 4 orang kanak-kanak dan mencederakan 5 lagi yang lain sehingga parah. Dia sangat terkenal sebagai pembunuh bersiri di Britain dengan nama Angel of Death (Malaikat Maut)
Queen Mary I
Dia lahir pada tahun 1516 dan mati pada tahun 1558. Dialah penyebab utama England kembali mengganas terhadap Katolik walaupun hanya sementara. Dia menimbulkan masalah yang sangat besar dan dilabelkan dengan panggilan Bloody Mary.
Belle Gunness
Dia dilahirkan pada tahun 1859 dan mati pada tahun 1931. Dia adalah pembunuh bersiri paling produktif dia Amerika. Dia membunuh 2 suaminya, hampir kesemua anaknya, teman-teman lelakinya dan 2 anak perempuannya. Semuanya dilakukan kerana ketamakan kepada harta iaitu estet dan aset.
Mary Ann Cotton
Dia dilahirkan pada tahun 1832 dan mati pada 1873. Dia seolah-olah seekor raksasa pembunuh yang menggunakan racun arsenik untuk membunuh 3 suaminya, satu dozen anaknya, ibunya, seorang kawan dan seorang kekasihnya.
Ilse Koch
Dia dilahirkan pada tahun 1906 dan mati pada tahun 1967. Dia adalah ahli sihir Buchenwald. Dia suka mengumpul tatu daripada mangsa yang dibunuh dan mempunyai koleksi tatu yang sangat banyak. Dia seakan mabuk dengan kuasa.
Irma Grese
Dia dilahirkan pada tahun 1923 dan mati pada tahun1945. Dia hidup dalam kesederhanaan. Dia datang dari keluarga Nazi dan dikenali sebagai Bitch of Belsen. Dia sangat suka penyeksaan melalui cara menyakitkan yang berlainan dan tabiatnya adalah memakai but yang berat. Dia juga membawa pistol untuk membantunya mencapai tujuannya.
Katherine Knight
Dia dilahirkan pada tahun 1956 dan meneruskan hukuman penjara sampai mati setelah dengan kejamnya membunuh dua lelaki yang mempunyai hubungan dengannya. Dia melapah kulit salah seorang daripadanya, menggantungkan kulit itu di ruang tamu, memanggang punggungnya dan menyediakannya dengan sayur-sayuran di tepi.
Elizabeth Bathory
Dia lahir pada 1560 dan mati pada 1614. Dia adalah seorang pembunuh bersiri yang terkenal di Hungary. Dia selalu membunuh gadis-gadis petani melalui pukulan yang teruk, bakar dan memotong bahagian-bahagian badan dan memamah mukanya dan lain-lain lagi. Dia pernah dikenakan tahanan rumah dan tidak dibawa ke mahkamah kerana statusnya.
Astaghfirullahalaziim. Macam mana seorang manusia boleh menjadi sekejam ini? Manusia yang tiada keperikemanusiaan. Layakkah digelar manusia? Wallahu a’lam
Wassalaam.
#riz
No comments:
Post a Comment